Wednesday, October 07, 2015

HADIAH FROM SHAKLEE




Terkezut mak tau..Tiba-tiba ada lori Gdex datang. Tiba2 bagi parcel kat mak. Mak tengok dari shaklee.. Wah! Dalam hati mak terkejut. Sampai orang Gdex tu pun naik hairan. Tanya banyak kali, betulke nama mak ni? Mak cakaplah..Ye nama mak dah ni, tapi mak tak ada beli barang dari shaklee. Supplement mak cukup lagi. Tak mungkin auto order pulak kan. Dalam terpinga-pinga mak sign jugaklah borang di tangan Gdex. Dalam hati, uish..ni mesti ada yang terbeli pakai akaun mak dan lupa nak letak address diorang... 



Tunggu Gdex blah, mak tak sabar nak bukak kotak. Yelah, kelabah mak tau. Belum sempat Gdex blah, Mak sibuk bom bapaknya (laki mak lah). Tanya dia sama ada dia ada dapat notis pakai CC tak. Mak mana ada CC. Pembelian semua dari jasa laki mak.......


Sekali...invoice memang atas nama mak. Apa lagi, mak terus melompat ke laptop. Cek akaun shaklee. Cek historical order. Dan mak terus melompat lagi....dan terus melompat lagi lagi....






Yeah!! Yeah!!.......Shaklee bagi hadiah bonanza kat mak. Mahu tak melompat.









Terima kasih Shaklee... Supplement seumur hidup. Jom bershaklee... Order je dengan mak. InshaAllah, mak kasi harga mak tau. Untung kira laki mak tanggung. Kira mak zero amik untung dari korang lah..







◎ Distributor ID No: 967536 






Sunday, October 04, 2015

Japanese Food at Japan




Okey...kita berbalik lagi kisah lama tragedi setahun yang lepas. Bukan apa, Mak Timah busyyy manjang. Kesian Mak Timah original, selalu sangat aku ni duk petik nama manja dia kan..kan...Sorry Mak Timah, nama tu glemer sangat. Rasa macam cantik je, manis je bila bahasakan cam gitu. Mak Timah jangan marah ye.. Huhu..Okey, jom kita berbalik kepada tajuk di atas... Jeng..jeng...Korang kalau g Jepun, pastikan ada botol kosong sentiasa. Ni tahap wajib perlu ada sepanjang di sana. Kenapa? Toilet diorang terlampau canggih, yang tercanggih tak ada air terus..Hahah...penah satu tempat pergi tak ada air.. Just air flush je yang ada dan tisu. Korang bayangkan sendirilah macam mana kan...So, apa lagi, bukak handbag, amiklah botol air tu.. Dekat Tokyo station ada toilet yang macam tu. Sengsarap. Tapi, kebanyakan setakat 2 minggu di sana, baru sekali lah aku jumpa yang tak ada air. Yang lain so far, cantik, moden,,,Bersih gitu. Rasa nak duduk lelama dalam toilet you all tau...Tak senonoh betul. Nak cerita pasal makanan, apa kaitan dengan kisah di atas. Itu kena wajib tau selepas melantak makanan Jepun. Best..Best. Sushi diorang memang the best. Sushi kan dari sana, haruslah sedap...Okey, lets menjamu mata dengan makanan yang aku sebat sepanjang di sana..... Tunjuk gambar jelah ye. Apa jenis makanan tu jangan di tanya. Lupa satu kes, tak ingat satu kes, berbelit lidah nak sebut satu kes. Secara kesimpulan, tengok jelah gambar ye. Aku tak nak semakkan kepala yang tengah free fikirkan makanan ni...Mintak ampun..Mak memang ada banyak alasan..



Aih, mak tengah kumpul duit dan belajar bahasa jepun ni. Mak nak bercuti di sana bersama family mak.. InshaAllah...








Ni antara rice cake yang boleh di makan. Kami hafal tulisan sahaja ok. 



















Ni part makanan yang tak sabar nak di kongsi. Seingat aku ni, makan berempat tapi abis tak sampai RM200 pun duit kita... Hik hik..thanks a lot kepada penaja meja aku...(Dr.A)...



Yang ni set lunch yang selalu aku ambik setiap hari di cafe Tohoku Uni..

Okey ye...Cafe di Tohoku Uni memang ada sediakan makanan halal. InshaAllah, halal untuk di makan.. Jangan risau yok sesiapa yang nak sambung study di luar negara. 



welcoming party treat by budak lab FRI-OKONOMIYAKI (kalau tak silap)



Yang ni nak buat senang je tau.. Pakai tepung kentang..Huhu, sampai sekarang aku belum cuba buat lagi. Nak beli tepung dia, kat tesco pun ada jual. Nak resepi, sila google ye..




Sup ikan 






Ikan bilis






Dinner treat by professor.. Sedap tapi ada yang aku tak leh telan..Huhu....

















Ni setelah di berkeras di pujuk oleh adik2 di Sendai, maka bergeraklah kami berdua ke Iwate. So, adik2 di sana membelanjakan kakak2 yang jakung makan sushi..(memang mak ni giler sushi, masa pregnant Ebi..Huhu, ari2 mengidam sushi..Tengoklah hasil Ebi tu..)


Melelehkan air liur tengok. Selepas balik dari Jepun, baru sekali ku singgah makan di sushi king..Dan sepanjang makan, sepanjang mulut duk mengomel. Baru dua minggukan aku g Jepun, kalau duduk sana bertahun mahu aku bukak kedai sendiri ni. Sushi Queen!!!.. Biasalah, sekali baru pergi ke luar negara, Jepun pulak tu. Tu yang cepat tak sedar diri tu. Hek eleh kan...















Ni last dinner kat luar. Beberapa sebelum bertolak balik. Memang heaven makan di sini.. Sedap sangat... Tapikan, dari stesen bus ke kedai ni..menangis mak timah. Mana biasa jalan jauh2 kan..Hahha...sambil jalan, sambil tahan nafas.. Rasa almost 2 km jugak kami jalan. Tak apa, kat sana jalan jauh mana nak berpeluh macam tempat kita..Sejuk2 memang eloklah memanaskan badan dengan berpeluh..


Hurm...rasa sepanjang kat sana niat untuk menghadiri short course CS tapi..hahaha..jalan2 cari makan...Nak buat camane, adik2 di sana walaupun busy tetapi diorang memang spent (berusaha spent time tuk kitaorg) Terharu sesangat...Thanks you alll...





  


Okey, yang ni namanya mee sejuk..Hikhikhik..Sedap.. Orang jepun ni memang mengamalkan makanan sihat. Hurm, air diorang pun mana ada manis2. Mak masa mula2 beli air dekat mesin..Terkulat2 menelan air liur. Nescafe tanpa gula, coffee tanpa gula, tea tanpa gula...Aih...lelama tu dah boleh telan. 




Last meal at Jepun sebelum depart..



Sekian...taukan kenapa rasa nak repeat again ke sana. Makanan dia pergh...sedap...Biasalah kan...