A Little Something To Let You Know You're On My Mind And In My SoulπMy Hero....
First of all, alhamdulillah di panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang untuk menjadi hamba-Nya...
Ingat tak, last year mak jemah ada pergi celebrate our 6th anni dekat Kuantankan...kan...Tahun lepas we all stayed dekat Swiss-Garden Beach Resort Balok, Kuantan..This year, on our 7th anny, we all stayed at Swiss-Garden Beach Resort jugak tapi dekat Lumut...Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut nama di beri. So far, walaupun 4 stars tapi amat berpuas hati dengan kemudahan yang di sediakan.
Oh, ye...berbalik plan asal ala2 surprise kononnya nak stayed kat hotel di tengah ibu kota you..Tapi, mak jemah punyer bibik aka adik mak jemah kena balik kampung jaga ayah mak jemah. So, tak dapatlah konon2 nak honeymoon berdua. Anak2 tak dak sapa jaga.. Ngelas, unplanned partner mak jemah ajak g bercuti. Mak jemah buat xtau jelah.. Yelah, dua minggu jugak mak jemah tak kemana-mana, budak2 down with high fever. So, mak jemah yang memang dah plan nak balik kampung tercinta, terpaksa cancel. Mak jemah tak sampai hati nak mintak cuti ngn supervisor mak jemah. Supervisor???? Hurm, Mak jemah dah kembali kepada asal. Dah menjadi student balik you. Nanti mak jemah buat story pasal camane mak jemah kembali kepada asal...Hikhik..
Big boy dah sibuk tanya, bila nak sampai ni? Mak jemah dah sediakan bekal siap2. Pening skit perjalanan sebab abg hensem sebelah mak jemah ni ikut laluan dalam. Bukit bukau, ladang, jalan rosak. Bab kata memang perjalanan yang memeningkan sungguh. Dalam hati "Kat celah mana dia nak bawak kami anak beranak ni bercuti". Mak jemah dah siap fikir dah camane nk berposing amik gambar ala-ala di pulau. Dalam hati ni mesti hotel dekat Lumut. Yang bersebelah dengan Pulau Pangkor...Acehceh..
Setibanya di dalam hutan, ladang, kira-kira almost 20km++ dari bandar Manjung. Akhirnya sampailah kami di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Ternganga sekejap mak jemah. Mana tak suasana yang tenang, setenangnya. Hotel tak payah cakap, cuti sekolah kan. Tentulah ramai. Amik masa jugak nak check in bilik. Fuh! Bila tanya si hensem, awak book berapa malam ni? Di jawabnya satu malam. Mak jemah sekali lagi ternganga. Satu malam sahaja. Perjalanan bukan main memeningkan. And we are going to stay only for 1 night. Tak agak2 suprise dia ni. Mak jemah bukak handbag, amik cc. Hulur dekat si hensem mak jemah. Mintak dia book satu malam lagi. Hurm, harga tak usah cakaplah. Mahallah weh book on the spot. Anak dan bini punyer pasal. Tapi telinga mak jemah dengar si ensem kata, semalam tak cakap nak duduk dua malam?..Eh..eh..dia nya plan, kita pulak di salahkan..Selesai book satu malam lagi, mak jemah menggigit jari sendiri. Itulah makjemah, buat apa-apa bukan nak fikir dulu. Si hensem datang, "baju anak2 cukup ke?" mak jemah anggguk. " Baju kita?". Mak jemah terus buat muka kiut kat dia. Apa lagi, dia tepuk dahi dia sendiri. Dah agak dah..mesti dia bebel kat mak jemah. Kata surprise kan...hihihi...Mak jemah gosok lengan si ensem sekejap. Last dia cakap, malam nanti keluar ke bandar. Cari baju..Yesss...yess....
Aktiviti kitaorang tau..
Jumaat (Check-in)
lepak2 dalam bilik sementara tunggu towel. Punyerlah ramai sampai towel hotel pun amik masa. OK...tarik nafas...
Malam
Dinner di luar aka Jusco Manjung. Yes, misi mencari kelengkapan kami. Hurm, tak pasal2 mak jemah terbeli
kasut PUMA..hihi, sory b...tuk keselesaan bini u jugak...
Sabtu
Breakfast at dining hotel. mandi manda...naik bilik...Rest..petang sambung mandi manda lagi...
Malam
Misi Jalan-Jalan Cari Makan...Yeah... yang agak azab sikit bila nak keluar dari kawasan hotel ke bandar. 20km++ yang oi..laluan agak memeningkan, ladang yang berbukit dan gelap.. I pilih better stayed at hotel jelah lepas ni kalau datang sini...Big boy x usah cakap, kepenatan. Sampai cakap tak nak jejalan dah. Nak balik tido kat hotel. Bila mami kasi peluang ni, baik gunakan sepenuhnya..
Ahad
Breakfast dulu..Lepastu big boy dan suami mak jemah mandi manda lagi. Mak jemah malas dah. Perut dah kembung telan air kolam banyak sangat..Sesi kemas2 da...
Around 11 am kami check out. Pasal apa? Pasal unexpected plan jadi banyak lah undone work kat rumah. Begitulah cerita celebrated anny kami tahun 2017.. Alhamdulillah...
πππππππππππππππππ
|
Alhamdulillah...after all this time, you are still amazing to me. Happy Anniversaryππ |
|
Model utama mami....π |
|
Spot my two fish...π |
|
Sesi latihan renang big boy..hurm, cuti sekolah dah boleh register kelas renang. |
Kan...aktiviti banyak di dalam pool....kata release tension. Anak2 mak jemah ni tak banyak songeh, every weekend we all memang terjah swimming pool...Big boy siap hari2 doa agar mami dadi di limpahkan rezeki yang banyak dan dapat built in swimming pool dekat dia..Amin..mana tau kan rezeki abg....