Sunday, September 20, 2015

Ride to Betong, Thailand





First ride with Mr. hubby. Yang ni tak tau sambutan sempena apa? Hahaha..Mungkin sempena upgrade motorkan. Tak ada idea nak cerita. Sob..sob...sob, anak2 tinggal bersama umi dan abah. Abang pun dah faham dah bila kita cakap kita nak naik motor dengan daddy nak pergi Thailand. Siap pesan lagi, daddy bawak mummy elok2 tau..So sweet. Pas anta diorang umah umi dan abah diorang. Dengan berat ati kita bergerak....Mulakan perjalanan dengan Bismillah 21x. Baca doa semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik. This time, kita dah get ready...Ready nak honeymoon balik..hahaha..ayat tak leh blah...(sob..sob..sob, atas jalan pun dok fikir, ok ke tak anak2 tu...Dah lama tak tinggalkan diorang. Biasa if aku tinggalkan diorang, bapaknya ada. Bapaknya tinggalkan diorang, aku ada..Sob..Sob.Sob...Harapkan diorang suka duduk di rumah umi dan abah. Kalau orang lain yang jaga, memang aku tak harap kot. Nak tinggalkan semalaman lagi. HhUuhu..Padahal nek ma ngn tok ayah dah pesan, kalau nak g memana.. Nak ride memana, anta cucu2 depa ni balik kampung dulu. Tak kan nak antar dua ari je, mahu aku kena penampar sulong ngn nek ma diorang. Belum puas kelek cucu, dah amik balik. Hahhaha...Sabar jelah. Budak2 ni kemain, asal balik kampung atok nenek opah diorang, aku ni di tinggalkan terkebil2. Selalu sokmo eh anak2 tinggalkan aku kat umah. Suke bebenor kalau dapat ikut atok nenek opah ni..Alahai anak2...Dah membesar sungguh. Cepat betul masa berlalu..



Jeng,..jeng..this time ride yang paling jauh untuk pertama kali bagi aku setelah hampir 5 tahun. Pi Betong mak..Betong kat Thailand..Ala, tak sampai 20km pun dari border. Tapi memang nak kena cop passport kite lah. Bergerak selepas subuh, around 7 lebih jugaklah. Dalam kul 8 lebih berhenti breakfast dekat RNR Tapah. Refuel minyak balik. Tangki kuda kuning dapat pergi sejauh 250km sahaja. Ok lah tu kan. Aku ni masa ni masih dalam mood mencari keselesaan jiwa dan raga. 

Jom pasni kita bercuti kat tasik banding ye cik rider...Hahaha...ayat tak leh blah. Abis tu anak2 macam mana? Next time kita plan, kita ride again but anak2 ikut sekali. Hurmmm...macam mana tu? Nanti kita fikirkan...

Around pukul 12.00 lebih kita orang sampai di border. Imigresen Malaysia tanah air tercinta tak dak masalah. Berjalan lancar, masuk je border siam..Aku dah mula bukak jaket. Partner ku cakap, memang masuk siam kelam kabut. Dia dah biasa, so boleh adapt lah kan. Aku yang pes time ni memang nampak kerimasan aku ni. Biasa g Mundok, masuk jalan tikus je.. tak de nak kena cop passport. Sabar jelah.. negara orang katakan. Kalau masuk thru belon udara mungkin teratur kot. Kalau ikut jalan darat.. Kebanyakan memang macam ni.. Actually, geng PMC (geng Segamat) dah gerak awal sehari dari kami. Just kami (with BIL) gerak pepagi sabtu. 








Setting waze dulu nak ke Betong melalui Pengkala Hulu

Border

Nak melepasi imigresen Malaysia


Masuk siam sdh



Time ni dah kurang dah. Masa mula2 sampai, beratur (atau erti kata lain bersepah2 sampai ke bawah)






Standby nak gerak balik sudahhh..





Tiba-tiba polis ke org majlis daerah(yg ni aku x pasti) datang nak bergambar. Layan kan je...






Si gedikka....hahaha




N d way balik daaa...




P/s: Nak masuk Thailand kena bayar rm2 semasa imigresen diorang nak copkan passport kita. Aku pun tak faham pasal apa. Ada yng jadi ulat, tukang tulis form. Padahal boleh je kita nak tulis sendiri. Tapi masa tengah ramai tu, aku mtk abang suruh diorang je tulis and then byar je. Malas nak berebut tempat bagai. Boleh kaya kot kalau jadi ulat camtu...(cara diorang cari rezeki..kalau ada ramai yang pemalas macam aku ni.. memang kaya lah kan..) Rimas...masa nak keluar Thailand. Waktu pepagi memang tak ada orang. Oklah, time tu aku tulis sendiri.. Tapi masa nak check out keluar pun tetap kena bayar rm2 dekat imigresen. Tak paham aku....

Saturday, September 19, 2015

Kenangan Bersama Hijau***********



Sebelum Hijau di lepaskan ke tangan tuan baru. Abang buat ala-ala surprise ajak ke Fraser Hill (2015). Sebelum anny ke-5. Hahaha..nak menggamit tempat cinta pandang pertama kat aku lah tu. Terfikir jugak, uish..bolehke hijau ni naik bukit berdua. Dulu lain, sekarang lain. Dulu aku kurus je, sekarang aku debab. Anak dah dua kan...(alasan yang abang tak leh terima sampai sekarang)..Hahaha.. yelah, i dalam proses nak kurus dah ni...(alasan abang bila tanya bila nak invite kita jadi pillion dia: Kena kurus ni, nanti susah nak ride naik hijau...kena kurus ni....) Last2, before anny, invite kita pergi Fraser. Dalam usia 5 tahun ni, dah 3 kali dah naik fraser. Memang sengaja sebab itu tempat kenangan. Sweetkan!!!! Hahaha.....mengada sungguhkan..




Di sebaliknya anny, ada lagi agenda lain. My BIL baru berjinak2 dengan motor ni. And he paid cash beli Kawa SL250. For beginner, memang i suggest kan you all bawak cc rendah dulu. Bagi serasikan jiwa tu dengan motor. Tak pernah main motor, terus angkut 1000cc, padah woi....Kena belajar dulu dari bawah. Yup, once you dah biasa. You akan upgrade cc lebih besar. Tu memang tak leh sangkal dah. Jiwa motor kan..Laju tu penting. Chop....nasihat skit ni..Laju tak pe, alert tu kena tinggi. Pengguna jalan raya asyik kata orang yang bawak superbike ni mcm action sikit, tak..tak...salah tu. Kereta tiba-tiba tukar lane tanpa bagi signal, memanglah kita kena mengelak. And then, bile kita elak. orang lain akan cakap kita action...Sedangkan kita nak mengelak sahaja. Salah satu contohlah....Jangan marah pulak ye pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, kita masing2 kena bijak. Jangan selfish. Ada je yang naik motor ni selfish...Sebab itu kita highlight kat sini..JADILAH PENGGUNA JALAN RAYA YANG BIJAK!!!.. Abang selalu ride solo.. bila nak layan corner, dia masuk track. Itu lagi selamat. Ko nak layan corner atas jalan raya, memang tempah batu nisan lah...(peringatan untuk kita semua...)




Aip...dah melalut ke laut mana dah ni..Back..back to the story...maka sekian hampir 5 tahun, aku menjadi pillion abang ke Fraser Hill.. Masa tu tak payah cakap, asyik mintak abg berhenti je..Kenapa? Sebab mak sakit belakang..sakit belakang...bertahun2 tak naik, pastu naik pulak babybike...memanglah..Excited nak ke Fraser Hill menghilangkan segalanya..Hahaha...Oppss...anak2 masa tu, umi dan abah diorang (pengasuh) nak tolong jaga..Sebab nak kasi can kat kami ni bercinta...

























P/s: Ride yang pertama dan terakhir bersama hijau sebelum hijau berpindah ke tuan baru.. Abang dan Ebi di rumah umi....(terima kasih sebab kasi can mummy dan daddy bercinta) Love abg n ebi ketak2..

Short Ride Back to Kelantan







Hijau nak jumpa tuan baru. Jadi nak kena bawak hijau jumpa tuan dia lah. Not me yang bawak balik but my bro.. Aku, bab kata suami. Bahaya..BAHAYA!!! Eleh..kita kenal pun sbb pasal motor kan. U dtg join kawan2 u, and then jumpa kitakan...U dah tau kan isi hati kita kan. Sebelum ni okey je kalau kita nak bawak motor..Skang ni, nak bawak kapcai pun u dah tak bagi. Terima kasih u sebab sayangkan kita...Tapi, kita tetap sedih tau. Niat kita nak ride solo tau.. Kita bawak ebi, u bawak abg. Baru fair kan.. Tapi tulah, kitakan isteri, kita dengar cakap u...



Hari terakhir hijau dengan kita. Bab kata suami, hijau ni boleh pakai setahun je...Memang, u dah biasa dengan kuda putih dulu, bila bawak hijau, u asyik komplen. Tak apa, kita paham...So, bila kita merengek2 nak bayarkan hijau. U pujuk kita cakap, beli motor lain. Kita dengar je cakap u. Sampaikan kita ingat hijau. Yelah, hijau tu bawak kita pergi imbas kembali kenangan kita..Kan....kan...emosi pulak ni...





Anak2 dah balik tengah ari dengan pak cik n mak cik dia. Biasa,orang kg pun tau (bajet glemer) katakan. Kalau anak2 balik dengan pak cik mak cik ni, tentu mak ayah nak merempit..Hahaha.. mana ada. Just nak sweet2 dengan suami je...kover line...


Pukul 4 lebih kita bangun siap2, tgk kondisi hijau dan kuda kuning ok. Dengan bacaan Bismillah (21x- yang ni pesan ayah kita.Setiap kali nak drive, mulakan dengan Bismillah)..Kita amalkan..Alhamdulillah...




Hijau dalam kenangan..Dari Perak ke Sg.Buloh ke Kelantan akhirnya



Cek kondisi kuda kuning dan hijau


Kepong...

Gua musang- Sakit belakang mak...lama x naik motor



Proses tukar nama hijau



Mak aih, lama bebenor tak naik motor ni. Jadi pillion pun, sakit belakang..Hijau kena bongkok..ala2 superbike gitu. Superbike 1000cc tapi hijau just 250cc, jadi kita panggil dia babybike. Hahaha, dalam hati, lambat lagi ke ni nak sampai. Asal abang bawak mcm nak bercinta atas kuda kuning atas jalan ni... Lambat sangat, padahal sbb dah lama tak naik. Panas, tak selesakan.. nampaknya mak ni dah berumur..


Camane nak pusing malaysia ni???????