Part 9 : Hati Terusik…~
Puan Aina menyapu kesan
air mata yang masih bersisa. Usah di gambarkan perasaannnya kala ini. Kecewa
dan malu dengan perangai anak gadis yang tak seperti gadis. Nak kata bini
orang, bukan bini orang. Malu bukan kepalang dia dengan kawan baiknya. Nasiblah
Tengku Kamarul dan Sharifah Aina kawan baik mereka laki bini. Geram betul dia
dengan Joana. Belakang suaminya yang
masih sibuk membelek barisan buku di rak yang berada bersebelaha dengan pintu
bilik air mereka di pandang geram. Sikap selamba suaminya membuatkan dia
kembali naik geram.
‘Orang tua ni memang nak kena, anak gadis dia pergi belasah
anak teruna orang boleh pulak buat sikap selamba badak dia…aih, apalah nak jadi
ni…’Keluh Puan Aina.
“ Mengeluh panjang nampak mamanya…” Lembut suara Datuk Johan
menegur sang isteri. Bukan tidak perasan akan gerak geri isteri sejak mereka
sampai di rumah dari rumah temannya sejam yang lalu.
Puan Aina menjeling sahaja mendengar teguran suaminya. Di
tepuk tepuk bantal beberapa kali sebelum meletakkan di sebelah sisinya.
Begitulah yang sentiasa di lakukan sebelum suaminya melabuhkan punggung di atas
katil beradu mereka.
“ Tulah papa, manjakan sangat anak gadis awak tu. Boleh
pulak buat muka selamba. Papa sedar tak, anak kita dah belasah anak orang. Kot
ye pun nak marah sekalipun, bincanglah elok-elok. Malu papa, mama malu tau tak.
Nasib baik Tengku Kamarul dengan Maria tu kawan kita dan sudah kena kita lama,
buatnya orang tu kita tak kenal sangat. Malu mama tahu tak….”
Datuk Johan hanya tergelak.
“ Eh, boleh gelak sakan pulak papa ni. Anak kita tu
perempuan papa oi….” Tegas Puan Aina. Nada suaranya sudah berubah rentak.
Sedih.
Datuk Johan menarik lembut badan isterinya supaya rapat
dengannya. Rambut Puan Aina di elus lembut. Perasaan sayang dan cintanya pada
sang isteri semakin lama semakin bertambah. Biarpun mereka sudah bercucu tetapi
kemesraan yang terjalin dalam hubungan mereka suami isteri tetap seperti dulu
juga. Tidak berubah.
“ Mama, papa nak cakap apa lagi. Dah terang lagi bersuluh
yang dia tak suka dengan anak teruna Kamal tu. Papa tak nak kita memaksa dia
seperti sebelum ini. Biarlah dia memilih sendiri cara hidup dia kali ini…”
Terluah juga apa yang berada di fikirannya selama ini. Sebenarnya dia juga
gembira apabila Kamal ingin menyunting Joana sebagai menantunya tetapi biarlah
anaknya membuat keputusan sendiri. Joana bukan lagi di bawah tanggungjawabnya
seperti anak gadis lain. Joana sudah boleh membuat keputusan sendiri.
Puan Aina diam, mencari idea untuk memberikan alasan yang
munasabah terhadap suaminya. Joana perlu di satukan dengan Adi. Hati nalurinya
kuat mengatakan bahawa anak perempuan keduanya akan hidup bahagia dengan Adi.
Cukuplah selama ini dia melihat hidup anaknya yang sentiasa di selubungi dengan
bayang-bayang lama. Hati ibu mana yang gembira bila si anak seakan-akan putus
harapan untuk terus hidup. Kematian Zariff cukup memberikan kesan yang mendalam
buat Joana. Dapat di rasakan banyak persamaan Adi dengan arwah Zariff. Adi
tidak cepat berputus asa sama seperti arwah Zariff. Gaya mereka menyunting
Joana juga sama.
“ Mama nak Joana hidup bahagia pa. Bahagia seperti anak
kita yang lain. Mama dapat rasakan yang Adi akan meberi kebahagiaan buat anak
kita. Tengoklah cara dia menyunting anak kita, dia menggunakan Kamal dan Maria
sebagai orang tengah, sama sebijik dengan apa yang di lakukan oleh arwah Zariff
dulu pa. Tapikan, Zariff tak adalah kena penumbuk macam budak Adi kena tu. Kena
penampar je…” Puan Aina tergelak mengingatkan kisah yang lepas. Joana anak yang
barannya tak menentu. Puas mereka menasihati tetapi perangainya tetap macam
itu.
Datuk Johan mengangguk perlahan, tanda setuju dengan
kata-kata isterinya.
“Habis tu apa plan mama?” Berminat untuk mengetahui,
membuatkan Datuk Johan duduk mengadap wajah isterinya. Puan Aina hanya mampu bersyukur
melihatkan reaksi positif suaminya. Baru ada semangat nak keep going ni. Pasni
kena bincang dengan Jeslyna anak sulongnya supaya rancangan mereka berjalan
dengan lancar.
“Ada lah..papa tunggu dan lihat je..”Senyum Puan Aina.
“Pulak..Hish mama ni, dengan papa pun nak berkira. Tadi
macam beria nak cerita kat papa…”
“Mana boleh, papa tu kalau bab Joana mama memang tak
percaya. Sayang sangat dekat anak papa tu. Tengoklah, apa yang dia baru buat.
Sejak kecil sampailah sekarang ni, asyik nak belasah orang je. Tulah papa, dulu
rancak sangat hantar Joana kelas Taekwandolah, silat le, mak yong lah, muay
thai lah..Sekali, pantang tak suka belasah je orang….”Panjang leteran Puan
Aina.
“Ish..dia dah minat….Tak kan awak nak tengok pasu-pasu antik
awak jadi bola dia…” Datuk Johan mengingatkan isterinya kenapa dia mengikut
sahaja kata Joana dulu. Yelah, sekali tidak ikut apa yang di minta, habis
pasu-pasu antik isterinya menjadi habuan. Pernah sekali Joana membaling laptop
dari tingkat 3 ke laman rumah kerana dia menyekat aktiviti lasaknya semasa
darjah 5. Nasib baik semakin meningkat remaja, Joana berubah menjadi seorang
anak yang mendengar kata Cuma barannya tetap masih ada.
“Papa ni..dahlah, mama malas nak cakap dengan papa dah.
Papa tengok lah hasilnya nanti. Masa tu,mesti papa akan puji isteri papa
ni…”senyuman Puan Aina semakin lebar. Dia percaya yang rancangannya akan
berjaya dengan lancar. Yang penting, dia tahu akan kelemahan si anak.
“Yelah mama, jangan sampai anak beranak bercakaran sudah.
Papa kalau boleh tak nak memaksa Joana tapi demi kebahagiaan dia, papa terpaksa
sokong mama tau…”Kata putus dari Datuk Johan. Puan Aina mengangguk tanda faham
akan maksud yang ingin di sampaikan oleh suami kepadanya.
“Anak awak yang lelaki tu, tak ada tanda-tanda nak balik
Malaysia ke mama?” Tiba-tiba Datuk Johan menyambung kata membuatkan Puan Aina
tidak jadi untuk merebahkan badan. Wajah suaminya di renung seketika. Mengeluh
panjang dia apabila mengingatkan kerenah anak bongsu mereka. Dah masuk tahun
kedua dah membawa diri ke negara orang.
“Tak tahulah mama pa, dah puas Jes pujuk. Tak jalan jugak,
dengan mama ni dia cakap macam merajuk aje lagi. Ni sorang lagi, kita bukan tak
kasi dia bercinta tetapi pilihlah gadis yang elok-elok sikit. Yang kaki boros
juga yang dia suka. Mama ni bukan nak masuk campur sangat hal anak-anak ni tapi
dah tengok semacam aje tak kan nak biarkan je.”Sudah, tadi sedih sebab anak
gadis mereka yang ala-ala gangster tapi sekarang ini sedih akan anak lelaki
yang merajuk membawa diri.
“Nanti balik lah budak tu. Kita yang tua ni, kena banyakkan
bersabar mama. Darah muda ni banyak yang tak fikir pakai otak. Tak macam zaman
kita dulu. Mama pun advance sangat, pasang spy kiri kanan…Entah, dengan papa
pun mama pasang juga…”Seloroh Datuk Johan, sengaja mahu mengusik Puan Aina. Dia
tahu sangat akan sikap isterinya yang terlalu protective dengan anak-anak.
Hanya dengannya sahaja Puan Aina tidak memasang spy kerana isterinya begitu
mempercayainya.
* * *
*
Jeslyna mengerling sekilas ke
arah Joana yang sedang sibuk melayan Irdina,anaknya yang baru berusia 3 bulan
lebih. Terkejut dia sewaktu melihat kedatangan Joana sebentar tadi. Di pelawa
Joana makan malam bersama tetapi di tolak. Adiknya yang seorang ini susah untuk
di duga. Petang tadi, sebaik sahaja mendapat ajakan untuk makan malam di rumah
Tengku Kamarul, Jeslyna menolak kerana Irdina tidak berapa sihat dua hari
kebelakangan ini.
“ Macam mana dinner tadi? Jo
betul-betul dah makan kat rumah uncle ke?”
Joana mengangguk perlahan. Tanda
menjawab pertanyaan dari kakaknya. Dia masih bengang akan hal tadi, malahan
untuk berbicara mengenai hal itu bersama kak Jeslyna pun dia tidak ada mood. Biarlah,
esok-esok akaknya akan tahu juga dari mulut mama sendiri. Yang penting, malam
ini dia mahu bermalam di rumah kak Jeslyna. Timbul perasaan menyesal kerana
belum memiliki rumah sendiri lagi. Itulah, hari itu bukan main berbuih arwah
menyuruh dia membeli sebuah rumah atas namanya sendiri. Bukannya tak mampu tapi
bila mengingatkan yang mama dan papa. Dia rasa tidak perlu lagi untuknya hidup
di rumah lain. Di buatnya mama dan papa tak sihat di tengah-tengah malam siapa
yang hendak bawa mereka ke hospital. Tapi, malam ini entah kenapa Joana seakan
merajuk dengan kedua ibu bapanya sendiri.
“ Jo tumpang tidur rumah akak
malam ni…Hurm, Jo masuk bilik dulu kak. Nak mandi dan solat Isyak….” Irdina
yang sudahpun lena di ribanya di letakkan ke atas riba kak Jeslyna. Perlahan
dia bangkit dari sofa dan melangkah ke arah tangga.
“ Mama dah tahu Jo tidur rumah
akak…”
“Hmmmm…..”
‘Pasti sesuatu berlaku di rumah
Tengku Kamarul kalau tidak masakan Joana mengalahkan ibu ayam hilang anak’.
Telah Jeslyna, ingin sahaja menelefon bertanyakan kepada mama tetapi apabila
mengenangkan waktu sudah pun menginjak ke pukul 11 malam, Jeslyna membatalkan
sahaja niatnya. Malas mahu mengganggu kedua ibu bapanya. Esok kan masih ada
Jes!
Selesai sahaja membersihkan diri,
Joana duduk berteleku mengadap cermin solek. Dia mengetap bibir menahan
perasaan. Adi dan Zariff, kedua-dua mempunyai banyak persamaaan. Apakah
hubungan mereka sebenarnya. Apa yang dia tahu, Adi mengatakan dia dan arwah
suaminya bersahabat baik. Selama ini, tidak pernah pula Adi muncul di
hadapannya tetapi setelah arwah tiada, lelaki itu datang dalam hidupnya. Kalau
datang sebagai sahabat arwah suaminya mungkin dia akan menerima Adi dengan
baik. Sahabat arwah juga sahabatnya. Malangnya, Adi datang bersama niat yang
lain sekali dengan paksaan. Memang pantang padanya kalau ada orang
memaksa-maksa dia. Terutama sekali apabila melibatkan hati dan perasaan.
Oh..No! I’m not an easy girl that you can choose freely.
‘Argh! Kenapalah aku nak
serabutkan kepala otak aku dengan hal jantan lembik tu. Lembik giler! Baru kena
penumbuk sulong aku pun dah menyeringau mengalahkan kambing hilang mulut.
Siaplah kau, tunjuk muka lagi depan aku, taulah aku camana nak buat hidup kau
bertambah bahagia lepas ni…’
Teringatkan yang dirinya masih
belum solat Isyak cepat-cepat Joana beristigfar panjang. Dia segera menyarung
telekung ke badannya dan terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam.
Teringatkan kembali akan kata-kata Ustaz Islam, guru agama yang selalu datang
ke surau di taman perumahannya mengenai solat. Ustaz Islam panjang lebar
memberi tazkirah mengenainya. Masih terngiang-ngiang di kepala Joana tazkirah
yang di berikan oleh Ustaz Islam tempoh hari.
Diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad
SAW bersabda :
الصَّلاةُ
عِمادُ الدِّينِ ، مَنْ أقَامَها
فَقدْ أقَامَ الدِّينَ ،
وَمنْ هَدمَها فَقَد هَدَمَ
الدِّينَ
“Sholat
Adalah Tiang Agama, barangsiapa yang menegakkannya, maka ia telah menegakkan
agamanya dan barangsiapa yang merobohkannya, berarti ia telah merobohkan
agamanya”.
As-Syaikh berkata : “aku tidak
mendapati matan hadits yang lengkap seperti ini. Hadits ini masyhur dikalangan
manusia dengan bentuk kalimat seperti ini, biasanya sering disampaikan oleh
para pemberi nasehat. Aku hanya menemukan awal lafadz hadits ini, yaitu “Sholat
adalah tiang agama”.
Lafadz seperti ini dikeluarkan
oleh Imam Baihaqi dalam “Syu’abul Iman” dengan sanad lemah dari Ikrimah dari
Umar As secara Marfu’. lalu Imam Baihaqi menukil perkataan gurunya Imam Hakim
yang berkata : “Ikrimah tidak pernah mendengar Umar As”. (demikian yang
ternukil dalam “Al-Maqoshid” hal. 632).
Imam Ibnu Sholah dalam “Misykalul
Wasith” berkata : “tidak ma’ruf”. Sedangkan Imam Nawawi dalam “At-Tanqiih”
berkata : “Mungkar dan Bathil”. Namun Al Hafidz Ibnu Hajar dalam “At-Talkhiish”
(1/173) menyanggah dan berkata : “itu tidak tepat, bahkan lafadz ini (Sholat
adalah Tiang Agama) telah diriwayatkan oleh Imam Abu Nu’aim gurunya Imam
Bukhori dalam “Kitabush Sholat” dari Habiib bin Saliim dari Bilaal bin Yahya ia
berkata, seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW lalu bertanya kepada Beliau ,
kemudian dijawab oleh Nabi SAW : “Sholat adalah Tiang Agama”. Kata Al Hafidz :
“ini hadits Mursal, semua perowinya tsiqoh”.
Aku (Syaikh Abu Ishaq) berkata :
“demikian menurut beliau, namun ini adalah terlalu longgar, karena Habiib bin
Saliim, Imam Bukhori telah menulis biografinya dalam “Al Kabiir” (1/2/319) dan
Imam Abu Hatim dalam “Al-Jarh wat-Ta’dil” (1/2/102), mereka berdua tidak
menyebut Jarh dan juga Ta’dil kepadanya, sehingga Habiib ini adalah Majhul Hal,
sekalipun ia mendapatkan tautsiq dari Imam Ibnu Hibban. Al Hafidz sendiri dalam
kitabnya “At-Taqriib” memberinya penilaian “Maqbuul” yang artinya rowi ini
hanya dijadikan sebagai Mutaba’ah (penguat) untuk yang lainnya, jika
bersendirian maka ia Layyin (lunak) haditsnya. Imam Tirmidzi (no. 986) telah
menghasankan haditsnya Habiib yang merupakan hadits lemah tentang larangan
An-Na’yi (meratap) dalam Kitab Al Janaiz”.
Makna lafadz hadits (Sholat
adalah Tiang Agama) dikuatkan dengan riwayat yang dikeluarkan oleh Imam
Tirmidzi (no. 2616), Imam Ibnu Majah (no. 3973) dan Imam Ahmad (5/231, 237)
dari hadits Muadz bin Jabal dimana Nabi SAW bersabda :
رَأْسُ
الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ
“Pucuk
urusan adalah Islam, Tiangnya adalah Sholat dan punuknya adalah Jihad”.
Imam Tirmidzi berkata : “Hadits
Hasan Shahih”. Aku (Syaikh) berkata : “ini adalah hadits Hasan sebagaimana
telah aku tahqiq dalam “Takhrij Kitab Ash-Shomtu” karya Imam Ibnu Abid Dunya
(no. 6)”.
Joana sedar akan dirinya yang
serba kekurangan, sekali sekala bila ada masa terluang dia akan mengikuti mama
untuk bersama-sama hadir ke kelas agama yang di anjurkan oleh Ustaz Islam.