Huhuhu...sedih sebenarnya arini...Kalau tak silap bulan lepas aku amik test GBS nih..Hari ini bila pergi check up, result keluar. Aku...aku GBS carrier.. Ooops, lupa nak bagitau dulu GBS tu apa, GBS adalah Group B Streptococcus. Virus atau bakteria ini memang biasa ada pasa setiap wanita dan sesetengah ada terdapat pada kaum lelaki. Tu mengikut apa yang aku buat research ler. Risau jugak mak bila dapat tau aku nih pembawa bakteria ini. Kalau bagi kesan dekat aku, tak delah aku risau, ni risiko pada baby. Ya ALLAH, mintak di jauhkan dari segala yang tidak baik.
Risiko dia, hurmm..kalau tak dapat detect awal memang berbahaya lah. Boleh effect pada otak dan peparu baby. MasyaALLAH...terukkan bakteria zaman sekarang.. Pape pun aku hanya mampu memohon pertolongan dari ALLAH. Dia yang menentukan segalanya. Dari pada Dr. bagitau aku, ramai jugak yang terkena jangkitan ni. So far sekarang ni, tak ada masalah lagi dari dia nye previous patient..Sejuk hati aku dengar! tapi mak still lagi takut dan risau. Aku tanya lah, sebab bakteria nih datang singgah kat aku..Sebab pemakanan ke? sebab apa?
Dr. cakap nih mungkin sebab masa bersalin anak pertama, air ketuban aku pecah lebih 24 jam..Bengang giler aku dengar. Memang aku lebih 24 jam, doktor yang rawat aku time tu saja nak bagi aku rasa sakit. Korang bayangkan, masa ketuban aku pecah tu, aku terus pergi hospital..Around 10 pm aku dah di warded..pagi isnin,aroun 6.15 am aku baru deliver baby. Tup, bila timbul penyakit ni doktor tu tunding jari dekat aku. Masa tu aku memang hangin giler, abang pun angin giler..Siap cakap lagi kalau ada pape kat anak aku, kitaorang nak saman. Sampaikan abang aku yang kerja kat PPUM time tu datang ke Muar terus. Yelah...salah diorang, aku pulak yang kena...Ok..ok, back to story..Tapi jangan risau, anda still lagi boleh bersama dengan incik suami tau. Jangan risau dia tak akan terkena jangkitan ini...(malu)
Dr cakap lagi, biasanya kalau kita nak tahu preggy mommy ni ada GBS ke tak apabila dia mengalami simptom2 sebegini;
1) Masa nak kencing tu sakit
2) keputihan banyak keluar
3) Keluar darah sikit2
4) Keluar air
5) Air kencing kotor
Tu apa yang Dr bagi tahu dekat aku tadi...And then, bila aku tanya sama ada aku boleh deliver kat private. Dengan pantas dia cakap NO but kalau private tu ada baby care...boleh je. Dia cakap kalau pergi private, diorang tak berapa peka benda-benda macam ni. Hurmmm...nak tak nak, aku terpaksa deliver dekat gomen ler....Dr. siap cakap lagi, even dekat gomen servis tu slow, tapi bab-bab macam ni diorang memang peka. Betul juga tu...
Balik dari klinik aku terus wassap abang ipar aku tanya pasal nih. Risau di hati masih belum reda. Dia cakap tu hanya risiko, as long kita dapat detect awal dan bagi antibiotik masa nak deliver. Tak ada masalah. Mungkin baby akan masuk dalam baby care selama seminggu. Time tu diorang akan buat beberapa test tuk detect terkena jangkitan or tidak..Syukur, lega sikit hati aku. Sempat lagi aku cakap yang aku nak bersalin nearest dengan tempat dia..Bukan nak bersalin dengan dia tau..Mak pun segan but in case jadi pape, dia boleh tolong tengokkan...
Ya Allah, engkau jadikanlah anak di dalam kandunganku ini sebaik-baik hambaMu ya ALLAH...amin
P/s: Semoga ALLAh permudahkan segala urusan kami...
Wednesday, November 28, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Save GAZA...
Sedih aku tengok Israel kejam...Apa dosa anak-anak, kaum wanita sampai dorang kejam sangat. Bedil sana sini, launch bom. Diorang tu xde mak bapak ker? xde anak bini ker...Menitis air mata aku tengok, cuba kita bayangkan kita di lahirkan di sana..Nak makan takut leka, tak dengar siren. Nak tido, lagi lah mata tak lelap. Cuba bayangkan perasaan kaum wanita melihat anak-anak masih kecil dalam ketakutan, depan mata tengok anak yang masih kecil, yang tidak tahu erti hidup mati di depan mata. Gilerkan..Ya,ALLAH..selamatkan mereka-mereka semua. Kepada-Mu kami memohon Ya ALLAH...Berikan hidayat kepada kaum yang zalim Ya ALLAH..
Aku ada copy gambar ni dekat blog nih.. http://eiz1004.upprofits.com/save-gaza-palestine/
18 November 2012 Last updated at 14:52 GMT Share this pageEmail Print Share this page
US President Barack Obama, speaking on Sunday, said Washington was "fully supportive of Israel's right to defend itself".
- Menyokong sepenuhnya hak Israel mempertahankan dirinya-....
Orang kafir memang camtu...Kejam...zalim..macam ni presiden punyer perangai. Mesti PM kita menyesal says tahniah coz menang jadi US President. Tiba-tiba cakap Israel nak pertahankan diri. Ya ALLAH, zalimnya manusia-manusia ini. Tidakkah mereka tahu, Allah yang berkuasa di muka bumi ini. Allah hanya memberi pinjam sekejap aje nikmat hidup di dunia ini...Tengok gambar di atas..sedih, tak terungkap dengan kata-kata.
Ya ALLAH..Bantulah hambaMu di sana.. Pelihara saudara seagamaku Ya ALLAH....
" Aku rasa ramai giler yang amik MCD free arini..Kebulur sangat..Bukan sedap pun..agaknya diorang ni tak fikir pape kot. Asal dapat makan free kan..Huh..."
Zoo Melaka~~
Last week, we went to ZOO MELAKA for jalan-jalan tengok binatang..Hehehe, satu family besar pergi kot nih..Adventures at Zoo Melaka;
1) 2 warga emas
2) 9 dewasa
3) 2 kanak2 underages
4) 2 kanak2 kecil
Hahahaha.....dengan confident aje pergi sana tapi silap time. Ramai giler orang. Aku tepuk dahi bila tengok ramai budak2 berbaju pakaian seragam sekolah. Adush! silap time..ni first day school holiday..Patutlah ramai, cikgu cikgi bawak students diorang datang melawat kat sini..Adeh...ramai pun ramailah. Alang-alang dah tiba kan, redah jelah. Tengok muka tok mek ngn tok bah excited giler..Tak kan nak patah balik pulak. So, abang yang amik alih pergi beli tiket nak masuk. Sorang dewasa rm10.00, warga emas ( kena tunjuk IC) rm4.00 perperson. Kanak-kanak under 12 years old rm4.00 and underage( 2 years ke bawah-FOC). Lets go...have fun....yeah..yeah...yeah..Zoo Melaka ni actually korang boleh pergi pagi dan juga malam (night safari). Tapi, di sebabkan adanya warga emas dan underage..Kami tukar plan melawat waktu siang.
Tunggu Encik daddy belikan tiket |
Tok Mek & Tok Bah...yang cute tu Auntie aku.. |
Kak Ngah & Asyraf |
Kanak-kanak riang tengok binatang..muahaha |
Adik aku (Ein), Bang Boy & daddy |
Style Bang boy bila bergambar... |
Its me...muahahaha...slim kan aku...alahai, asal Bang Boy tengok bawah |
Bang Boy..bird...bird..sibuk daddy suh anak dia tengok Eh..Mak cik kita tu tido ke berjalan.. |
Di atas kereta api kecik yang bertayar...Pengembaraan bermula..Aku sengaja amik seat paling last..Pasangan di atas adalah mak cik dan pak cik aku...Muahahaha |
Nih barisan aku..saja nak berhimpit dengan aku budak-budak nih. Padahal kat depan banyak kosong..Last aku suh Cik Ten, kiri sekali duduk depan... |
Kijang kot.. |
Zirafah.. |
Apa tue..Bang Boy cakap.."cat.." Alahai anak mummy,semua binatang panggil cat.Actually kambing gurun kat sana..Nampakkan yang hitam atas batu tu |
Nak cakap ke binatang tu apa? Gajah..erk,mesti orang tau kan |
Seram...sebab itu kena letak dalam sangkar...Harimau bintang...spesies ini jenis melompat dari pokok.. |
Seladang kot..Muahaha...lupa der |
Sang kancil.. |
Hahaha..lembu pun ada...siot betul..datang jejauh..tengok lembu..'first perkata kuar dari mulut depa..' |
Rusa paya |
After puas pusing satu zoo, kami semua mencari tempat untuk menjamu selera. Pe lagi, rombongan tiga buah kereta bergerak mencari destinasi untuk mengenyangkan perut..Yang paling tak tahan lapar, akulah orangnya. Dah siap buat asik kebuluran dengan abang time tu. Abang apa lagi, kelam kabut pergi beli buah.
" Eh, buah je ke...mana kenyang nih..."
Abang apa lagi, geleng kepala lah dengar bebelan aku nih. Nak buat camane, anak dia juga yang nak makan. Aku tukang sampaikan maklumat saja..Hehehe..betul x baby? Baby kena sokong mummy tau..hehehehe
Around kul 5.30, kami bergerak balik. Abang pecut kereta dia laju giler (nak kejarkan solat zohor dan asar) tulah, orang suruh sembahyang kat rumah adik ayah dea aka pak cik aku tak mau. Segan konon! Huh..makan dan tido umah orang tu tak malu pulak..Ish abang nih...macam-macam perangai..
Conclusionnya;
Badan aku penat giler nak pergi kerja keesokkan harinya...But I'm enjoy...Tak pernah lagi aku jejak kaki dekat zoo Melaka. Zoo negara pun belum lagi walhal selalu saja lalu depan pintu pagar zoo negara.
Thursday, November 15, 2012
PART 4: Hati Terusik..~
Tok! Tok!
Jeslyna mengetuk pintu bilik si adik nya beberapa kali. Seketika dia menunggu, kalau di ikutkan perasaan ingin tahunya mahu sahaja di rempuh masuk. Memandang perbuatannya akan mengundang lagi bala, Jeslyna akur.
"Jo...Kak Na masuk boleh?" Ujar Jeslyna pula. Kedengaran tombol pintu di pulas kasar. Jeslyna tersenyum pabila wajah adiknya terpacul di hadapan. Mata Joana sedikit merah. ' Baru lepas nangis agaknya..'Getusnya di dalam hati. Tanpa menunggu lama, Jeslyna melangkah masuk dan melabuhkan punggung di birai katil milik Joana. Wajah Joana di pandang seketika.
" What?" Soal Joana. Dia tahu kedatangan Jeslyna bersebab. Bukan semata-mata ingin bertanyakan khabar, lebih tepat lagi ingin mengorek rahsianya. Bisik Joana di dalam hati.
Jeslyna ketawa lepas. Geli melihat perangai keanak-anak Joana. Umur sudah menginjak 26 tahun tapi perangai manjanya masih jelas. Langsung tidak berubah. Pantang di pandang wajahnya, laju sahaja dia menyoal orang balik.
" Meh..duduk dengan Kak Na...Dah lama akak tak bermesra dengan Jo kan..Sejak bersalin nih..akak dah lupa camane nak manja-manja dengan adik akak nih.." Jeslyna memujuk seraya menarik tangan Joana agar datang dekat dengannya. Rambut kusut Joana di usap lembut persis seorang ibu membelai anaknya. Joana tersentuh, tanpa di pinta dia memeluk tubuh akaknya. Tangisannya semakin lama semakin kuat. Joana tahu dia tidak kuat. Dia rindukan seseorang yang mungkin tidak akan kembali kepadanya. Berdosakah dia selama ini? Api neraka ke yang bakal menjadi tempatnya nanti? Joana semakin takut menyebabkan tubuhnya menggeletar. Semakin kuat dia memeluk Jeslyna.
" Ish..akak kan ada. Akak tahu Jo kuat. Jo mampu mengatasinya. Jangan di ingat lagi kisah lama. Kak Na sendiri yang mendengarnya. Dia sudah lama memaafkan Jo. Allah lebih sayangkan dia. Dan Allah juga sayangkan Jo. Allah sentiasa menguji hambanya, menduga keimanan hambanya..." Pujuk Jeslyna. Sehabis mungkin dia menahan agar air matanya tidak menitis di hadapan Joana. Joana terlalu sedih, dia perlu menyokong adiknya selagi dia mampu.
Joana diam membatu. Dah beberapa kali dia mendengar ayat yang sama dari Jeslyna tetapi hatinya tetap rasa bersalah dan berdosa. Joana memandang tepat wajah Jeslyna, banyak persoalan bermain di mindanya.
" Berdosakah Jo Kak Na...Macam mana Jo nak minta maaf dengannya. Tidak mungkin dia akan kembali kepada Jo. Ya. Jo akui Jo memang bencikan dia, terlalu marah dengannya tapi itu sebelum kami di satukan. Di saat dia memegang tangan tok kadi, Jo dah sayangkan dia. Jo tahu Jo memang cintakan dia. Tak sempat Jo nak luahkan semua itu kepada dia...dia...dia pergi tinggalkan Jo. Kak, dia memang tiada penyakit seriuskan sebelum ini?"
Jeslyna mengangguk pantas, menjawab pertanyaan Joana. Dia tahu semua itu, dan dialah orang yang merancang untuk menyatukan mereka. Zariff meninggal dunia sebaik sahaja selesai majlis pernikahan mereka. Kenduri kesyukuran pada malam itu bertukar menjadi kenduri tahlil untuk Zariff. Semua ahli keluarga terkejut menerima berita tersebut terutama ibu dan bapa Zariff sendiri. Ujian bedah siasat yang di terima dari pihak hospital yang mengatakan Zariff meninggal kerana di serang sakit jantung. Puan Sri Mariam, ibu kepada Zariff terpaksa di masukkan ke dalam wad kecemasan sebaik sahaja mengetahui yang anaknya meninggal dunia. Joana tika itu hanya memandang kosong, dia hanya mengusap wajah Zariff sebelum arwah di bawah pergi ke hospital untuk di bedah siasat.
" Kak Na......" Jelas kedengaran suara serak Joana di telinganya. Jeslyna tersentak. Joana di pandang hiba.
" Jo...biarlah arwah bersemadi dengan aman. Jo rindu dia kan, sayang dia kan. Banyakkan membaca Al-Fatihah dan Yassin,sedekahkan untuk dia. Moga hati Jo lebih tenang selepas ini. Ingat sayang, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, Allah yang mengaturkan segala-galanya..." Pesan Jesylna lembut. Setiap kali solat, dia menitipkan doa agar adiknya hidup bahagia. Jeslyna menarik nafas lega melihatkan Joana sedikit tenang.
" Tapi kan..Kak Na rasa mesti ada sebab lain yang membuatkan Jo sedih hari ini kan..."Soal Jeslyna lembut. Ya, tentu ada sebab lain yang membuatkan adiknya emosi dan pulang awal dari pejabat.
Joana mengeluh. ' Baru aku rasa okey, dah kena soal siasat. Aku masih ingatkan arwah lah kak oi...Tak nak fikir pasal orang lain. Buang masa aku!'
" Tak ada lah kak..Badan macam lemah semacam arini, tu yang keluar awal.." Joana masih belum bersedia untuk berbicara tentang lelaki itu. Malas. Kalaulah muka lelaki itu pun meluat untuk di pandang, nak sebut nama lagi lah...Alahai..
Jeslyna menjungkit kening tanda tidak berpuas hati dengan jawapan Joana.." Bukan semalam mama cakap Jo balik dalam keadaan basah kuyup...Mandi dengan siapa?"
Argh..sudah! Mama nampak ke aku balik basah kuyup semalam? Joana lantas bangun dan berdiri membelakangi Jeslyna. " Erk...kan hujan. Memanglah basah bila keluar kereta..Kak Na, baby Kak Na menangis dekat bawah sana..Pergilah tengok sekejap. Karang kita sambung ek. Jo nak mandi..." Joana sengaja menekankan ayat baby supaya Jeslyna mematikan hasrat untuk mengorek ceritanya.
Ha..ha..ha...Jeslyna ketawa. Tahu sangat akan perangai Joana nan satu ini. Kalau melibatkan lelaki, macam inilah ragam dia. Sentiasa mencari alasan untuk melarikan diri. " Alhamdulillah..." Ucapnya di dalam hati. Jeslyna risau, takut Joana menjadi " janda berhias" hingga ke tua. Dan kalau boleh, dia tidak mahu Joana seperti dulu. Jeslyna tekad di dalam hatinya untuk mengupah seseorang supaya mengintip siapakah gerangan lelaki yang membuatkan jiwa Joana kacau. Tetqpi, rasanya dia tahu siapakah lelaki tersebut. Jeslyna mengukir senyuman manis buat adiknya. Joana mula resah melihat senyuman yang terukir di bibir kakaknya. 'Sudah, jangan pulak dia tahu pasal semalam dan tengah hari tadi..Kak Na nih bukan boleh percaya sangat. Kat luar sana tu, banyak sangat mata-mata gelap dia..'
" Okeylah..Kak Na keluar dulu..Jangan lupa call akak kalau ada pape yer..." Ujar Jeslyna sebelum mengangkat kaki keluar dari bilik Joana. Di dalam kepala otaknya, banyak benda yang perlu di selesaikan tanpa pengetahuan Joana sendiri. Akan di pastikan pisang tidak akan berbuah dua kali. Zariff akan menjadi kenangan bagi Joana dan keluarga mereka. Sempat lagi Jesylna menghadiahkan surah Al-Fatihah buat arwah. Seperti Joana, dia juga merindui arwah. Arwah banyak bersamanya berbanding dengan Joana. Arwah sahabatnya dari sekolah rendah lagi, dan kerana arwah juga dia mendapat seorang suami yang baik dan penyanyang. Jeslyna hanya tersenyum hambar. Perlahan saja langkahnya menuruni setiap anak tangga. Tangisan sekecil menyentap lamunannya. Tanpa menunggu lama, dia mengorak langkah laju mencari anak kecil dan ibunya.
" Lama benar kamu kat atas...Sampai si kecil nih dah buka kelas muzik dah..." Puan Aina ketawa kecil. Mungkin geli hati dengan ayat yang keluar dari mulutnya. Jeslyna pantas mengambil anaknya dah di letakkan di atas riba. Blous yang di pakai di tarik sedikit. Kedudukan di perkemaskan. Tanpa menunggu lama, si anak terus membuka mulut..' Amboi, tak sabar betul anak mummy nih. Lapar sesangat ke sayang?' senyum Jeslyna. Wajah Puan Aina di pandang seketika. Rasa bersalah kerana membiarkan mamanya melayan anak kecilnya.
" Jes minta maaf...dramatik sangat dekat atas sana. Mama tahulah anak mama tu macam mana, kalau dah menangis..alahai..." Jelas Jeslyna. Puan Aina mengeluh. Fikiranya buntu memikirkan akan perangai Joana sejak dua menjak ini. Baru beberapa hari lepas kawan baiknya mengadu yang Joana langsung tidak mengendahkan ajakan anak terunanya. Nasib baik kawannya itu memahami dan cukup mengenali Joana. Aih, kalaulah orang lain. Mahunya di tinggal terus anak dara berhiasnya itu.
" Berikan Jo masa ma...Nanti ada peluang mama jumpalah Adi dan ibunya tu. Memang diorang faham tapi Jes takut Adi tidak tahan melayan kerenak Jo lelama. Harap dia bukan macam tu ma...." Jeslyna akhirnya meluahkan perasaan risau yang sejak tadi terbuku di hatinya. Dia tahu, Joana tentu sukar untuk menerima sesiapa di dalam hidupnya sekarang ini. Dan Jeslyna juga tahu, Adilah orang yang membuatkan Joana menangis hari ini.Nantilah ada masa dia sendiri akan berjumpa dengan Adi. Kalau boleh, biarlah jodoh mereka ada. Adi..hurm..persama lelaki itu dengan arwah Zariff tidak banyak beze. Cara mereka memikat Joana juga tidak banyak beza cuma Zariff sedikit pemalu dan beradab orangnya. Adi pula jenis yang berterus terang dan tidak tahu malu. Dari segi fizikal, Adi lebih tinggi dan berkulit putih. Maklumlah anak kacukan English-Melayu. Zariff pula berkulit sawo matang dan berketinggian lelaki melayu.
Wednesday, November 07, 2012
~Weeks 10- Baby progress~
Weeks 10 |
La..la..la...Alhamdulillah, dah nampak bentuk baby kan..Bentuk badan aku pun dah banyak berubah..Tak adalah ketara sangat, tapi memang sure nampak..Cause, aku kan pendek..ketot..sure nampaklah. Plus dengan lelemak yang banyak menyinggah..Mak!! Berat badan dah bertambah..Hehehem, masa bersalin kan Boboy..aku buleh kembali pada asal. Betul!..Cause, aku bagi bf kat Boboy..Harap baby nih, badan aku akan kembali pada bentuk asal. Kalau boleh, bentuk sebelum kahwin pun ok gak..Slim gitu..Boleh lah sarung balik jeans-jeans yang simpan elok dalam almari...Uwahh..dulu size suar 26-28 jer..skang, dah tak boleh pakai...
Friday, November 02, 2012
Little Precious
Assalamualaikum wbt..
I would like to share something for you all today. Like we always said sharing is caring. Everyone so busy in their daily schedules. Right? As a parent, I think I'm worried about my son. And how to raise them to be a good sons in future.
I'm getting excited when I read this article in http://parenthots.com/features/Little-helpers-at-home.aspx.
Little helpers at home
Sharon Moses involves her two daughters in household chores to instil a sense of responsibility. |
By SHEELA CHANDRAN
Getting children to do their chores is no walk in the park, but persistence does pay off. Homemaker Sharon Rani Moses can now beam proudly as her two daughters, Rebecca Ashley and Rachel Marie, help her collect clothes from the clothesline. The girls, aged seven and eight, also tidy up their room, clean up after meals and help take care of their 23-month-old younger sister Ramona Grace.
“Teaching my girls was and is not easy. There will be bloopers and blunders along the way. When it came to washing the dishes, the girls used to do it haphazardly, leaving behind traces of dirt and soap suds. Although it was a chore to re-wash the dishes, I would praise them for their effort. I would later point out their mistakes and encourage them to be more responsible and hygienic.
“It takes lots of patience, persistence and consistency. Kids need a lot of encouragement and a pat on the back. Rachel always asks me: ‘Mummy, are you proud that I can wash the plates?’ and I will praise her and she will feel proud,” says Moses, 37, who lives in Petaling Jaya, Selangor.
Dr Calvin Fernandez believes that helping out at home is important in his daughters’ development. |
Moses and her husband Dr Calvin Fernandez believe in encouraging their daughters to help with household chores because it teaches them to be independent and good problem-solvers.
“Chores require thinking, remembering, problem-solving and proper execution. For instance, by teaching my girls to wash their water tumblers, they pay extra attention to the mouth piece which needs to be cleaned with a bottle brush. This teaches them attention to detail and hygiene,” says Moses.
It is also a good way to teach them about responsibilities.
“The younger, the better. My toddler Ramona knows that the soiled diapers go into the bin, and she puts away her toys at the end of the day. We clap our hands, applauding her effort and she loves it.
“Rachel helps me prepare baby’s juice and Rebecca is still learning how to change diapers,” shares Moses, an accounting and finance graduate who opted to be a stay-at-home mum and home tutor.
Amelia Lim teaches her son Zachery how to pack up his school bag. |
Amelia Lim Hsi-hsin, 34, has seen the benefits of training her only child, Zachery Sijun Krishnan, to dhousework since he was only two years old. The seven-year-old boy is now able to tidy up independently and help with daily chores.
“Besides discipline, kids also need order and structure in their daily lives. Without this, they will do whatever they want, whenever they want. Now that Zachery is older, he helps to clear up his toys after every play session, pack up after his music practice and takes his plate to the sink after meals. Initially, Zachery used to ask why, but over time, he has learnt to help out.
“His reward is he gets to play with his iPad or watch TV,” says Lim, a regional brand manager based in Petaling Jaya.
Studies show that parents can make a huge impact on their children’s future by getting them to help out with chores. By assigning tasks to children, parents teach their children a sense of responsibility, competence, self-reliance and self-worth that stay with them throughout their lives.
Sonia Johan relies on her eldest son Mohd Emile (left) to help care for with the younger boys. |
Housewife Sonia Johan has five sons, including two-year-old twins Aiden Ariff Shah and Ian Nazrin Shah. She observes that her eldest son Mohd Emile, 13, has blossomed into a reliable teenager since he started helping out around the house.
“When Emile was the only child, it took a fair bit of coaxing to get him to help with chores. But when his brothers came along, he took on the role as the responsible and protective older brother. Emile is my ‘little saviour’ who helps out with chores and caring for his twin brothers. Thankfully, my other sons – Noah Nazran, five, and Ryan Emir, three – have followed in Emile’s footsteps,” says Sonia, a law graduate who quit her job to take care of her children.
Sonia adds that parents should have patience when encouraging kids to help around the house. “I’ve learnt that patience is a virtue. Instead of nagging or yelling, talk to them nicely and help them understand the importance of team work,” says Sonia, 40.
Clean up, everybody clean up
Besides parents, daycare centres, kindergartens and nurseries also play a vital role in sowing the seeds of independence and discipline in children.
Jacquita Gonzales – principal of PJ-based kindergarten-cum-daycare centre Oranges and Lemons that cares for children aged between three months and 16 years – says it’s important to instil positive qualities in children while parents are away at work.
“Daycare centres and kindergartens are like homes away from home. We work in a partnership with parents to teach children good values. At our centre, we have a routine where kids are taught basic living skills such as keeping tidy, good manners, independence and discipline. Children are good observers so we need to be positive role models,” says Gonzales, 49.
She says that children tend to have different temperaments at home and at the centre. At the centre, children are more helpful and co-operative whereas at home, they tend to be stubborn and unwilling to help with chores.
“No two children are alike. There are the rough and tough ones and the timid ones. When dealing with each of these different characters we must also consider how not to affect their self-esteem.
“Children see and children do. When they observe a friend doing something, they would likely follow their peers. Tidying up can be done in a fun way so that it becomes a game.”
She adds that consistent enforcement of rules, giving clear and calm instructions and establishing firm rules are important in disciplining children.
“A child’s behaviour may become erratic if they don’t adhere to rules. By understanding a child’s developmental patterns, parents will be able to meet the needs of their developing child. But parents must know that it is normal for children to have negative moods, strong self-will and emotional outbursts so they should not stress out but keep calm, as parenting is a challenging adventure.”
~~~ Bagus kan..ada masa bace lah..Untung boleh guide anak untuk jadi rajin buat kerja...Boboy pun dah kena train dekat bapak dia. Fuh, bapaknya jangan cakap. Memang tahap rajin giler. Kadang-kadang aku pun di bebelnya kalau nampak barang aku bersepah..huhuhu..Tak kisah, sebab confirm rumah aku sentiasa kemas...
Thursday, November 01, 2012
Follow up Pregnancy~
Hai..kisah ni semalam nyer. Biasalah kalau pergi klinik gomen. Korang yang dah ada pengalaman tu, mesti dah tau kan. Camane perasaannya menunggu angka giliran. Selalunya aku pergi, aku buat appointment dulu tapi....sama je buat dengan tetap. Korang tetap akan kena menunggu. Yang bestnye, dorang layan aku macam kawan lak. Tak tahulah kenapa, kitaorang siap boleh gurau senda macam kawan. Selalu macam tu...Haahlah, yang sebetulnya diorang dekat sini memang peramah dan mesra alam ( ye ke )..Ye kot, sebab dengan aku memang peramah. Doctor sakit puan pun ok aje, siap bagi MC lagi dekat aku. Semua orang hairan, siap datang temuramah aku lagi..Aada....
" Eh, awak! Nak tanya sikit, camane nak mintak MC dengan Dr ek. Saya pun nak MC macam awak jugak.."
Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Yang aku tahu, Doc memang nak bagi MC dekat aku. Siap janji dengan aku masa previous appoinment lagi..(Bukan apa, doc nak suruh aku ambil ujian kencing manis dan darah tinggi) di umpanya aku dengan MC. Tu yang aku sesenang dapat tu. Ada lah aku tanya dekat doc, susah sangat doc nak bagi MC. Walhal buku MC tebal bapak lagi. Dengan tersengih nya doc menjawab sebab dia tak nak reputasi dia jatuh. Silap hari bulan kena sound dengan bos, kerja asik bagi MC aje...HOHOHOHO..
Tapi kan, sememangnya ibu mengandung yang datang follow up check memang tidak akan di beri MC. Korang bayangkan setiap kali datang, kena bagi MC. Kalau sepuluh orang tak mengapa lah, nih hampir cecah beratus orang. Kerajaan pun nak menjimatkan cost dia jugak. Tul tak? Aku pun setujulah...
" Eh, awak! Nak tanya sikit, camane nak mintak MC dengan Dr ek. Saya pun nak MC macam awak jugak.."
Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Yang aku tahu, Doc memang nak bagi MC dekat aku. Siap janji dengan aku masa previous appoinment lagi..(Bukan apa, doc nak suruh aku ambil ujian kencing manis dan darah tinggi) di umpanya aku dengan MC. Tu yang aku sesenang dapat tu. Ada lah aku tanya dekat doc, susah sangat doc nak bagi MC. Walhal buku MC tebal bapak lagi. Dengan tersengih nya doc menjawab sebab dia tak nak reputasi dia jatuh. Silap hari bulan kena sound dengan bos, kerja asik bagi MC aje...HOHOHOHO..
Tapi kan, sememangnya ibu mengandung yang datang follow up check memang tidak akan di beri MC. Korang bayangkan setiap kali datang, kena bagi MC. Kalau sepuluh orang tak mengapa lah, nih hampir cecah beratus orang. Kerajaan pun nak menjimatkan cost dia jugak. Tul tak? Aku pun setujulah...
Angka giliran aku-( appointment kul 3) |
Dah macam nursery pun ada-ramai bebudak teman mak mak datang |
Muka busan- mommy tak nak bawak awak mengamuk.. |
Boboy..hurm, dah lah petang semalam hujan turun dengan maha lebat. Ada hati nak mengikut mommy. Last-last, aku bawak jugak lah. Malas nak melayan kerenah dia. Tak sampai setengah jam dah buat muka busan..Adeh........
Subscribe to:
Posts (Atom)