Tuesday, November 29, 2016

BRAAAP TRACKDAY (26/11/2016)





Assalamualaikum....


Aktiviti hujung minggu lepas ni.. (Dalam hati tengah duk tertanya-tanya, aktiviti swimming dah ke mana dah bang oi). Tak pe, kita layan je, Big bos dah lama tak masuk trek... Katanya tahun ini belum masuk track lagi. Ok big bos, we all follow big bos je ek. 

Seperti biasa ye, bab kata nak amik hati bini. Big bos bangun awal pagi, basuh motor dulu. Siapkan breakfast. Wow! nak amik hati punyer pasal. Motif utama beli seken bike katanya nak bawak pi kerja. Mak jemah bagi green light sebab bila fikirkan kuda kuning nak bawak ulang alik Sg. Buloh - Cyberjaya menangis. Kos nak menten semua tu double okey. 3 bulan sekali ofkos dah kena tukar. And, before beli tu mak jemah sekali lagi tanya big bos, betul ke motor ni nak beli ulang alik keje..Tak ada hidden motive ke? ( Mak Jemah dah hidup lama dah ngn big bos ni ye). Bila dia kata ye.. Mak Jemah anggap tak dengar je. Pasal Mak Jemah tau motif utama dia apa. Tak pe ye, doakan Mak Jemah di murahkan rezeki. Kita beli cc besar pulak. Kasi dia rasa dia lah champion ye...cc 1000++.. Doa ye agar Mak Jemah di murahkan rezeki...Amin..amin....

Abg dan Ebi cam biasa, bagi sokongan penuh kat daddy diorang. Bab kata orang, kalau dah reti tukar tayar, rasanya diorang ni yang sibuk nak tukarkan. Al maklum, jiwa motor tu besar. 

Inilah enpai yang sudah berbelah bahagi..Padahal Mak Jemah dah offer big bos.." Nak masuk trek ni slow. Motor ni slow..Baik angkat SL.. Tak beza pun rege..Kalau nak beli, baik yang puas hati..." Kan, jangan kata Mak Jemah tak payung. Dah bagi cadangan siang malam.. Motor pergi ulang alik kerja katanya... Sekali masuk trek, siang malam duk garu kepala.. Motor tak laju..Alahai big bos, kesiannya. Tunggu duit jatuh ke riba kita tukar yang lain ye..

Yang bestnya, terus big bos offer enpai tu kat Mak Jemah....Alasan kedua kenapa nak beli..Jugak alasan nak bagi kat Mak Jemah kalau Mak Jemah kerja...hikhik...






















                            




Yang paling Mak Jemah panas, ada pulak yang jenis tangan panjang. Adoi...tak selamat lah pasni.. Sesungguhnya naluri seorang ibu dan isteri ni kuat. Mak Jemah terasa tak sedap hati. Rupanya ada kejadian. Hp big bos kena amik kat orang. Please lah, datang track sebab nak main motor ke atau nak ambik peluang rembat harta benda orang. Hp big bos bukan jenis mahal. Tapi Mak Jemah nak marah sebab dalam tu ada benda penting. Ada gambar kami semua. Dokumen semua, keluar masuk duit melalui hp tu. Haih...Lepas ni Mak Jemah nak pasang spy, siaplah kalau jumpa ngn Mak Jemah. Mak Jemah nak standby full face dan stereng lock batang tu. Tibai sampai lembik. 



P/s: Berhati-hatilah ye kaki rembat. Anda sedang di perhatikan. Selamat hari ini, esok kita xtau...

Saturday, November 19, 2016

Review Xiaomi Redmi Note 3



Hi...


First of all, nak bagi thumbs up dulu pasal handphone ni. Pasal apa ye..pasal mak jemah dh tukar hp mak jemah kepada this brand. Bagus sangat. Mak jemah suka..okeylah untuk mak jemah kan..Bukan kaya mana, tp syukur. Apa yang pasti memang tak mampu mak jemah nak pakai Iphone..Usahkan Iphone 6s. Iphone first gen pun mak jemah x mampu. Sebenarnya bukan x mampu sangat tapi big bos mak jemah ni lebih prefer pada spec and benda alah dalam je...Not pada brand. So, mak jemah follow je.. Hurm, nak di jadikan cerita. Kakak mak jemah ni penah pakai samsung note 2. Mak jemah tergiler- giler, termimpi bagai nak pakaikan, tapi big bos tak bagi. Di belikan mak jemah Experia. Mak jemah muncung gak. Yelah, cuba korang fikir, korang dah mengidam 34 hari 34 malam, tup-tup dapat hadiah lain..Ala, bukan setakat mak jemah.. ntah2 korang punyer muncong lagi terukkan.. Mula2 memang lah, lelama mak jemah jatuh cinta..Kenapa? Gambar dia lagi cantik dan kualiti dari samsung Note 2. Mak jemah buat comparisonlah.. From my side, memang nampak beza. Idok taulah dari korang semua kan.. Alhamdulillah..Memang percaya kat big boss lah. Mak jemah pakailah hp tu. Kasi baling sana sini, so far tahan lasak dan Alhamdulillah..Mak jemah suka..dann rekemenkan beli...Ni pulak, tak ada hujan, tak ada ribut.. Mak jemah dapat hp baru.. Xiomi Redmi Note 3.

Ooops..nak cerita sal Xiaomi Redmi Note 3 tapi pi habak pasal lain...Intro panjang sangat kan.. Tapi itulah ceritanya. Redmi Note 3 tak adalah mahal sangat. Dalam RM750++.. Murahkan. Big boss beli thru Gemfive jer.. Tup sampai parcel.. Now if tengok dalam lazada.. Pun dah sold out buat masa sekarang. Rugi korang tak beli awal-awal. Mak jemah suka sangat. Hp lama lagi mahal. 2x ganda dari Xiaomi Redmi Note 3 ni tapi bab speciifications dia.......memang terbaik.. Kalah Iphone 5 you all...( ni mak jemah compare dengan hp sister ye...x sampai 6 bulan dah hang bagai..ntah bakpo pun mak jemah x tau. Mungkin penggunaan tu memainkan peranan kot...) Ke sebab mak jemah ni over up barang mak jemah..idoklah ek..buat masa skang ni still vote for Xioami Redmi Note 3. Even sister pun nak beli hak ni jugak.. Terbaik ni...

Yang ni macam Mak jemah beli---lawo kan...

Product details of Xiaomi Redmi Note 3 3GB + 32GB 5.5" FHD Gold

Xiaomi Redmi Note 3  5.5" FHD 4G Metal Body Fingerprint ID Mobile Phone MTK Helio X10 64Bit Octa Core 3GB RAM 32GB ROM 13MP 4000mAh Battery

Features:
5.5 inch FHD Screen, 1920x1080 403PPI.   
MTK X10 Helio 64Bit Octa Core, PowerVR G6200, 700GHz.
32GB ROM+3GB RAM.   
Back Camera 13.0MP AF with flash LED, 5.0MP Front Camera.  
The ergonomic design  Metal Frame Body.   
MIUI 7 Smart Operation System.
0.3s Fast FingerPrint / ID touch.
4000mah Lithium ion battery.  
 

General Features:
SKU
XI335ELAA5HGVDANMY-11150361
Camera Back
11 to 15MP
Screen Size (inches)
5.5
Model
TOMTOP-P1349G-US
Network Connections
2G
Operating System
Android
Phone Features
Fingerprint Sensor
Size (L x W x H)
18.00×9.00×9.00
Weight
0.46
RAM memory
3GB
Capacity (GB)
32
Storage Capacity
32GB
Type of Battery
Mobile Phone Built-in Battery
Warranty type
No Warranty
























Begitulah serba sedikit mengenai brand ni. Dalam family mak jemah, kebanyakan dah tukar ke begini. Unlock dia, you all boleh pakai finger lock jugak tau. Hebat kan.. 


So, bagi mak jemah, buat apa berbelanja mahal sedangkan yang murah lagi berkualiti dan bagus. Yang mahal tidak semestinya bagus, yang murah tidak semesti tak berkualiti.. Ayat ni mesti korang dah biasa dengarkan. Ala...ala...iklan sabun fab tu. Kalau time citer hindustan time pukul 2 setiap Sabtu selalu keluarkan..kan...asyik-asyik iklan sabun fab tu..hihi...


P/s: - Dah masuk bulan kedua dah pakai, so far memang terbaik.. Gambar tak usah di pertikaikan lagi, ibarat pakai kamera DLSR (ntah betul ke tak tu..tapi camtulah..)

       - Ada sales lagi, baik korang beli siap2 tau...


Rainbow Paradise Beach Resort (A Short Vacation at Penang)



ThrowBack the Moment with Sweet Family


27/09/2016 - 29/09/2016

Assalamualaikum...

Tiba-tiba je dapat whatsapp from big bos. " Jom bercuti penang. B dah book hotel sudah.." OhmaiGod..Tiba-tiba..Nape? Biasalah, mak terjah big boss dengan peluru soklan. Big boss cam biasa gaya dan jawapannya.." Saja, dah lama tak jalan. Jangan lupa bawak baju swimming semua.." Al maklum, sejak dua menjak ni swimming dah jadi aktiviti wajib mingguan kami semua. Wajib you all.. Tak payah nak pi waterpark memahal. Pergi je Pusat Akuatik Shah Alam tu je. Dapat je swimming. Swimming lah korang sampai puas. Confirm tak puas.. Hurm, nanti nak buat entry sal survey swimming class family fees. Setakat ni swimming tenggelam tak timbul-timbul. Hahaha...

Okey, so ni entry lepas kan..Throwback balik. Sekian sudah selepas bebanan mak terlepas jua..Alhamdulillah. Sebelum ni mak selalu je merungut nak pi jalan. Al maklum, diri bebas dari kerjakan. Semua setel. Doa siang malam, akhirnya ada jugak percutian (walaupun di tengah tu bercuti sakan di kampung okeh..yang ni tak di kira bercuti tau..huhu)

Seperti biasa, pagi 27/09 tu kami gerak di awal pagi. Bekal memang wajib, mak sediakan sandwich, cookies, roti kosong dan air tau. Al maklum, bila ada anak, benda yang nampak so simple ni kita kena titik beratkan ye. Korang yang plan nak pi jalan tu sila sediakan semua ni. Make sure kena ada. Budak ni tak kira waktu, bila time makan diorang. Memang diorang nak. Prepared siap2 tau. Jangan asyik tanamkan dalam jiwa, stesen minyak bersepah, rnr tentu adanya..Jangan..mak sarankan jangan. Buatlah sedikit bekal, biskut keringke kalau malas sangat. For sure, bekal susu dan pampers kena cukup. Huh, sign...Ebi still like a baby. Paham-pahamlah kan...Ok, sebelum tu, big boss cam biasa pastikan keadaan kereta dalam keadaan ready. Check everything before the journey. Perlu ni..WAJIB..COMPULSORY....

Tak adalah excited mana sebab sebelum ni mak dah pergi Penang. Ni kali ke 4 mak ke sana. Tapi kali ni, big boss yang over excited! siap tugaskan mak buat itinerary sepanjang kat sana tau. Wau...wau...big boss mak ke ni.. (sejak layan Descendent of the Sun) mak letak nama partner mak big boss tau. My only big boss. Muahaha.. Okey, itinenary pertama, lunch di Ipoh, melayan Nasi Ganja. Sign....haih...(camane ni, mak anti mamak...) Ramai nak weh beratur nak beli nasi ni. Nasi Ganja made from mamak dan di jual di kedai cina. So far, Halal..Alhamdulillah.  Hurm, yang sedap tu tang mana ntah. (gaya macam ni sebab bukan taste mak. Telan nasi macam telan pasir..Big boss tahan gelak je..) Sebab kesian big boss makan sorang-sorang, mak telan jugak. Part ni memang berpeluh satu badan, dahlah dengan ramai orangnya, dengan kembang tekak maknya. Sebelum ni, dah ada one of my frens asking mak. "ko nak g penang, ko tak makan mamak..tak best wo.." Nak buat camane, dah ni pilihan destinasi big boss.. Tak pe aih tak makan mamak pun, mak make lah benda gelain. roti pun mak bekal banyak...



Ramai nau beratur nak makan nasi ganja ni- lokasi Ipoh mali.





Dengan perut yang tak berapa nak kenyang, perut maklah. Perut orang kenyang, sampai mengantuk nak drive pun ada. Kami meneruskan perjalanan. Perut tak kenyang pun, mak tido jugak. Konon nak tukar driver. Sedar tak sedar, mak bukak mata je dah naik jambatan kedua...hahaha..penat ntahlah..Kang main mak tido, abis sesi nak menjamu mata.. 

Rainbow Paradise Beach Resort






After kemas barang, we all kuar jenjalan kat penang. Pusing pulau...Sekian, kata tak excited tapi bukan main kan.


Day 2.

Bangun pagi, gosok gigi, mandi-mandi, siap sedia..Anak-anak request nak mandi kolam. Okey, kita layan jer.....












Pastu pasembor hunter....Kan pergi time weekdays, bestlah jalan. Memang smooth je jalan. Tapi kalau weekend memang haram lah nak jalan cam ni. Hunter menjadi huntido pulaak. Kami punyer style, malas nak layan jem. Dah puas ngadap jem kat umah kan. Tak sempat nak amik gambar pasembor.. Sampai je kat meja terus ngap..







Next, kami ke Bukit Bendera. Pertama kali kot. Mak sarankan kalau korang nak pi, pi lah awal pagi no. Pasal banyak tempat kat atas tu korang boleh lawat dan pusing. Berbaloi sangat pi Bukit Bendera. Kena letakkan dalam itinenary wajib anda ye. Sila add sekarang. Budak2 pun tentu suka. Kita mak bapak je meleleh penat. Diorang lagi jauh jalan. Laaagi enjoy. Yang part kelakarnya, duk pi masuk shopping mall kat sini buat apa.. Adeh..Padahal kat KL lagi banyakkan..Adeh..
















Tada...kelik je dari sini..semua terbokang tido...


Day 3

Tak ada buat apa pun..pasal dah siap3 kemas barangkan. Mood nak jalan pun kelaut pasalnya hujan je.. Maka segala itinenary yang di susun untuk hari ketiga tiada. Stay inside the room jelah. Cari jeruk-jeruk lah jelah. Nak bagi dekat jiran-jiran..Sekian.. Sekejap tapi okeylah. Big boss kata nak repeat lagi sebab banyak tempat tak pergi due to the bad weather..Sekian...

Booking room thru: https://www.airbnb.com/. Siap ada diskaun lagi..

Bolehlah go thru this website ye kalau anda berminat nak bercuti...