Thursday, February 28, 2013

Lego ~ Part 2


Okeh...jom kawan-kawan kita mengeksplore lego ini. Korang tahu tak, aku lak yang excited nak main dengan lego...( BB tak adalah over sangat but mommy dia yang lebih2).. Mana taknya, aku dengan abang kena pantau jugak time dia sentuh or pegang lego ni. Dia kan masih kecil lagi, ada jugaklah dia acah nak masukkan lego dalam mulut dia..Oh! Janganlah wahai anakku, memang tak boleh bawak masuk dalam mulutmu, kerana:

1) Nanti lego tu tak boleh buatlah kalau parts dia ada hilang-(melampau mak ni, bukan risaukan anak makan)
2) Benda tu bukan makanan, memang tak leh makan..( yang ni baru betul, mak risaukan anak)

Melilau jugak mata aku melihat sekeliling, kot-kot ada lego yang terlepas pandang...Heheh, selebihnya excited.

So, dengan jayanya aku buat lego cabin. Mula-mula buat, mengagau cari sampaikan abang pun gelakkan aku. Siap checking every minutes lagi kot aku buat salah. Amboi, ini orang mekanikal engineeringlah. Setakat nak bina lego tak da hal. Drawing benda actual pun faham...Suka sangat perli aku..Hehehhe...dan akhirnya hasil aku adalah seperti di bawah. Firstly, aku buat cabin yang paling senang...Actually, cabin ni 3 in 1, ada tiga jenis cabin korang boleh bina. Suka tak bila tengok benda ni? Ada rasa nak beli untuk diri sendiri or anak-anak tak? Aku rasa benda ni okey jugaklah untuk merangsang minda kanak-kanak...Tak caya, tunggu BB besar sikit baru nak suruh dia buat sendiri..

Hahaha, korang kalu nak tahu, abang siap nak beli almari kaca lagi untuk show kan lego-lego ni. Jangan main dengan suami aku, dah macam addicted dengan benda ni sampai sanggup kuarkan duit untuk beli almari kaca...Kasi meleleh anak-anak buah datang rumah...Alahai..Nak tahu tengok gambar lego-lego lain silalah lawat SINI ye...




Yang besar tu advance cabin, yang kanan paling atas tu easy cabin dan yang bawah tu medium cabin


Easy cabin

Easy cabin




Advance cabin- yang kereta sorong tu dari lego lain..

Siap ada buat BBG peha ayam lagi, ada berani ke?





Apa korang pendapat korang? Ada rasa nak beli tak? Belilah, belilah..syok sangat men benda ni.


Okey, nantikan sambungan Lego ~ Part 3 ( Baru satu set aku post, ada 4 lagi..)




p/s:  Yang medium cabin aku tak buat pun, tak apa kalau ada masa godek-godek aku buatlah nanti..

No comments:

Post a Comment

~ Thanks for stop by.....(o_0)