Assalamualaikum dan hai to you alls..
Korang nak jadi kaya tak dalam sekelip mata..hahaha..tawaran ini hanya untuk kaum Adam sahaja.. Di tekankan lagi, tawaran ini hanya untuk kaum Adam sahaja. Yang pastinya personaliti anda mestilah menarik dan baik hati. Itu adalah syarat utama.
Al-kisahnya begini, salah seorang jutawan dari Hong Kong, Cecil Chao menawarkan hadiah berupa duit kepada sesiapa yang berjaya menawan hati anak gadisnya. Wah, bagus tu..pe orang kata " Marriage Bounty", kan best kan tu. Sesiapa yang berjaya akan mendapat wang sebanyak $65 million tu. Wah..banyaknya. Beruntunglah lelaki yang dapat duit itu.
Huhuhu, masalanya. Cuba korang fikirkan, tak akan ada orang suka suki menawarkan duit sebanyak itu dengan ikhlas kan. Semata-mata mahu melihat anak gadisnya berkahwin kan..Betul tak? Sebenarnya, anak gadis dia tu lain macam sikit, spesies suka sesama jantina, itu yang si bapak menawarkan harga yang tinggi terhadap para lelaki yang berjaya memenangi hati anak gadisnya. Susah ke tak ek? Entah lah aku pun tidak tahu camane nak jawab soalan itu. Kawan yang suka kaum sendiri pun aku tak ada, kalau ada. Leh juga aku korek dari dia kan..(-_-)
Tapi tulah, anak dia nih Gigi namanya sudah pun berkahwin dengan kaum sejenis lebih 7 tahun, itupun bapaknya still mengatakan yang anak dia bujang trang tang tang. Kalau korang nak tahu, Hong Kong sendiri tidak mengiktirafkan penduduknya kahwin dengan kaum sejenis. Itu negara yang memang sah majoriti adalah bukan Islam. Tapi, kita nih yang di kenali sebagai negara Islam still lagi hendak menerima cara hidup macam tu kan. Apanya sengal kan orang yang bawak masuk ke dalam negara kita. Malas nak cakap panjang, aku bukan suka sangat hal politik nih. Tak dapat balasan skang, mungkin akan dapat di sana nanti..
Eh, kalau korang para lelaki berminat..sila lah baca isu nih lebih lanjut dekat berita yahoo. Nah, aku link kan supaya senang korang nak baca..
http://my.news.yahoo.com/h-k-tycoon-offers-fortune-marry-off-gay-055713012.html
~ Moga salah seorang dari anda berjaya...kih..kih..kih
Saturday, September 29, 2012
Friday, September 28, 2012
PART 3: Hati Terusik..~
Joana memandu laju membelah jalan raya. Teringatkan akan hal tadi membuatkan hatinya panas serta merta. Nasib baik si kepala botak tiada di pejabat, lepas juga lah dia mengambil cuti separuh hari. Gara-gara virus lelaki sewel dia terpaksa mengambil cuti. Mana tidaknya, habis basah bajunya terkena percikan air. Seingat tadi dia hanya berbaring sahaja di atas lantai surau, tidak sangka pula boleh terlelap. Nasib baik Kak Nora, pegawai akaun syarikatnya masuk untuk bersolat. Kalau tidak, mahu haru biru hidupnya. Sudahlah satu bangunan kecoh pasal hubungannya dengan lelaki sewel itu. Kalau di lihat dari mata kasar, semua orang akan menyangka lelaki itu adalah teman istimewanya, hakikatnya adalah sebaliknya. Jauh sekali hendak di kaitkan dengan teman istimewa, teman bau-bau bacang pun belum tentu. Terimbau kembali kejadian di dalam surau.
" Joana....Joana...bangun, akak nak solat nih?" Tegur Kak Nora lembut.
Joana yang terkejut itu segera bangun. Di tatap jam tangannya, jarum jam sudahpun ke angka 2.35 minit. Bermakna, hampir sejam lebih dia bergolek di dalam surau." Subhanallah.." Mulutnya mengucap panjang. Joana termangu seketika memikirkan akan dirinya saat ini. Dengan keadaan baju yang lembap, membungkam di dalam surau. Nasib ada Kak Nora, kalau tidak mahunya esok pagi baru dia bangun.
" Kamu ni kenapa Joana...Kemeja kamu basah nih kenapa, kot ye pun gaduh, tak kan main siram air kot..." Gelak Kak Nora. Di hulurnya cermin sebesar telapak tangan kepada Joana. Seakan -akan faham dengan huluran itu, Joana pantas mengambil cermin dan mula memerhatikan segenak wajahnya di cermin.
" Ya ALLAH akak, apa dah jadi dengan muka Joana nih akak?" Joana menjerit kecil. Soalan yang tidak masuk di akal di ajukan kepada Kak Nora. Wanita yang baru menginjak awal 40 an itu hanya tergelak. 'Lucu betul si Joana nih. Patutnya aku yang tanya dia, alih-alih dia tanya aku...Ish..ish..Joana..Joana'
" Tu yang akak nak tahu, yang kau pergi soal akak buat apa? Tak ada maknanya Joana...Akak yang baru masuk ni terkejut besar tau. Belum pernah ada manusia macam kau terbaring atas lantai nih. Mulanya ingatkan hantu bungkus mana pengsan, rupanya kau..." Kak Nora sempat mengenakan Joana. Nasib dia yang terserempak dulu, kalau kawannya Saripah, agaknya dah lama Joana kena soal jawab dengan pihak admin. Mana taknya,sesuka hati lepak dan tidur pada masa bekerja.
Joana masih lagi membelek wajahnya, sudah hilang segala keayuan dan kecomelannya. Kini hanya tinggal kesan hitam di bawah mata akibat eyeliner yang di pakai pagi tadi, kesan gincu yang sudahpun menjalar ke seluruh dagu serta pipinya. Sekali tengok macam orang sakit jiwa yang baru dapat alat solek pun ada. Joana mengambil kotak tisu yang berada elok di atas rak kecil. Di tenyeh kasar mukanya, sudahlah terkena virus si Adi, muka pulak menjadi comot. Masa tengah basuh muka tadi, dia langsung tidak menghiraukan mukanya saat itu, apa yang di layan hanyalah amarahnya sahaja. Malu bukan kepalang apabila mengingatkan yang si Adi mungkin melihatnya sebegini. ' Argh..memang pun dia tengok. Bukan tadi dia masuk cari aku sampai dalam ladies...Lantak lah, bukan nak jadi laki aku pun...' Ujar Joana sendirian. Kak Nora yang masih terpacak di hadapannya di pandang. ' Pelik betul aku dengan Kak Nora nih, kata nak solat. Solat ajelah. Yang tersengih-sengih pandang muka aku kenapa. Cantik ke even keadaan macam nih?'
"Siapa lelaki tu..." Soal Kak Nora tiba-tiba.
Terpelanting cermin Kak Nora di buatnya. Joana mengusap dadanya akibat terkejut dengan latah spontannya. Di luar kawalan otak katakan. Joana hanya mencebik, tanda tidak faham akan soalan Kak Nora. Bukan tidak faham tetapi sebenarnya tidak mahu menyentuh langsung akan lelaki yang membawa bala ke dalam hidupnya. Ya, sejak kemunculan lelaki itu, ketenangan hidupnya sudah tiada, boleh di katakan susah untuk menggapai ketenangan seperti sebelum ini. Setiap masa telefonnya akan berbunyi, kalau bukan dari tuan empunya badan, di kerahnya minah hayun supaya menghubunginya. Langsung tiada istilah privasi di dalam kamus hidupnya lagi.
" Tak usah buat-buat tidak faham, satu bangunan duk cerita pasal kamu. Bukan sekali dua dia datangkan, boleh di katakan hari-hari bertempek dekat meja kamu. Tak kerja ke lelaki tu" Aju Kak Nora lagi, kali ini kain telekung sudah berada di dalam genggamannya hanya tunggu masa untuk di sarungkan ke kepala. Wajah Joana di pandangnya.
" Entahlah akak, saya pun tak berapa nak kenal. Bukan kawan saya dan saya pun tak ingin nak jadi kawan dia akak...by the way, akak solat dulu. Tak baik melambat-lambatkan solat. Allah tak suka tau..." Joana memang malas melayan pertanyaan Kak Nora. Perasaan benci pada lelaki itu semakin menggunung.
" Yelah...akak hutang kau nih..Kau kena ingat tu..."
Joana mendengus kasar. Ada-ada aje Kak Nora nih. Sibuk jaga tepi kain orang betul.
Ping!Ping!Ping!
Joana terkejut mendengar bunyi hon yang datangnya dari belakang. Dari cermin sisinya, dapat di lihat sebuah kereta betul-betul berada di belakangnya. Rapat. Joana beristighfar di dalam hati, nasib tidak berlaku kemalangan. Nahas betul mengelamun sewaktu memandu. Joana memperlahankan keretanya, sengaja mahu membiarkan kereta mewah di belakangnya memotong. Joana dapat rasakan pemandu kereta itu merenung tajam sewaktu memotong keretanya. 'Biarlah, asal aku tak langgar kereta kau sudah. Nak jeling sampai juling bijik mata kau pun, ada aku kisah..' Rungutnya sendirian. Nasibnya baik, tidak sampai setengah jam memandu, akhirnya dia tiba di rumah. Joana sengaja memarkirkan keretanya di luar garaj. Dengan langkah longlai dia mula melangkah masuk ke dalam rumah.
" Assalamulaikum mama...akak.." Ujarnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Jeslyna ada rupanya! Joana menyalami tangan Puan Aina dan juga tangan kakaknya Jeslyna. Di cuit pipi tembam anak kecil yang berada di atas riba Puan Aina. " Jo naik dulu ma...penat rini.."
" Jo..kenapa nih?" Soal Puan Aina, risau melihat keadaan Joana. Hati keibuannya terusik melihatkan keadaan anaknya yang tidak terurus sejak dua menjak ini. Melihatkan senyuman hambar Joana, Puan Aina sudah dapat mengagak apa yang terjadi kepada anak perempuanya itu. Dia hanya mampu mengeluh, Joana sudahpun memanjat anak tangga. Jesylena sempat lagi mencuit bahu Puan Aina.
" Kenapa dengan Jo tu mama.....Lain macam aje Jes tengok..muka dia macam comot giler, tak kan mandi hujan kot.." Soal Jesylena ingin tahu. Hairan melihat muka Joana yang comot dengan make up, masih jelas kelihatan warna hitam di bawah kelopak mata Joana.
" Mama pun tidak tahu Jes, hurm...kejap lagi cuba Jes pergi masuk bilik dan tanya dia.. Mama pun tidak sedap hati dengan kelakuan dia sejak dua menjak ni. Dulu tak suka, sekarang bila budak tu dah tak ada, gaya macam orang mati laki pun ada..." Kata Puan Aina, risau akan keadaan anak perempuan keduanya.
" Mama...memang pun...." Balas Jeslyna. Berkerut dahinya mendengar kata-kata Puan Aina. Agaknya mamanya lupa kot apa yang berlaku pada Joana. Memang patut dia berkelakuan macam itu. Bukan mudah untuk menerima hakikat sebenar dalam sekelip mata. Dia berharap agar pintu hati Joana dapat menerima segala-gala tentuan Ilahi. Jeslyna akui, bukan mudah untuk kita sebagai manusia menerima sesebuah kehilangan dalam sekelip mata, hanya masa yang menentukan segalanya.
Wednesday, September 26, 2012
PART 2: Hati Terusik..~
Dia mendengus geram. Usahkan hendak mengadap muka, tengok nama pun dia sudah naik meluat. Memang jenis tidak faham bahasa. Kalau telefon, orang tak nak angkat. Sendiri mau ingatlah, orang tak suka lah tu. Cuba sesekali pakai otak sikit, jangan asyik nak menyemak kepala otak orang. Joana menyepak bakul sampah di kaki. Geram, marah, menyampah, meluat tahap bagai dengan mamat di depannya itu. Tersengin macam kera dapat bunga tahi ayam. Dia nih memang tak reti bahasa ke dungu. Nak kata otak terbantut, sihat elok...hurm, doktor lagi. Agaknya sesiapa yang datang ke klinik dia memang sewel macam dia jugak kot. Kalau bukan dia yang call, tali barut dia yang call. Tiba-tiba dia teringatkan Si Katty, dua kali sepuluh, sepuluh kali dua aje..doktor dengan pekerja sama bengap.
" Jo...hurm..kita pergi makan nak?" Pelawa Adi, senyuman paling manis di hadiahkan buat gadis di depannya. Huh...dalam keadaan deman panas macam ni, sanggup ku redah lautan manusia hanya semata-mata untuk bertemu dengan mu. Demam panas hanya sampingan, sakit jantung terkena panahan Joana lagi teruk. Mama di rumah hanya menggelengkan kepala apabila melihat telatahnya tadi. Mana tak terkejut orang tua itu, sedang elok berbungkus di dalam selimut terus bangun apabila Puan Murni menyebut nama Joana. Di dalam hatinya hanya ada Joana.
" Jo......." Panggilnya lagi. Joana langsung tidak memandang ke arahnya. Adi bergerak merapati meja Joana. Kalau kena tibai pun dia sanggup tatkala itu. Cinta itu memang indah, kena belasah pun dia sanggup. Melihatkan Joana langsung tidak bergerak dari menaip sesuatu di laptopnya, Adi mendengus perlahan. 'Wahai hati, sabarlah di kau di dalam sana...' Bisik Adi.
" Ko memang sengaja nak cari pasal kan..." Keras nada suara Joana. Mata Adi di renung tajam. Kalaulah negara ini tiada undang-undang, dialah orang pertama yang akan menghumbankan jantan ini ke dalam kolam buaya dan pirana. Baru puas hatinya.
"Aku bukan nak cari pasal, nak datang ajak makan pun...." Luah Adi dengan lembut. Hairan juga dia, Joana langsung tidak kelihatan seperti demam. Kebal giler awek dia nih, kena hujan macam semalam pun segar bugar lagi. Aku nih dah macam putus nyawa, selsema dan demam panas. Tiba-tiba..
" Aachum.....aachum.." Fuh..lega sesudah terbersin. Di sapu lelehan di tepi bibir.
Joana mengetap bibir menahan marah. Kurang asam! Kata doktor, tak kan tak reti nak tutup mulut bila bersin. Habis muka aku terkena tempias...Eeeei..aku cekik sampai mati jugak mamat nih.
Adi terkejut apabila melihat Joana mengelap kasar mukanya dengan tisu. 'Aku terbersin dekat dia ker?'....Alamak!...
" Jo...aku mintak maaf..Saya tak sengaja.." Adi memohon maaf, beberapa kali dia menampar mulutnya yang tiada insurans itu.
Joana merenung tajam ke arah Adi. Tisu di tangan di lontar kasar ke dalam bakul sampah yang sudahpun tergolek akibat tendangannya sebentar tadi. Marahkan nyamuk, habis satu kelambu di bakar. Joana hanya menjeling tanpa perasaan bersalah pun melihat kertas-kertas yang berterabur di atas lantai. ' Kejap lagi, aku mintak Ena kutipkan balik....' katanya di dalam hati. Tanpa menghiraukan lelaki di hadapannya, dia berlalu ke ladies. Mahu di cuci mukanya dengan clorox agar virus dari lelaki itu tidak terkena kepadanya. 'Lembik! kena hujan macam tu pun nak demam'. Ejek Joana di dalam hati. Di tolaknya kasar pintu ladies, di ambilnya sabun buku berwarna oren itu dan di tenyeh kuat ke telapak tangan. Di titiskan beberapa titis air sebelum menggosok mukanya. Lantak lah kalau lepas ini mukanya di tumbuhi jerawat, janji virus lelaki itu tidak melekat. Sabun buku pun sabun buku lah. Joana memandang mukanya di cermin. Sejak akhir-akhir ini hidupnya sedikit tertekan, kalau bukan di sebabkan lelaki itu. Ya, lelaki yang telah meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Joana mengeluh kasar. Kelam hatinya saat itu apabila meningatkan kenangan bersama lelaki itu. 'Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu ini..Biarlah dia bersemadi dengan aman..' Bisiknya sendirian. Joana membasuh lagi mukanya dengan air paip, entah untuk ke berapa kali. Asalkan dia betul-betul puas hati yang virus lelaki itu tidak melekat di wajahnya. Perbuatan itu di ulang beberapa kali. Habis lencun baju kemeja putihnya.
" Jo...lambat lagi ker?"
Terkejut beruk Joana tika itu, di jeling sekilas melalui cermin di hadapannya. Gila! Dalam ladies pun dia buleh masuk, muka tempayan betul spesis di belakangnya itu. Kalau bos dia nampak, apa pulak kata orang tua kepala botak tu. Habislah kena balun lagi. Sudahlah sejak beberapa hari ini, si kepala botak asyik hendak mencari salah dia aje. Joana sengaja merenjis kasar, agar tempiasnya terkena lelaki yang berdiri rapat di belakangnya.
"Jom..." Ajak Adi lagi. Hendak di pegang bahu Joana. Tapi dia takut gadis itu melenting. Puas dia menunggu di luar tadi, dalam keterpaksaan dia masuk juga. Lantaklah orang nak kata dia gila, sexual harrassment. Yang penting dia dapat tengok keadaan Joana.
Tanpa mempedulikan Adi, Joana melangkah keluar dari situ. Adi mengeluh. Lambat-lambat melangkah keluar. Merah padam mukanya apabila bertembung dengan seorang perempuan yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke ladies. Adi tahu, bukan senang untuk membuatkan Joana menerimanya. Tapi, dia tidak akan berputus asa. Dia tahu Joana adalah jodohnya. Allah maha mengetahui segala isi hati dan perasaannya. Adi mencari Joana di meja, langsung tidak kelihatan kelibat wanita itu. Adi mengeluh.
Joana mengelap mukanya yang basah dengan tisu. Nasib waktu solat Zohor belum masuk, bolehlah dia berehat seketika di dalam surau pejabat. Kalau di ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menelefon pengawal supaya mengheret Adi keluar dari pejabatnya. Suka menyibuk betul! Angin satu badan apabila teringatkan akan lelaki itu. Perlahan-lahan Joana merebahkan badannya di atas lantai yang tidak beralas itu. Sejuk badannya langsung tidak dapat menyejukkan suhu kemarahannya saat itu. ' Jantan tak guna tu belum tahu lagi perangai aku yang sebenarnya. Kalau engkau still lagi berdegil, tahulah nasib ko nanti. Ini Joanalah..Joana cucu ketiga Tok Megat bermisai melentik..Silap orang lah kalau ko nak cari pasal...'Bentaknya geram.
Saturday, September 22, 2012
~ Syukur~
Assalamualaikum...
Sudah lama tidak meringankan tangan menulis di blog..Aih, camane nak jadi blogger of the year nih..Eh..Eh..Eh...ada hati ek. Just kidding jer..Tulis blog pun sebenarnya bukan apa, saja nak hilang masa busan..Tapi, sekarang nih...aku dah tak bape busan dah..Balik rumah aje, main dengan Boboy kejap. Prepared for dinner and then bersihkan diri. Pastu, lepak dalam bilik sambil baca novel..Huhuuhu...banyak lagi novel-novel yang belum aku sempat baca, al maklum time buat kutipan novel-novel tersebut, agak banyak yang aku dapat (sekali kutip,tiga tempat). Abang pun dah naik juling bila tengok aku asik adap novel. Selalu aku menjulingkan mata tengok dia main games..Tapi, macam pelik pulak, lately gamer macam tak bape main games. Asal ek...ke sengaja sebab tengok si isteri baca novel. Musykil nih. Balik kena pastikan or, tak ada game menarik. Biasanya macam tulah, gamer nih kadang-kadang pelik betul. (Alamak..:p, terkutuk encik husband pulak)
Apasal yer aku jarang menaip kat blog, back pada ayat pertama tadi..Huh, tak ada masa lapang dah dekat opis. If tak pergi site, mengadap report field services, pastuh ada masa terluang sikit, siapkan GA drawing..Alahai mak minah, macam banyak ler kerja, dulu orang cakap jd engineer nih best, tukang sign jer..Mana ada, kena buat kerja banyak ler..yang sign kerja orang yang dah nak pencen..If macam aku nih, huh..berbengkak-bengkak otak kena perah.
Tak yah lah nk mengutuk pape, benda dah lepas kan. Kalaulah boleh turn back to sweet 17th again, agaknya apa yer pilihan aku..Sob..sob..sob,tapi tak leh pilih jugak sebab that time result SPM aku hancusss...memang hancuss gara-gara perangai manusia yang bertuankan Setan nih...Tapi tak apa, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambanya..Aku bersyukur dengan segala yang ada pada aku sekarang..Terutamanya di utuskan seorang lelaki yang cukup baik, bab kata orang Mr.Perfect 9 1/2 ..Not perfect 10 ek..sebab lagi satu setengah tu...erk..(dia suka men game)
Lupa lak, bukan nak berlagak tau tapi nak kongsi..Aku dah confirmkan dekat sini..Semalam baru dapat letter of confirmation..Huhu, terima kasih..Terkehel jugak kepala nak mengintai apa lah komen dari pihak atasan..yang aku nampak, fast leaner and friendly..Hik hik...ye ke..Tak kisahlah, janji aku tak yah nk cover-cover dah pasnih..Yahooo...Mana tak cuak, setiap bulan ada evaluation dari pihak atasan..Ayo, berdebar debuk jantung nih....
Esok adalah sabtu...cuti dan boleh bergolek di atas katil. Yang paling best ialah Boboy mesti senyum memanjang, mommy ngn daddy ada sebelah..Boboy nih, kalau aku ke daddy dia ada sebelah, boleh tido sampai tengah ari ler..hik hik...sporting betul anak mommy nih..
ema
Sudah lama tidak meringankan tangan menulis di blog..Aih, camane nak jadi blogger of the year nih..Eh..Eh..Eh...ada hati ek. Just kidding jer..Tulis blog pun sebenarnya bukan apa, saja nak hilang masa busan..Tapi, sekarang nih...aku dah tak bape busan dah..Balik rumah aje, main dengan Boboy kejap. Prepared for dinner and then bersihkan diri. Pastu, lepak dalam bilik sambil baca novel..Huhuuhu...banyak lagi novel-novel yang belum aku sempat baca, al maklum time buat kutipan novel-novel tersebut, agak banyak yang aku dapat (sekali kutip,tiga tempat). Abang pun dah naik juling bila tengok aku asik adap novel. Selalu aku menjulingkan mata tengok dia main games..Tapi, macam pelik pulak, lately gamer macam tak bape main games. Asal ek...ke sengaja sebab tengok si isteri baca novel. Musykil nih. Balik kena pastikan or, tak ada game menarik. Biasanya macam tulah, gamer nih kadang-kadang pelik betul. (Alamak..:p, terkutuk encik husband pulak)
Apasal yer aku jarang menaip kat blog, back pada ayat pertama tadi..Huh, tak ada masa lapang dah dekat opis. If tak pergi site, mengadap report field services, pastuh ada masa terluang sikit, siapkan GA drawing..Alahai mak minah, macam banyak ler kerja, dulu orang cakap jd engineer nih best, tukang sign jer..Mana ada, kena buat kerja banyak ler..yang sign kerja orang yang dah nak pencen..If macam aku nih, huh..berbengkak-bengkak otak kena perah.
Tak yah lah nk mengutuk pape, benda dah lepas kan. Kalaulah boleh turn back to sweet 17th again, agaknya apa yer pilihan aku..Sob..sob..sob,tapi tak leh pilih jugak sebab that time result SPM aku hancusss...memang hancuss gara-gara perangai manusia yang bertuankan Setan nih...Tapi tak apa, ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hambanya..Aku bersyukur dengan segala yang ada pada aku sekarang..Terutamanya di utuskan seorang lelaki yang cukup baik, bab kata orang Mr.Perfect 9 1/2 ..Not perfect 10 ek..sebab lagi satu setengah tu...erk..(dia suka men game)
Lupa lak, bukan nak berlagak tau tapi nak kongsi..Aku dah confirmkan dekat sini..Semalam baru dapat letter of confirmation..Huhu, terima kasih..Terkehel jugak kepala nak mengintai apa lah komen dari pihak atasan..yang aku nampak, fast leaner and friendly..Hik hik...ye ke..Tak kisahlah, janji aku tak yah nk cover-cover dah pasnih..Yahooo...Mana tak cuak, setiap bulan ada evaluation dari pihak atasan..Ayo, berdebar debuk jantung nih....
Esok adalah sabtu...cuti dan boleh bergolek di atas katil. Yang paling best ialah Boboy mesti senyum memanjang, mommy ngn daddy ada sebelah..Boboy nih, kalau aku ke daddy dia ada sebelah, boleh tido sampai tengah ari ler..hik hik...sporting betul anak mommy nih..
ema
Friday, September 07, 2012
PART 1: Hati terusik..~
Walaupun hujan mulai turun sedikit demi sedikit tetapi itu langsung tidak membuatkan pasangan itu berganjak dari kerusi batu. Pengunjung-pengunjung lain sudah pun terkedek-kedek berlari mencari tempat untuk berteduh, ada yang terus berlari menuju ke kawasan letak kereta dan terkocoh-kocoh masuk ke dalam kereta, dan ada juga memarahi anak-anak kecil yang terlalu gembira bermain air hujan. Tidak kurang juga banyak mata memandang ke arah pasangan itu..
" Biar betul diorang tu, hujan makin lebat nih"Kedengaran suara seorang pemuda berkata kepada seorang wanita, mungkin isterinya memandangkan wanita itu sibuk memegang tangan dua anak kecilnya. Wanita itu hanya mengangguk kepala tanda setuju. Mungkin lebih risaukan anak-anaknya daripada memandang ke arah pasangan yangmasih tidak menghiraukan akan keadaan sekeliling.
Tanpa bersoal banyak, pemuda itu terus mengendong anak kecil yang kelihatan terkial-kial apabila di tarik oleh ibunya. Kakinya melangkah laju menuju ke arah keretanya. Di gamik si isteri supaya melangkah lebih pantas. Wanita itu hanya mengangguk tanda mengiakan si suami..
" Ko kenapa...?" Soal Adi, nada suaranya sedikit meninggi. Sudahlah hujan makin lebat. namun wanita di sebelahnya masih lagi mendiamkan diri. Sudahlah hatinya walang, hujan semakin lebat. Bab kata pepatah, sudah jatuh di timpa tangga, di hempak pulak anak gajah..Eh, yeke pepatah aku tu. Detik Adi di dalam hatinya. Dia tersengih, lucu dengan pepatah yang baru sahaja bermain di fikirannya. Mengingatkan keadaan mereka di saat itu, Adi kembali ke alam nyata. Sempat lagi berangan. Matanya memandang sekejap ke muka bersih di sebelahnya sebelum memandang ke sekitar taman. Hurm, sudah tiada pengunjung lain. Hanya tinggal mereka berdua. Berbeza betul keadaan setiba nya di taman itu setengah jam yang lalu. Kalau tadi, untuk mencari bangku kosong terlalu sukar, kini...!! Adi mengeluh.
" Jom kita balik..Aku hantar ko, tak pasal ko demam nanti...Bukan ko saje, aku pun buleh demam sekali nih...." Ajak Adi lagi. Dia sudah bangun. Bukannya dia tidak dengar tadi, pemuda yang melintasinya mengatakan sama ada mereka betul atau tidak. Nak salahkan siapa, pemuda itu tidak bersalah. Mana ada orang duduk berbincang di dalam hujan.
Wanita tadi yang hanya mendiamkan diri sudahpun bangun, tanpa memandang ke wajah Adi, dia memulakan langkah ke tempat letak kereta. Di rabanya beg tangan jenama Polo itu dengan rakus. Kunci keretanya di ambil.
" Joana........tunggu aku..." Pekik Adi geram. Hati lelakinya tercabar. Tahap kesabarannya mulai tipis dengan gelagat Joana. Kalau bukan di sebabkan sayangnya yang menggunung buat perempuan itu, sudah lama di masukkan perempuan itu ke dalam guni dan di biarkan kesejukan di bawah hujan yang semakin lebat itu. Ish..Ish..apa punyer hati si Joana nih ada yer. Adi mengusap mukanya beberapa kali, melangkah perlahan ke keretanya. Joana sudah pun memandu pergi dari situ. Adi melangkah lemah. Hatinya betul-betul sakit di perlakukan sedemikian oleh Joana.
' Apa salah aku Jo...Oh..Wan Joana..Salahkah aku ingin menyuntingmu menjadi suri hatiku...Aku cintakan mu Jo...'
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SPRITZER HOT & WARM MINI DISPENSER
Korang tengoklah post kat atas tue.....nak tahu ker yang mana? hurm...sat ler, aku ceritaka dulu..Aku skang memang tengah usha water dispenser yang affordable.. Yang aku survey sema mahal giler, sekali aku tengah drive, tertengok dekat belakang bus..Spritzer mini water dispenser...elok bebenor lah tue...So, aku try ler cari kt internet...Wow!!!
http://www.spritzer.com.my/shop/index.aspx
cun tak? Harga dia pun okey..Yang penting senang dan kecil..sesuai sangatlah dengan saiz rumah aku yang sekangkang kera nih...hik..hik..hik.. Tapi!!!!!
Dekat mana aku nak dapat kannyer...Semalam aku try usha dekat station Petronas, dua station aku survey dan JUSCO RAWANG..Just ada yang Water Mini Dispenser..so frust..Aku yang yang SPRITZER HOT & WARM MINI DISPENSER [GREEN]..
Hurm, kalau korang ada tengok dekat memana, gtau aku yer...
P/s: Memang berkenan sesangat..warna dia pun cantik...
Thursday, September 06, 2012
Kereta baru, kalernyer hijau....Vroom...vroom
Ngengeng.....abes duit mommy adik nih..Hik..hik,padahal duit mommy sikit je..Thanks kat ayah & mama coz sponsor a new car untuk Boboy..Abang Asyraf pun sama, thanks for sharing with me..Tapi, part sharing tu macam biasa ler.."adik aik ler..." dengan penuh kegembiraan si adik bangun untuk memanjat..dan..dan..si abang dah duduk di dalam kereta. Si adik turun kembali..n then, dengan manisnya si abang menyuruh lagi..berulang banyak kali sehinggakan si adik mengamuk sakan...Hasilnye..teng..teng..kaler hijau dh kuar lagi sebijik...
Abang tolak adik yer.. |
Baik kan kita... |
Tido hanya sekejap, bangun ajer naik dalam kereta.. |
Syoknye...yahoooo!!! |
Lor...kena saman ker? |
Dari kamera tertutup... |
Adik bawak abang yer...Kuat kan sikit sound radio! |
Cepat lah bang!!..Kita dh lambat nih..Kang mommy marah kita.. |
Hasilnye..dua-dua mahu tido dalam kereta.. |
Baik-baik yer.. |
P/s: Fuh..kus semangat...lagi sebijik kena beli untuk Rayyan di kampung...Cucu Cikgu Daud dpt kereta baru lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)