Monday, February 29, 2016

2015 Jalan-Jalan Langkawi

Assalamualaikum...



Cuti sekolah tahun lepas we all satu family (but me without abang- abang keje..tak boleh nak apply cuti..) So far, as long with my family (my mom and dad) its okay. They will take care of us. Huhu.. Actually, aku tak plan pun nak pergi bercuti-cuti Langkawi. Tapi di sebabkan si boy dah sibuk ajak dan nak ikut mama dia, aku pun terpaksalah dengan hati gembira meninggalkan abang di rumah. Huhu..before tu, dah prepared sambal bilis siap2.  Biasa kalau aku nak balik kampung dengan anak-anak je, memang aku akan bekal kan sambal dekat abang. Iron baju siap2..Tak nak bebankan abang especially bila tugas mengosok baju dia aku dah fully take over....Hahahaha....Jangan kata itu memang tugas bini.. hahaha...

So, before ke Langkawi, adik laki aku yang drive keta aku. Malas plus umur makin meningkat ni, nak drive jauh-jauh rasa mak aih penatnya.. Tak laratnya. Abang kata aku mengada-ngada. Hahaha.. Kelantan -Sg. Buloh, jauh beb.. Tapi bila tahu nak balik excited bangat sih. Tak rasa penat.. Tapi bila teringat balik perjalanan dan masa yang di ambil..Penat sih..Hahaha...

Stay kat umah mama dulu before pagi selasa gerak ke Kuala Perlis. Kami stay kat homestay Kuala Perlis satu malam. Bawak orang tua (ayah), bawak baby yang baru lahir (Ariqa- anak kngah) bawak anak2 bilis..anak-anak aku, adik, kak ngah memang perlukan perjalanan yang steady. No rush anyway. Kejap-kejap berhenti situ, berhenti sini. Dua bijik kereta memang padat. Haha...Let the pic do its work...









































We all stayed sana 5 hari. Rabu check in Langkawi, tengahari ahad check out. Kereta aku terpaksa tinggal dekat jeti. Nak buat camane, unplanned vacation. Nama kereta atas nama MIL aku. So nak bawak masuk kereta, we have to prepare few documents. Like, geran kereta, if bukan nama kita. Kena dapatkan surat daripada owner kereta. Nak cepat approved loan kan, so pakai nama my MIL. Actually, thats give a problem jugak lah. So, nak beli apa2 just u your name.. Nak bawak bibah, bibah kecik. Barang banyak. So far, banyak tempat yang pergi tapi aku tak sempat nak snap picture. Abang tak ada memang susahlah sikit. Expecially si ebi, mana nak jalan sendiri. Nak dukung. 12kg beb nak kena dukung. First night, sakit badan aku. Apapun, ni percutian yang best. We all memang sentiasa bercuti bersama every years. Dulu aku kerja susah skit nak spend time together macam ni. Alhamdulillah, after submit everything, aku stayed kat rumah. So, bolehlah get along with my family. Sebelum ni diorang bercuti overseas, aku tak pat join. This year, hope dapat join lagi..


Best..best...eloklah spent time with family...Mak ayah sementara masing-masing masih sihat kan...

p/S: rugi sebab tak banyak snap pics....

Sunday, February 28, 2016

Hidung Berbau Busuk

Assalamualaikum...


Mak mak sekalian, sila alert dengan keadaan anak terutama anak kecik yang tidak mengerti apa-apa lagi. Yang ini penting, please aler. Tetapi sesungguhnya firasat hati seorang emak ni memang kuat. Kisahnya begini, hampir dua bulan hidung si ebi ni mengeluarkan bau yang busuk, ala-ala ikan kering busuk, belacan basi, seangkatan dengan itulah. Kejadian berbau ni telah terjadi seminggu sebelum my mama mengerjakan Umrah di Tanah Suci. Hidung dia meleleh keluarkan hingus yang warna jernih. Kesian dia sebab kita selalu sapu hidung dia yang melelehkan. Sampai merah..poor my baby. Mak bawak pergi klinik panel. And told the doctor about what happened. It happened after she eats spagetti. I thought that spaggeti was left behind her nose. So sure about that. Because after she coked, spagetti come out from her nose. I told the doctor and doctor suluh dalam hidung and then dia cakap..." hurm, I didnt see anything. Ala baby kan, mungkin sinus biasa ni...saya bagi antibiotik dan ubat selsema dan ubat titik dalam hidung.." Hatiku pilu...Rasa macam ada benda ni, kalau tak kenapa hidung dia berbau busuk. Setiap minit nak kena basuh cuci dengan air. Bau dia ya Allah, memang tersangat harum. Macam mimpi ngeri, sampai sekarang mak terbau-bau busuk itu. Alahai anak, apa ke bendalah yang duk main. Depan mata mami dah ni....Kami balik lah. Macam biasa, bagilah ubat ikut arahan. Yang ni memang terkilan. Surelah ebi akan terlelap after took medicine kan. Ubat selsema memang mengantuk. Kesian dia....Habiskan antibiotik.. Bau macam sedikit kurang, so kami let her be like that lah kan. Eh, masuk minggu lain, bau masih kuat. Hati dah resah, duk pikir benda apalah yang ada dalam hidung anak aku ni...Kesian betul.. Satu bilik tido diorang adik beradik ni memang berbau. Kuat tul bau dia. Hurm, and then mak decided nak mintak doktor panel buat surat untuk refer pakar. Ni tak boleh biar. Sekali jumpa doktor kat klinik panel, and once again doktor cakap tak ada apa2. Revise antibiotik yang lagi power and ubat selsema too.. Aku dalam hati macam nak mengamuk je. Dah doktor kata tak ada apa-apa kan. Tak kan nak lawan doktor. Doktor bukan bidang aku...Huhu...Memang tak jalan...Last masa cuti CNY, My MIL pun risaukan bau ni. So, my BIL suggestkan supaya jumpa adik ipar dia yang kerja dekat hospital checkkan.. Hurm, he said that macam nampak something. Memang aku dah agak dah. Sebab beberapa kali aku suluh sendiri di rumah, aku nampak macam rupa benda bakteria, berselirak. berlubang. Tapi tak leh nak describe kan benda apa. Sampaikan dua kali jumpa doktor panel pun, dua2 tak nak percayakan aku. Tang ni yang aku nak marah. Kita ni firasat seorang mak tersangat kuat. Tapi apakan daya di luar bidang kita. Tulah, dulu2 bukan nak belajar betul2, kalau tak dah jadi doktor....Hahha, beranganlah ko...Oker, back to story....Dapatlah surat refer ke pakar..Thanks to doktor (nama di rahsiakan)..Hahaha..Gimik na sangat..Tak pe, privasi orang kita kena jaga... 

Esoknya,

Terus mak dan Mr. Suami bawak anak2 ke KPJ Ampang Puteri. Jumpa pakar ENT kat sana. Tung tang tung tang (menunggu hampir sejam) baru dapat jumpa Dato' Dr. Begitulah pangkatnya. Staff panggil Dato' Dr tau... Dato' Dr cek dalam hidung. Nah, itu dia. Memang ada benda. And I told her too that ebi pernah buat surgery cleft. So that, ebi was admitted. Dato' Dr needs to do minor surgery to her. To check either her surgery been well or have a gap between that. Need to do some checking to make sure everything is fine. Admit wad ler...

Esoknya...

Nah amik ko, mak sebelum ni do some research. Baca blog sorang akak ni, anak dia hidung berbau. Her explanations too similar with ebi's condition. And I told the doctor, kemungkinan ada span dalam hidung. Doktor tak nak percaya. Sekali...Aih..alahai anak...





sponge ni yg dlm hidung dia







p/s: Pakar kata, span ni bila ada dlm hidung, sminggu akan mengeluarkan bau yng busuk.. so mak2 sekalian, kena perhatikan anak2...


Saturday, February 27, 2016

Lets Play

Today is Saturday...Huhuh...Hari yang tak tau nak buat apa? Mop rumah dah, vacum dah, kemas dah..Masak dah. Layan korea dah.. Semua dah.. Tapi rasa bosan... Mungkin sebab hari2 duk rumah kan...Tak tau nak layan apa lagi.. Tapi...anak2 punyer hari ini happy bangat. Mana taknya, mami bagi main lego mami.. Amboi, si ebi dapat main lego mami... Ceria je.. Selama ni control, she really loves to eat that lego. Adoi...semua benda nk di sumbatnya dalam mulut. Adoi...anak ooh anak..Peel masing-masing tak sama...Hurm....











Yang tu baru lego rumah. Satu bakul lego mak tak kasi keluarkan.. Ayo nak bagi main semua...ngak boleh...Maunya dia telan semua. Kena kontrol main..kejap2 mak kena monitor diorang main.. especially si gegurl.. Selalu tertangkap tengah kunyah lego dalam mulut. Alamak.. Mak kasi makan banyak, kasi besar. Lego jugak yang dia nak. Hurm...ada kisah tragis si ebi ni.. Nanti mak cerita....

Tuesday, February 23, 2016

Home made Chocolate Chips Cookies



Memang pun..ye..Mak tahu ramai yang jual ni.. Ye mak akui, Famous Amos pun ada..Tapi, yang mak buat ni penuh kelainan...resepi campur2...yang pasti sedap.. Al kisah kenapa mak buat cookies ni? Korang taulah anak2 mak dan laki mak ni, cookies wajib ada. Buat kunyah2 katakan.. Anak mak ni lagi lah, mmg cookies addicted. Chipsmore, Oreo, Munchy...Hershey...semua brand cookieslah suka. Mak pulak al maklum sejak jadi bos besar ni, banyak masa aje..Apa lagi, cuba lah buat sendiri. Dua kali bancuhan dah. Ingatkan stok sampai dua minggu, tapi seminggu pun tak sampai. Mana taknya, satu balang je licin. And then, laki mak suggest suh mak jual. Dia cakap sedap, sedap dari famous amos. Huhu, mak xtaulah betul ke idak sedap tu. Sebab yang puji tu laki mak. Tapi mak sendiri pun tak leh berhenti bila makan. Mak dahlah dalam proses diet atkins. Makanan berasaskan gandum mana boleh. Tapi sebab cookies mak ni sedap, mak terpaksa buat cheat days berhar-hari. Haru biru jadi diet mak ni. Muak? Huhu..trust me beb... x muak langsung makan. Resepi utama cookies ni, korang nak belasah letak apa letak lah.. Janji pakai butter. Mak pakai buttercup. Mahal tul benda alah ni, tapi nak buat pakai benda lain mak tak berani jamin kualiti kesedapan dia. Yang ni memang tak dapat di sangkal lagi. Ok, untuk pertama kali ni jual online, mak bukak market dekat BMI dulu, kasi tengok laris ke tak. Kalau tak laris kena cari ubat pelariis lah ni..Oopps...just kidding. Ubat tu syirik, berdosa tau....


Back to cookies ni. Ramuan dia biasa-biasa jer.. Mak mula ikut resepi yang org share dalam fesbuk tu dan mak tengok bahan apa yang mak ada. Ikut kesesuain. Chocolate chips cookies. and then koko mak pakai van houten. Of courselah korang tau kan. Tak yah tengok resepi pun dah tau. Chocolate chips lah...Huhu...Ni resepi mak...secret resepi tak ada...sharing is caring. Mak share sebab mak tau kesedapan dia ni memerlukan kesabaran. Haha.. gigih mak nak siapkan satu bancuhan ni... Hanya yang gigih sahaja yang berjaya. Mak dalam fasa ke arah itu. Siapa nak mencuba bolehlah buat tempahan...01774848751. Mak janji puas hati, terjamin kesucian dia, kehalalan dia, kesedapan dia, kesihatan dia.

Hahah sebelum tu mak nak cerita pasal kedaifan mak mengenai gula perang. Mak tahu packaging dia macam mana and then when I want to buy it, they said that it was sold out. They dont have any stock. Ok. I got it. And then mak amik gula tebu enko. Mak tanya one of staff there. She said that.." ah ah kak, betullah tu. sama je gula tebu dan perang.." Ok. mak amik. Memang dalam kepala otak tak pikir dah. Confident je. Selepas di pukul almost sejam lebih, mak give up. Gula tu tak hancur beb..Keras dan besar2. Buttercup mak dah cair. Mak rasa nk nangis je. Bukan sebab tak hancur, nangis sebab mak terpaksa berkorbankan sebijik telur dan satu buttercup. Buttercup okey...Seketul buttercup tu. Menangis woi....Ngelas tong sampah jadi tempat singgahan. Mak fikir nak buat apa lah ngn benda alah tu. Tak ada idea...


Ni lah cara-cara dia.

Mak buat dua bekas, satu bekas gula perang dan butter- di pukul sehingga kembang. Masukkan telur sebijik, esen vanila, minyak setgh cawan
Satu bekas lagi, korang kasi mixkan 2 cwn stgh gandum, koko, garam, bika, baking powder.
After butter dh kembang, korang mix kan campuran tu. 
Doh mesti lembik tau. 
And then korang buatlah bentuk dia dan bakar. Mak bakar suhu 180c. Tgk pada oven memasing. 

Ta daa....sedia menerima tempahan.. Order banyak2 mak kasi percuma postage.COD free area sg. buloh..