Thursday, July 18, 2013

Gonna Miss....

Alhamdulillah,anak2 dah tido semuanya. Bolehlah kasi can kat mummy berblog...Oh yer, parcel dari Shaklee aku dah selamat terima dan belum lagi buat apa2..Just wondering camane nak kasi mantop dulu..Planning is the best thing to make sure everything is on the line..Yeah....

Sudah tiba ke penghujung confinement dah and esok aku akan mula bekerja, no more rileks after subur..Mandi pukul berapa pun tak kisah and yang penting dapat bersama dua jantung hati all the time. But, no more for tomorrow and days after today. I'm going miss this moment...Surely...Nak terima offer abang ke idok ni....Kena fikir dulu since ia melibatkan banyak perkara. Aku still ada tanggungjawab lain selain be a wife to abang, mother to my doter and son but I also ada my family kat kampung. Every months dah biasa bagi duit kat my parents. Tidak pernah skips and always on time.

Itulah yang sedihnya kalau aku resign...Huhuhu, my own family xde masalah. Abang boleh lagi support...Alhamdulillah,financial abang okey but so so lah. Tak adalah sampai aku boleh shopping setiap hari tapi untuk makan pakai tu bolehlah.....(hahaha.....gelak sikit)...

Semalam aku dah try drive kereta abang pergi Jusco. Sekangkang kera je dari rumah aku ni. Hurm, practice my princess duduk dalam caurseat.. Oh my god! Tak sampai Jusco pun dah melalak sampai serak suara.. Baby, adik, prinncess mummy esok lagi jauh jarak rumah kita dengan rumah mama tau..Behave yourself, jangan kasi mummy melalak sorang2 kat highway Gutrie tau sayang....Tapi, untuk ke arah macam tu rasanye memang cerah.. Watineedtodo.........Abang, confirm tak boleh nak tolong, arah tempat kerja kami totally different..He's at KLCC and me at Shah Alam...Kalau bising2 dekat abangkan mesti dia ulang ayat ni...' Bagi je notis berhenti 24 jam,...Amboi, cakap senang je, memang senang betul...Tak boleh, abang memang tak membantu..

Hurm, bila dah kerja ni memang tak boleh nak prepared menu bukak puasalah...Yelah, balik kerja dah pukul 5....pergi mai, pergi mai..silap haribulan kena bukak dalam kereta...Auw...memang cabaran, baru anak dua ni...Tak aku akan jadi seorang yang cepat tua pulak...Tapi, ada kelebihan jugak kalau aku tak leh masak, hahahaha....tak adalah gemuk balik abang nanti...Beli juadah berbukak kat kedai mesti dia makan tak bertambah..Hahahaha....ini tak, masak spagetti goreng resepi campak2 pun bertambah....Buat nasi goreng pun bertambah...So, abang makan bertambah on weekend jelah ek...Tapi, sayang dah bekalkan sambal bilis dah....so, jangan risau, lauk emergency dah ready made...




Im gonna miss this moment...itupun kalau tak resign ler...kalu resign....hahaha...tak dopnye kawe nak rindu doh....


















Wednesday, July 17, 2013

Pengalaman Berpuasa Bersama Newborn..,

Assalamualaaikum wbt...

Dah lama betul tak menaipkan. Banyak sebab blog ni di biarkan sepi tanpa siraman ayat2..Heheeh, kat kampung internet macam siput. Tak pelah lagipun bila kat kampung memang sibuk manjang sampai tak sempat nak belek blog even seminit pun. Okey, kita terus lompat bukak cerita pasal bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Cerita pengalaman kena warded, mc, sampaikan saat bersalin tu kita hold dulu ye.. Kasi luka dalaman dan luaran sembuh dulu..Hehehehe....serius banyak cerita nak bukak pasal tu. Hot story gitu...

Okey, this time syukran Ya Allah! Tuhan Maha Kaya dan Maha Pengasih. Alhamdullilah kerana tahun ini aku berpuasa bersama newborn. Baru je lepas 40 hari dan dengan penuh kegembiraan aku dapat berpuasa. Confirm penuh tahun ini...No ganti macam previous year. Tapi, semangat kena kental lah ye adik kakak..Jauh dengan family and you have a son that going to grow up plus with newborn. 19/7 aku dah mula masuk kerja now sekarang aku tengah menghabiskan pantang sambil berpuasa...hurm, nak kata pengalaman tu mungkin tak banyak lagi sebab baru 3 hari puasa. Mencabar sungguh sebab every 2 hours aku kena bangun bagi susu..Yang tu memang lumrah dan memang as a newbie,every two hours kena minum..Tapi, yang tak best bila baby tak mo duduk bawah. So, aku kena dodoikan sampai sure dia tido baru letak. Another story, time nak sahur time tulah dia bangun.. BB pun sama bangun sekali dengan adik. Dua-dua nangis plak tu...mana tak haru..Oh my Ramadhan....

Even still dalam pantang tapi aku berusaha untuk menjadi surirumah,ambil pahala bulan yang mulia. Juadah berbuka dan sahur aku prepared sendiri. Kitaorang memang serasi, memang tak membazir beli makanan banyak2 kat bazar. Dari nak kumpul pahala jadi terkurang plak sebab membazir. Membazir tu amalan syaitan tahu...

Pantang je dua2 tido, lipas kudung aku buat kerja rumah. Kalau BB bangun ok jugak cuma penat mulut jelah cakap dan tegur dia...(marah tu adap ler).....

Setakat ini Alhamdulillah lagi berpuasa bersama gegurl aku...mungkin selepas masuk kerja, hurmm....pengalaman lain plak yang akan aku hadapi..Betul tak? Masa tu, memang aku rasa terkejar2 kot....Kita tunggu lah hari jumaat depan ni...









*Selamat menjalani ibadah puasa untuk kaum muslim dan muslimat...Semoga kita beramai2 berebut untuk mendapatkan pahala yang berganda2.....*

Susu Ibu SusuTerbaik~


Assalamualaikum dan selamat pagi....

Alhamdulillah, hari ini hari ke-8 kita berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini.. Sesungguhnya masa itu begitu cepat berlalu, sekejap sahaja ianya berlalu pergi..

~ Aku nak kongsi sikit cerita sedih aku, boleh di katakan kesedihan inilah yang membuatkan aku demam panas masa berada dalam pantang.. Since I know that I'm pregnant aku dah memang set in my mind that I want to give fully breastfeed to my baby. Sampaikan aku sanggup habiskan beribu2 duit semata untuk memberikan yang terbaik untuk baby. But, bukan semua yang kita rancang was going thru with our plans kan.. Same likes me. Its did not happened as likes what I want..My baby just got susu aku sebulan sahaja. Actually, dia sendiri yang tak mo hisap susu aku. Bukan sebab susu aku tak ada atau apa. After 6 hours, nurse baru hantar baby dekat aku. And then bila aku bagi susu aku, dia tutup mulut dia. Pandaikan! Pastu bila aku paksa dia, yes...already inside her mouth tapi dia boleh biarkan sahaja tanpa ada rasa nak suck pun. Sayu hati aku, saat itu aku rasa macam di hempap sebijik giant stone...Dush!Dush!.. Was very depressed. My paed always tortured me sebab tak bagi susu badan. I did but she doesn't want it. 



Sampai seram sejuk badan aku sebab susu bengkak, nak tak nak aku pump and then put inside her bottle feeding. Tapi, paed already reminds me, pump tak sama dengan baby hisap so, lelama kilang susu akan stop produced milk. Aku cuba lagi bagu,paksa dia tapi she still like that. Dengar pulak cerita mak ngah yang anak dia macam my baby,langsung tak nak hisap. At the end, masuk minggu kedua susu dia dah tak ada. Down....down, I'm gonna burn myself....Start from that aku buat stock milk. Papepun syukur, sempat jugak dia minum susu aku selama sebulan. Adik, susu yang paling baik adalah susu mummy because tak ada di jual di pasaran pun. Not your rezeki kan.. Maka dengan perasaan yang terpaksa aku belikan Enfalac A+ dekat baby. Susu tu memang terbaik after susu ibu. Mahal pun mahallah janji aku dapat bagi yang terbaik dekat anak aku. Pasni dah tak ada dah nak shopping bagau, save money untuk beli susu anak plak. BB dulu, masuk bukan ke7 baru minum susu formula tu pun paed suggests bagi Isomil. Tak adalah mahal sangat tapi kalau dah 6 tin sebulan, kopak jugak poket his daddy. 

Nasib baby okey dengan susu ni, kalau tak okey likes cirit birit or sembelit memang mati kutulah nak kena fikir susu apa pulak. So far, just stick with that formula.. Hurmmm...memang bukan rezeki adik kan....Nak buat camane?



















erk....entah2 adik ni nak jadi anak bongsu mummy dan daddy kot. Ikutkan mak ngah aku, anak bongsu dia tulah yang tak nak minum susu badan....erk....erk...(double)....



Tuesday, July 16, 2013

My Lil Princess...

Syukur alhamdulillah sebab di kurniakan anugerah yang terbaik buat kami sekeluarga after having BB....Thanks Allah...

Iman
27-05-13
Kota Bharu Medical Centre











Boy stuff- daddy said....its a boy again...Tu yang prepared more to blue. Its okey because after that daddy terus pergi shopping baju for Iman....Amik kau, swipe cc complete baju for a month...Suka sangat......






















:-) 

Monday, July 15, 2013

List To Do in Ramdhan

Hahahahahaha...ni aku nak cerita kan sikit planning aku untuk bulan mulia ni.. Entah dapat buat ke entah tidak. Yang penting mesti ada planningkan. InshaAllah moga dapat di laksanakan dengan lancar. Pape pun make it clear first dulu and then kongsi dengan daddy, at least he can give his best support to me..Kan daddy kan....I love you...so much....(tambah nak raya ni, kena kipas betul)....Tak adalah, kasih dan cinta aku kat daddy memang ikhlas...


listed down.....

1)Prepared baju raya princess....dark purple.
2)Buat serunding ikan
3)popia kecik
4)karipap kecik
5)cookies- daddy jangan lupa oven ek..
6)start cari side income-InshaAllah adanye rezeki anak anak nanti...
7)shopping baju anak2 untuk raya.
8)to be continued....










Harap sangat dapat buat tahun ini...asyik terdelay aje....










:-) 

Time To Standby

Hi, morning you all....


Another few days to go before I have to start working after a very long holidays. Actually, this is not a good thing for me as I have a newborn baby which always need my cares. Plus my little hero also need my attention. Whats a hard day...Heehe, but surely I will never forget this moments. 100℅ surely. They are my kids and I love them so much...I don't mind if every morning when I wakes up, I see that my face, my figure looks like a zombie girl. Too bad with its. 

Hurm, still thinking about daddy's offer...

Be my babysitter for my kids or be a career woman.. ooohooo....


Some people said that its not worthy to be a housewife cause you can sending your kids to their nanny.. And some people said that you make a good decision. 



( still thinking with both of my hands at my head..:-) )














Ya Allah, permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga...amin...amin...





Friday, July 12, 2013

Di Saat Kelahiran puteriku.....

Assalamualaikum....


Dah lama tak update blog ni.. Ni kisah perjalanan hidup kami,tua esok 2 boleh review balik dan masa tu confirm gelak ketawa kan. Nak skip cerita pasal admit kat KPJ Ampang Specialist dua malam, mc 12 hari.. Ter over excited nak cerita saat kelahiran puteri kecil kami....Dhia Iman!!!.Now masa tengah taip entry ni, aku still kat KBMC tau. Ritu pernah cerita pasal GBS kan...so,kalau nak tahu detail..sila ke entry GBS.. nak post link kat sini pun susah,men update pakai tab..

Hurm, harap korang semua pakat doakan puteriku Dhia semoga sihat dan bebas dari jangkitan. So far sekaranng ni darah dia dah ok, tak macam second day dia. Huhu, yang tu kita hold dulu, nak cerita pengalaman melahirkan anak ni. Masa Anas dulu, tak sempat nak cerita sebab masa tu kelam kabut nak jawab exam..Huehue...
The story began with...aku kan dah rasa sakit sejak masuk minggu ke-35 lagi tau. When I was admitted at KPJ Ampang Specialist reported that aku ni prematured contraction. Tak leh banyak gerak...so, dapatlah mc 7 ari....And then, folo up dekat KBMC, dia orang cakap benda sama and then sambung lagi mc aku. So, aku start terus maternity leave pada 20/5...Huhuhu,kira amik ml awal seminggu,oklah tu....Sakit,contraction tak usah cakap...setiap masa aku rasa. Sampaikan mama aku pun tak sempat nak gi memana tapi aku selalu bagitau dia ni sakit sampai due date ni. Macam sakit memain je..Huhuhu, sampai satu malam tu siap standby mesej gynae bagitau aku sakiy perut..Mama siap panggil bidan sebelah rumah datang tengok aku. Dramatik betul pregnant kali ini...

So, next appointment ngan dr.Ramli on 26/5, elok benarlah tu sebab due date akunye keesokan hari. Seperti biasa, my gynae tu akan check urine, berat badan, tekanan darah dan ultrasound.. Huhu, tengok2, air ketuban kurang. Hurm, kalau korang nak tahu air ketuban ni seeloknya di atas patas 8. 8 apa tu aku tak pasti, akunye air ketuban saat tu tak sampai 8,hanya ada sebanyak 7 sahaja. Tanpa banyak cakap, dr.Ramli said that I need to admit as soon as possible dan kena induced. Mama mintak nak masukkan aku esok saja memandangkan bilik kosong tak ada. Dr. Ramli tak bagi, nak tak nak sementara tunggu bilik kosong tu, dia suruh aku masuk labour room. Tunggu kat dalam tu. Mak berdebar giler, dalam hati siap bercakap sendirian lagi, aku ni dah nak bersalin ker?sign of in labour tak de pun. Maka bertapalah aku kat LB selama 13 minit, pastu nurse panggil aku nak buat ctg. Graf kat CTG shows that ada contraction and nurse check jalan. Tak bukak pun!!!

Around pukul 1, dr.Ramli datang dan check jalan. Bukaan tak ada langsung still tip of finger, bape cm tu aku tak tahu yang pasti jalan tak bukak..Tanpa berlengah, dr masukkan ubat(induced), hanya separuh saja ubat di masukkan kat bawah. Aku kena stay on the bed dalam sejam dan baru boleh pergi toilet tuk selesaikan pape yang patut. Huhu, dalam tengah tunggu bilik kosong aku terus decided nak amik bilik berharga rm350/semalam. Malas nak amik bilik yang dalam package bersalin tu. Nak pergi berehat cepat...korang tahu,memang berkesan giler ubat tu even separuh. Tak sampai setengah jam aku dah rasa sakit, perut memulas sikit. Pukul 2 tu nurse cakap aku dah boleh masuk bilik. Fuh!! bilik macam hotel gitu. Tapi, hurm...bilik bersalin kt KBMC kecik je tak macam dekat KPJ AMPANG SPECIALIST...Sedikit terkilan lah sebab rasa macam indah khabar dari rupa. But at least, aku dapat gynae yang sememang pakar dari Husm. :-)

Sesi cek bilik,puas hati dengan harga ke tak?

Peneman yang setia




Sakit perut!!!!!

Cover(tahan sakit)


Tapi sempat lagi mintak abang belikan ais krim corneto..Huehue...lidah rasa nak makan. Lunch, even kena paksa makan pun aku dah tak ada selera dah. Bila aku mengadu je sakit mama terus pergi bagitahu dekat nurse. Nurse datang check jalan, yes!!!bukaan jalan dah 2 cm. Alhamdulillah, tak yah masukkan lagi ubat. Tu je dalam kepala otak aku. Dr. Ramli datang jenguk lagi around pukul 6...Dia check jalan, dah beritahu dah 3 cm. Dia siap cakap lagi suh aku makan sebab aku akan bersalin dalam pukul 3-4 pagi ni. Pakar katakan, mesti boleh bajet bila tengok graf CTG dan keadaan pesakit. Pastu aku di masukkan antibiotik untuk cegah jangkitan GBS dari terkena anak aku.

Pukul 9.30, perut aku dah rasa sakit lain macam, abang apa lagi pujuk aku suh amik epidural sebab dia tak tahan tengok aku menahan sakit. Belum sempat aku setuju dia dah panggil nurse. Nurse datang dengan wheelchair dan aku memang nekad nak amik epidural. Tak tahan sakit!!! Nak buang air kecil pun ada tapi nurse tak bagi. Nak check jalan dulu. 

Hah amik kau, dah 5 cm memang tak boleh amik epidural dah. Huargh!!!nak kencing pun nurse yang buatkan. Tengah2 dia nak check jalan lagi, air ketuban pecah. Huhu, aku cuak jugak sambil mulut duk zikir doa nabi yunus. Abang siap cakap lagi, pegang tangan dia. Dia ada. Aku suh dia kol mama, bagitau yang aku dah ada kt LB, rupanya mama dah ada kat depan. Mama dan mak ngah, mak cik aku masuk. Aku cakap aku dah sakit, mama usap perut aku sambil baca2. I love you mama. Abang, mama dan mak ngah tak tinggalkan aku even sekejap pun.

Sikit demi sikit kesakitan tu terasa, nurse asik datang tanya aku sama ada rasa nak berak atau tidak. Aku geleng kepala, memanb tak rasa pape lagi. Cuak jugak, takut dah fully tapi tak rasa nak teran. Tu yang bahaya, risiko untuk csar memang tinggilah. Aku zikir, aku doa. Sakit dah semakin kuat, abang panggilkan nurse. Sekali lagi check jalan, 5 cm lagi, Dr. Ramli dah stand by kat luar. Pesan aku suh sabar dan banyakkan doa. Aku praktiskan tarik nafas, hembus. 

Tengok jam, asik bergerak aje tapi jalan tetap macam tu. Aku tak tahan sakit, dr. mintak nurse inject bagi ubat tahan sakit. Korang tahu, aku boleh terlelap jugak tapi bila sakit tu datang memang tersengihlah. Siap suruh mama aku pergi berehat or minum2 dulu. Yelah, jalan tak bukak lagi. Around pukul 2 lebih aku terasa sakit sangat, nurse check lagi. Dia cakap dah 8 cm,pesan suh aku baring mengiring. Hoho, baring mengiring memang amat terasa tekanan kesakitan tu. Sakit!!!

Pukul 3.30 tu dr.Ramli check jalan, dia cakap sikit lagi dan jangan teran sebab nampak pintu rahim aku dah macam bengkak. Suruh aku mengiring lagi, tak sampai sesaat aku cakap kat abang, rasa macam baby nak keluar. Abanb terus panggil dr nak bila doc tengok, dia cakap okeh, nak teran pun boleh. Masa tu baru mama masuk. Tak sampai 5 minit aku teran, keluarlah puteri aku.

Alhamdulillah.....

Yang lawaknya, siap pesan kat doc suh jahit elok2 even orang tu dah pakar. Nurse cakap, jangan risau. Aku bersyukur sangat. Puteriku selamat di lahirkan..


Alhamdulillah...:-) :-) :-) :


My lil princess...Iman