Wednesday, September 25, 2013

Part 7 : Hati Terusik...~

.
Part 7: Hati Terusik…~


Watie melangkah masuk ke bilik Adi. Wajahnya bersahaja langsung tidak menampakkan rasa bersalah akan tingkah lakunya yang lepas bebas. Hatinya ceria sebaik sahaja si Katty memberitahunya bahawa Adi ingin bercakap dengannya. Dia sudah berkira untuk mengajak lelaki itu makan malam bersama. Sudahlah tengah hari tadi hanya sempat menjamu sebuku roti, itupun di berikan oleh Diana, pembantu klinik yang sentiasa berada di dalam biliknya. Sudah terbiasa dengan keadaan klinik yang kadangnya akan di kunjungi ramai pesakit, kadangnya hanya biasa-biasa ramainya. Sudahnya, dia selalu menghulurkan duit kepada Diana supaya membeli roti sebagai pengalas perut mereka. Itupun dalam seminggu, hanya sehari sahaja klinik ini lengang. Adatlah kalau klinik di tempat strategi, memang membuahkan hasil yang banyak. Isnin dan Jumaat jumlah orang yang datang untuk menerima rawatan..hurmm, memang ramai. Tak menang tangan dia di buatnya.

“Katty cakap you ada benda nak cakap dengan I. Hurm, pasal apa?” Watie bertanya lembut. Sempat lagi matanya mengerling ke bilik farmasi yang bersambung dengan bilik Adi. Biasalah bos, bilik dia mestilah berdekatan dengan bilik farmasi yang menyimpan segala jenis ubat dan juga kaunter. Adi yang tekun mengadap Galaxy Note 2 dia terperanjat di sergah begitu. Langsung tidak sedar akan kemunculan Watie di hadapannya. Gaya duduk Watie, cara cakap Watie..Bukannya dia tidak tahu tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham. Langsung tidak terlintas di hatinya untuk berkasih sayang dengan Watie kembali. Kalau bukan di sebabkan ayah Watie, orang yang paling dia hormati rasanya tak memang dia tidak akan mengupah Watie bekerja dengannya. Sewaktunya Watie mampu untuk membuka kliniknya sendiri tetapi Watie lebih gemar bekerja dengannya. Anak orang kaya, apa susah sangat. Bila-bila masa sahaja boleh membuka klinik.

“ This night I nak minta tolong you stay dengan Aman….I….” Belumpun sempat Adi menghabiskan ayatnya, Watie laju sahaja memotong.

“ What’s? Pasal itu sahaja. I ingatkan benda apa….I apa?” Desak Watie. Kecewa dia dengan Adi. Sungguh tidak percaya akan kata-kata Adi. Ingatkan lelaki itu mahu bercakap sesuatu yang lebih ke arah peribadi dengannya. Kalau setakat nak suruh dia kerja malam ni, telefon sahajalah. Watie merengus.

Ish, buruk betul perangai ni. Macam ni gaya memang lambatlah engkau nak kahwin. Mujurlah aku ni bukan sahaja suka pada wajah yang cantik, kelakuan dan perangai pun aku tilik juga tahu. Tapi kerana wajah inilah aku telah melakukan kesilapan yang besar dalam kamus hidup aku. Adi bermonolog di dalam hati. Sungguh tidak gemar dengan sikap anak orang kaya di hadapannya ini. Tetapi, kalau bab melayan orang sakit Watie memang patut di puji. Gayanya, sikapnya memang lemah lembut. Yang itu Adi memberi markah penuh. Bab layanan semasa merawat Watie memang terbaik. Bukan sekali dua dia mendengar para pesakit memuji akan sikap Watie.

“ Itulah, I belum habis cakap you dah sibuk nak mencelah. I ada lunch dinner dengan family. As usual…” Pendek sahaja penjelasan Adi. Dia malas untuk bercerita panjang-panjang. Otaknya sudah berada di tempat lain.

Watie sekali lagi merengus, lebih kasar dari yang tadi. Hancur lebur rancangannya untuk mengajak lelaki di hadapannya keluar makan malam bersama-sama. Wajah lelaki itu di pandang seketika, dia mencari anak mata Adi. Tanpa kata Watie memegang erat tangan Adi. Dalam hati harap sangat agar Katty tidak menjengah masuk bilik Adi macam biasa. Kalau tidak memang melepaslah dia untuk bermesra dengan lelaki pujaannya.

“ Watie, please…I tak nak staff-staff yang lain nampak….” Adi meleraikan pegangan Watie. Ni yang dia rimas bila berlama-lama dengan Watie. Perempuan di hadapannya begitu berani, lebih berani darinya yang lelaki. Dia sekali pun tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan tetapi Watie, pantang sahaja ada peluang, di peluknya erat. Rimas! Dah banyak kali juga dia menegur Watie supaya menjaga kelakuaannya malangnya ianya di pandang sepi. Bagaikan mencurah air di atas daun keladi. Buat buang air liur dia sahaja. Belumpun sempat Watie memegang tangannya lagi, Adi segera bangun dan melangkah ke arah farmasi.

“ I dah cakap, you kena jaga tingkah laku you. I tak nak staff I pandang rendah pada I. You tu perempuan and kita kerja in a team. Respect each other please. I tak nak di sebabkan perangai you reputasi I jatuh. Look Watie, I hormatkan papa you dan I harap sangat you jaga kelakuan. Kalau tak nak respect I sekalipun but please...respect diri you sendiri."

" Adi.....you tahukan I sayangkan you. Bukan semua lelaki I layan macam I layan you. You tahukan I sayang sangat dengan you."

" I tahu tapi I minta maaf..I tahu, dulu I sayangkan you, cintakan you tetapi itu sebelum you memutuskan hubungan kita."

" You...."Hanya itu sahaja yang terluah dari bibir Watie. Dia lantas bangun dan menghala ke pintu. Mujur saat itu Katty muncul. Kalau tak memang harulah kliniknya petang ini. Doktor Adi vs Doktor Watie, puncanya adalah mengenai perasaan cinta dan hati. Fuh! Macam mana dia boleh bersabar dengan Watie selama ini setelah hampir 2 tahun mereka putus cinta. Kalau bukan di sebabkan dia hormat akan papa Watie, tidak ingin di ambil wanita itu bekerja bersamanya. Bukan dia yang memutuskan hubungan mereka tetapi Watie. Alasan Watie membuatkan Adi hampir memusnahkan hidupnya. Di saat kasih dan cintanya menggunung, tanpa perasaan Watie mencantas hubungan mereka. Dia bukanlah lelaki igauan Watie, lelaki yang dapat mengegarkan perasaannya. Cinta Watie padanya adalah cinta mainan, tidak seperti Adi yang separuh mati cintakan perempuan itu. Watie hanya menganggap dia sebagai boneka hidupnya semata-mata. Sebagai tempat melempiaskan perasaannya sahaja sedangkan Watie begitu sibuk mengejar lelaki lain yang lebih hebat, bergaya darinya. Adi mengeluh! Di akui penampilannya sebelum itu terlalu selekeh, tidak padan dengan latarbelakangnya dari golongan berada. Kerabat gitu. Apa yang penting baginya saat itu adalah ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor. Pertemuan pertama keluarga Adi dengan keluarga Watie, atas dasar hubungan sahabat membuatkan Watie kembali muncul dalam dirinya. Dia kini bukanlah seperti Adi yang di gelar nerd oleh rakan-rakan sekuliahnya. Adi kini sekali pandang seperti orang korporat gayanya. Imejnya yang baru membuatkan sekali lagi Watie mengejarnya demi mendapatkan kembali kasih dan cinta Adi. Plastik semata-mata. Cintakan dirinya kerana perwatakannya sekarang ini, cintakan dirinya kerana duit dan kedudukan bukan cinta yang jujur-jujurnya. Adi mengimbas lagi kenangan lama. Kenangan yang amat pahit untuk di kenang.

" I ada orang lain.." Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut Watie setelah hampir 2 bulan mereka tidak berhubung. Adi pada masa itu terkejut bukan kepalang. Kecewa teramat sangat. Dia begitu gembira di saat mendapat panggilan dari buah hati tercinta.

" Sayang, kenapa ni? I ada buat salah ke dengan you. You tahu tak I rindukan you sangat-sangat. I sms you, I called you..Tapi you diam je. Biasanya kalau you merajuk seminggu je. Ni dah masuk bulan kedua dah..?" Pujuk Adi lagi. Sudah lalu dengan kata putus yang keluar dari mulut Watie. Sebab itulah dia berusaha untuk tidak ambil kisah dengan kata putus itu.

" Adi, I dah jumpa someone else yang I cinta. You.hurm...what I'm supposed to describe to make sure you really understand it...." Watie memandang ke luar tingkap restoran makanan segera itu. Mulutnya di jungkit seakan mencari idea untuk mengucapkan kata seterusnya..."Look, thanks to you because you sayangkan I dan kerana itu Jack mengejar I.. Actually, I dan Jack dah declared since 2 months ago. I tahu you sedih tapi you kena ingat. You dengan I tak sepadan tau..." Selamba sahaja Watie mengeluarkan kata-kata. Adi hanya menunduk kepala sahaja. Pedih hatinya di permainkan oleh perempuan pertama yang dia sayang dan cinta. Tergamak Watie memperkotak katik maruahnya sebagai seorang lelaki. Sepatutnya dia sedar, yang gadis lincah, cantik bergaya seperti Watie bukannya ikhlas mencintainya. Tetapi, kerana layanan Watie yang pandai menggoda membuatkan dia hanyut dalam asmara cinta yang penuh kepura-puraan. Selepas itu Adi mula pandai memonteng kelas, tidak keluar dari dalam biliknya sehinggakan berbulan-bulan lamanya. Mujurlah pihak universiti memberitahu keluarganya mengenai perubahan kelakuannya yang mendadak. Memonteng kelas, tidak menghantar thesis yang sepatutnya di hantar bagi mereka yang akan menduduki ujian khas sebelum layak di berikan Ijazah kedoktoran. Keluarga sanggup terbang dari Malaysia untuk memujuknya. Sebulan juga papa dan mamanya berada bersamanya di sana sehinggakan dia akhirnya berjaya mendapatkan ijazah tersebut. Atas budi bicara pihak universiti, dirinya beruntung kerana tidak perlu mengulang semula kelas-kelas yang dia ponteng sebelum ini.

Adi kembali ke alam nyata apabila mendengar namanya di panggil oleh Katty.

" Kami nak keluar cari makan sekejap ni dekat pasar malam taman sebelah. You nak stayed sini atau balik?"

" Balik...and thanks...Hurm, Katty..Watie ada cakap tak dia tak nak masuk malam ni?'

Katty menggeleng kepala. Adi mengucapkan terima kasih kepada Katty sebaik sahaj pembantunya mula ingin menutup pintunya.

Nasib juga perempuan tu nak masuk malam ni, kalau tak jenuh juga dia nak menelefon kawannya supaya menggantikan tempat Watie. Mahu pengsan Aman seorang diri bertugas malam ini.

New Career

 You all tahu kan, dah masuk dua minggu aku jadi surirumah sepenuh masa. Hehehe, but actually not sepenuh masa anymore. I'm going to do something interesting in this two years. Come on! Wait and see.

Hurm, okey berbalik pada new career tu..Agak agak koranglah, korang boleh rasa tak sama ada aku ni berkebolehan mengajar orang tak? Ni yang aku musykil ni, sebabnya sebelum ini bab ajar mengajar ni tak ada dalam kamus hidup aku..Huhu, that this as a challenge ler pasni. Actually, ni salah satu assignment bagi aku kot. Yang penting, bukan berbayar tau. Just untuk kurangkan fee tapi lepas ni at least mungkin aku akan ada new experience untuk jadi cikgi. Ye ke idok ni..Huhu, hurm..mak tak penah fikir pun hidup mak ni lencong macam ni. Tapi, bila fikirkan untuk kebaikan semua orang, susah dahulu senang-senang kemudian. Sometimes, benda ni also menjadi topik utama both of us. Bolehke?camane nak buat?Cukupke belanja? Bolehke? Part soalan yang boleh tu memang jenuhlah pak Jemah nak menjawab.

Papepun, di panjatkan kesyukuran sebab laki ambo berkenan sangat dengan langkah yang ambo amik sekarang ni. Hurm, macam dia yang terexcited pun ada jugak kot tapi..I'm alright sebab selain dia sayangkan kita, kita juga tahu sebab ni pun pasal dia minat..Heheh, start weekend lepas, pak Jemah dah jadi mrs.mama tahu. Tut...tut, dah pukul tengah ari. Dari atas boleh dengar dia cakap....

"Sayang...tak nak makan tengah ari ke???

Muahahaa...nampak sangat dia dah kebosanan giler...Biasanya time weekend pak jemah sibuk bina negaralah, bina rumahlah tapi last weekend sibuk jaga anak..Kadang tu bunyi bising marah si abam sepahkan lego. Kadang bunyi bising si baby nak susu, apa lagi kelam kabut naik bancuh susu kat atas. Oh ye, dispenser segala mak nenek untuk bancuh susu aku letak kat atas. Buat apa? Kalau malam 14x kena turun buat susu, mak tak daya. Baik mak angkut letak kat atas. Siang naik atas at least boleh kurangkan lemak, kalau malam asik kena turun..mata dahlah tak leh nak bukak..hurm..bayangkan sendiri jelah macam mana keadaan dan rupa.

And then, dengan sedaya upaya, aku siapkan juga sebelum lunch hour. Masak je apa yang ada. Yang aku sayang sangat, pak Jemah ni tak kisah makan apa pun janji sedap. Pastu, ingatkan nak restkan kepala otak yang lama berkarat ni, sekali teringat pasal kena amik signature dan cop sahkan. Alamak...bersiap ala kadar untuk ke Taman Dato Harun aka umah BIL aku. Settle!!!


Hurm, bab kata abang. Dalam masa dua tahun ni, aku patut mempergunakan masa dengan sebaiknya. Biar erti penat lelah. Add and plus together with newbie and kid...Hoho, pastikan engkau dengan aku.....


Pergh...cam nak layan lagu Datuk Siti lah pulak..

Pastikan

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini


Dedicated this song to my love..Harap abang sabar selama 2 tahun ni ye. I cant imagine bila time I'm ok or I'm totally not ok. Please..please..I'm hope that I'm totally fine..Be my side always tahu...



Hahahhaahhaa....entah papelah entri kan...

Monday, September 23, 2013

Sayang Anak Timang-Timangkan




Read this! Important Info!


Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

 

 


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.







PENCEGAHAN

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang 





p/s: Time beriba masa bagi susu pun kalau boleh jangan goyang-goyang especially kepala baby.

Wednesday, September 18, 2013

Jeng...Jeng



Tajuk memang tak leh nak belah..Muahahaha...bukan senang nak senang tau..Tapi, yang pasti aku rasalah kerja yang paling teruk adalah menjadi SURIRUMAH..jeng..jeng...jeng...Hari dah masuk hari kedua duk melepak je kat rumah..erk, pembetulan..hari kedua menjadi surirumah yang tak berapa nak penuh ni. Korang bayangkan sejenak, bangun pagi terus melompat bangun untuk bancuh susu anak. If korang ada sorang je anak still boleh controlkan keadaan,boleh maintain ayu, boleh pasang badan tapi kalau anak dah berderet-deret janga haraplah ye...Mimpi di siang hari tambah kalau ada baby dan seorang anak yang sedang membesar.. Muahahaha...Tak mo pergi citer jejauh..Tengah bagi susu dekat si baby, si abang pula bangun dan merengek nak susu. Apa lagi, melompat lagi turun katil bancuh susu..Pastu, badan sendiri belum mandi tapi dah sibukka diri mandi anak-anak. Apa yang penting, settlekan anak dulu..
 Belum sempat siap mandikan kedua-duanya, terkocoh-kocoh pulak buat susu. Hahaha, nak kata lipas kudung tapi tak macam lipas kudung, tapi busy mengalahkan lipas kudung yang kudung kedua belah kakinya. Nak membuat pelaburan pun kadang terbantut macam tu. Mana taknya, kalau dah menangis-nangis sampai kuar air mata sanggupke korang nak tinggal macam tu...Muahahha, sadisnya. Yang tersadis lagi terseksa rumah pulak bertingkat dua. Naya mak sekarang ni, terkejar-kejar. Time nak masak angkut semua hulubalang turun bawah, bila part settle kat atas, angkut naik seme. Betis pun macam bunting padi, seksi ala seksa gitu.

Tapi, dalam hati tenang lega tak terkata, anak sentiasa di depan mata. Itu yang puas sepuasnya. Mengadap muka diorang 24 jam sehari. Bahagianya hidup. Muahaha, setakat ini aku tak confident lagi nak bawak anak-anak keluar shopping just bertiga. Kalau setakat pergi klinik tu okeylah. Pergi Ampang pun okeylah tapi kalau nak keluar shopping..Maaplah, aku tak berani lagi beb!! Takut...zaman sekarang ni bukan selamat macam dulu, nak jadi pape sekelip mata baik berjaga-jaga. 

Penat! Yes, surirumah ni aku rasa penat dia lain macam sikit. Penat pergi site ke, settle keje kat opis ke tu kacang je kot banding ngn kerja surirumah ni. Dapur pun aku rasa macam berkilat, bakul baju kotor macam kosong je..Huhu, tapi nak unpack everything tu aku belum buat sepenuh hati lagi. Biarkan masa mengambil ahli...

Jeng..Jeng....Akanku penuhkan masa dua minggu menjadi surirumah ini dengan sebaik mungkin. Yes, akanku penuhinya dengan aktiviti yang berfaedah..Chewah, gaya ayat macam aku ni bujang. Huhu, baru aku terasa macam pergh..penatnya menjadi seorang perempuan ni. Penat, malas semua itu akan berterabur bila terpandangkan wajah-wajah yang aku sayangi, cintai sepanjang hayatku....

Dalam duk sibuk jaga anak, sempat lagi tau Mak Jemah baca novel. Siap bertukar stok novel lagi. Baru je siap baca I LOVE YOU, STUPID dari Melur Jelita. Fuh, pulun habis-habisan. Sampaikan Candy Crush aku pun aku bo layan, semangat nak abeskan cerita novel tu. Bebudak ni, aku tidurkan kat bawah sambil bukak Baby First, Dhia yang baru masuk 3 bulan pun aku paksa dia layan Tv juga. Dan aku, menelaah novel dengan tekunnya.

Duk sibuk shuh..shhhh...suruh BB diam, terdengar pulak ekzos motor si bapaknya. Awal pulak abang balik rini, rupanya kena masuk meeting malam ni. Tertipu aku, ingatkan balik awal boleh manja2 tapi ada plak agenda dia. Huh, baik tak yah balik awalkan. Siapkan makan malam abang, dengan wajah yang tenang sebab nak pulun habiskan novel tu selamba badak je aku sambung baca. Abang, dah berkali-kali jeling aku. Okey, I dah mandi tau tengah hari tadi, malam je belum. Mungkin tengok bini sedikit serabai kot, tu yang ingat aku tak mandi lagi. Macam mana nak pasang badan, nak berus muka pun tak sempat!!! Anak awak asyik nak menangis je rini, pantang tak nampak muka mak dia..terus bukak mulut. 


Fuh, tulis entry dah macam tulis diari..Muahahaha..Diari seorang surirumah. Pengalaman ni, pasni kalau baca balik mahu tergolek aku sendirian...










p/s: Dua minggu ni...... 

Thursday, September 12, 2013

Race

.
Muahahha.....Ada sesiapa berani tak race macam ni? Macam apa ek? Ni mesti teror gimnastik ni, kaki straight je tu..Hahahha, aku memang nak tergelak je tengok ada jugak race macam ni. Actually, benda ni aku tertengok kat google..Mengeletek isi dalam perut aku. Tak tahu bagaimana nak gambarkan...



Cuba tengok betul2...ada upe macam sotong tak? Diorang ni dah tak de benda lain dah kot nak buat pertandingan. Kalau macam ni ada kat Malaysia, camane ek? Reaksi semua orang..Ahaks...Aku,tumpang gelak je kot. ..

Info tak tepat, tak tahu actually dekat mana race ni. Jepun or China.......


Any ideas? Nak tiru tak gaya ni. Kadang terfikir jugak, manusia ni macam2. Kreatif tu sometimes out of book....
















p/s: Yg mana baik tu..kita amik iktibar ye.....

Mom and Her New Born Baby


I loved this true story because as a mother I know her feels toward her baby. Yes, after what had happened, she still wants to cuddle her baby. Me also, after back from office, can not wait to see my babies. To hug and kiss both of them..

This story I just copy paste from facebook because I want to read and read about this. (In the other words) to remember the KEBESARAN ALLAH.


When Carolyn Isbister put her 20oz baby on her... chest for a cuddle, she thought that it would be the ONLY CHANCE she would ever have to hold her. Doctors had told the parents that baby Rachel only had only MINUTES TO LIVE because her heart was beating once every ten seconds and she was not breathing.




"I didn’t want her to die being cold," Carolyn says, "so I lifted her out of her blanket and put her against my skin to warm her up. Her feet were so cold. It was the only cuddle I was going to have with her, so I wanted to remember the moment.”



Then something remarkable happened: the warmth of her mother’s skin kick started Rachael’s heart into beating properly, which allowed her to take little breaths of her own.



"We couldn’t believe it – and neither could the doctors. She let out a tiny cry. The doctors came in and said there was still no hope – but I wasn’t letting go of her. We had her blessed by the hospital chaplain, and waited for her to slip away. But she still hung on."



And then amazingly the pink color began to return to her cheeks. She literally was turning from gray to pink before our eyes, and she began to warm up too.



The sad part is that when the baby was born, doctors took one look at her and said ‘no’. They didn’t even try to help her with her breathing as they said it would just prolong her dying.



"Everyone just gave up on her,” says Carolyn.



At 24 weeks a womb infection had led to her premature labor and birth. Says Carolyn (who also has two children Samuel, 10, and Kirsten, 8 ): “We were terrified we were going to lose her. I had suffered three miscarriages before, so we didn’t think there was much hope.”



When Rachael was born she was grey and lifeless. Ian Laing, a consultant neonatologist at the hospital, said: “All the signs were that the little one was not going to make it and we took the decision to let mum have a cuddle as it was all we could do.

Two hours later the wee thing was crying."



"This is indeed a miracle baby," adds the doctor, "and I have seen nothing like it in my 27 years of practice. I have not the slightest doubt that mother’s love saved her daughter.”



Rachael was moved onto a ventilator where she continued to make steady progress and was tube and syringe fed her mother’s pumped breastmilk.



“The doctors said that she had proved she was a fighter and that she now deserved some intensive care as there was some hope," says Carolyn. "Rachael did it all on her own – without any medical intervention or drugs. She had clung on to life – and it was all because of that cuddle."



The cuddle had warmed up her body and regulated her heart and breathing enough for her to start fighting. At 5 weeks she was taken off the ventilator and began breastfeeding on her own. At four months Rachel went home with her parents, weighing 8lbs – the same as any other healthy newborn.



Because Rachel had suffered from a lack of oxygen doctors said there was a high risk of damage to her brain. But a scan showed no evidence of any problems and today Rachel is on par with her peers.



"She is doing so well," says Carolyn, smiling. "When we brought her home, the doctors told us that she was a remarkable little girl. And most of all, she just loves her cuddles. She will sleep for hours, just curled into my chest. It was that first cuddle which saved her life – and I’m just so glad I trusted my instinct and picked her up when I did. Otherwise she wouldn’t be here today.”

LG Mini Washing Machine



Itulah gambar dia kat atas tu. Tak silap aku capacity dia ni just 3.5kg sahaja. Correct me if I'm wrong. Mana nak cari benda ni? Aku rasa macam berkenan sangat ni. Memang kalau boleh nak beli juga. Cute+comel. Cuba korang tengok link HERE. Aku suka sangat nak tambahkan koleksi home appliances yang kecik molek ni. Tapi, bila pergi survey kat LG website tu tak ada letak harga berapa? Aku kena tahu jugak harga dia berapa, kalau affordable boleh aku beli sekarang. Nak!!! Nak!! Tapi tak tahu mana nak cari. Try tengok kat Sen Heng tapi tak ada.

Sekarang ni pun bila basuh baju baby memang aku basuh asing, tak ada istilah bazir letrik kat sini. Yelah, bukan hari2 kot ko nak pakai benda alah ni. Cuma yang ini khas untuk basuh baju kecik2 dah sangatlah sesuai untuk basuh baju baby. Yang part tu aku suka, canggih dan comel. Lagi, cucian dia macam cucian tangan gitu. Kat opis ni aku dah macam orang tak betul, sibuk tanya orang ada nampak tak mesin basuh yang kecik macam ni. Bila search kat youtube, amik ko, kecik benar, basuh stoking sepasang muatlah, nak banyak pasang memang tak muatlah gamaknya. Nak tak nak memang tak boleh beli yang tu, membazir adalah. Kecik macam budak2 main masak2, periuk pinggan sudu..argh, macam tulah. Benda yang kecik2 tu. Korang boleh bayangkan tak? Ala, mainan budak2 gegurl yang kecik2 tu...

Okey, berbalik pada LG Mini Washing Machine...Aku tak ada idea nak cerita macam mana sebab gambar dia bagi tu macam tak complete untuk aku. And then bila aku buat research kat encik Google macam tak banyak info yang aku dapat. Price, size tu aku tak tahu. Tak tahulah sama ada dia ada bagitau dan aku yang terlepas pandang atau dia sengaja nak bagi orang yang addicted benda2 kiut macam aku ni sasau mengagau nak cari..Huhu, tak baik ko LG buat Mak Jemah macam ni. Mak Jemah sedih, terkilan cuma part merengek minta tolong laki cari tu belum lagi. Al maklum Mak Jemah sibuk nak pindah umah. A better rumah untuk kami berempat ni so memang Mak Jemah tak kalutkan laki lagi. Bila dah settle seme, siaplah. Mak Jemah ajak dia jajah seme outlet LG. Itu janji Mak Jemah. Hah, lagi satu aku ada masuk peraduan yang AbangNara anjurkan dan hadiah dia dapat sebijik LG Mini Washing Machine ni. AbangNara kata kat rumah dia dah ada. Jelesnya..Kenapa AbangNara yang dapat, kenapa bukan aku?? Apa lebihnya AbangNara tu..ishk..ishk....Sedarlah sikit diri kau tu, AbangNara tu top blogger, kau tu sapa...? Ayat ni mungkin akan di tembak kepada aku. So, sebelum kena tembak macam tu lebih baik muhasabah diri.

Oopss...LG Mini Washing Machine, jelmakan diri kau tu. Kasi hint kedai mana kau duduk sekarang ni. Aku nak pi cari jugak.

Sesiapa yang ada info pasal ni, silalah jangan keberatan kongsi dengan aku ye. Aku amatlah berbesar hati dan sangatlah terharu. Demi LG Mini Washing Machine...Aku sanggup lakukan apa saja...Jangan nak main sorok-sorok dah dengan aku..






p/s: Nak sangat!!!!