Bulan Ramadhan Al Mubarak 2014
Hari ini masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah walaupun keletihan tetapi syukur kerana ai masih mampu berpuasa, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar, seorang isteri dan juga seorang pelajar. Alhamdulillah, sokongan dari incik suami memang terbaik apatah lagi tiga hari berturut-turut setakat ini memang ai masak sahur sahaja.. Untuk berbuka incik suami kata, kita jajah bazar Ramadhan. Tapi, kena ingat. Beli juadah dengan berpada-pada. Kata nak jimatkan. So far setakat ini kitaorang berbelanja, satu lauk or satu bungkus nasi, satu jenis kuih dan satu jenis air. Tahan nafsu supaya tak lapar mata. Akekeke...so far memang alhamdulillah.. Tapi ai tak berapa nak sihat, asal malam je badan menggigil kesejukan. Rasa nak off je aircond tapi bila fikirkan ada lagi hamba Allah yang kecik2 di dalam bilik, abaikan jelah dengan air cond. Tarik sahaja selimut tebal. Incik suami balik langsung tak sedar. Sedar sahaja bila terasa tangan si abang menghulurkan ubat kepada maknya. Ai abang, sudah besar panjang abang ni. Sudah pandai mengarang cerita, sudah pandai mengadu, sudah pandai berbudi bicara tapi bila datang manjanya kalah si adik.
Semoga Allah memberkati hidup kita sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Biarlah bersederhana jangan sampai kita membazir. Masih banyak yang perlu kita laksanakan. Mood sejak dua tiga menjak ini memang ke laut lah. 2 3 minggu lepas yang penuh dengan segala aktiviti memang langsung tak bukak blog ler. Alhamdulillah, segalanya lepas dengan jayanya. Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan hambaMu yang hina ini.
~SALAM RAMADHAN DARI EMA SEKELUARGA~
No comments:
Post a Comment
~ Thanks for stop by.....(o_0)