Seperti yang di rancang, sabtu malam sudah tiba. Tetamu Tengku
Kamarul dan Puan Maria akhirnya tiba tepat pukul 7 malam. Senyum lebar Adi
sebaik sahaja terpandangkan wajah cantik Joana yang baru sahaja melangkah masuk
ke halaman rumahnya. Entah si gadis perasan atau tidak bahawa kereta mereka
berada bersebelahan. Nampak kereta sahaja dah menunjukkan yang mereka berdua
secocok bersama. Jauh berangan nampaknya si Adi kali ini. Apa salahnya memasang
angan untuk benda yang baik. Akhirnya Adi ketawa sendirian, geli hati dengan
angan-angannya sebentar tadi. Tak pernah di buat orang, melihatkan kereta sudah
nampak secocok bersama. Sebaik sahaja kedatangan tetamu jemputan, Adi menarik
wajah kecewa. Orang yang di tunggu tidak kunjung tiba bersama yang lain.
Mamanya yang perasan akan perubahan anak teruna sulung terus menanyakan khabar
buah hatinya. Mama Joana memberitahu yang Joana akan tiba lewat sedikit. Lega!
Tetapi masih tidak keruan selagi baying empunya badan tidak berada di depan
pandangannya. Sekarang, Adi sudah mampu tersenyum melebar. Nampak gaya Joana
memang gadis yang baik. Dengar cakap orang tuanya.
Sebaik
sahaja Joana melangkah masuk ke dalam rumahnya, Adi cepat-cepat berlari turun
untuk bersama tetamu yang lain. Kalau tadi, moodnya hilang untuk beramah mesra
tetapi sekarang ini dia sudah terlebih mood untuk beramas mesra. Aik! Beramah
mesra, pembetulan.Sekali lagi Adi senyum sendirian. Memang dia tengah angau
sekarang ini. Mabuk cinta. Melihatkan Joana yang sudah duduk selesa di atas
sofa bersama yang lain, laju sahaja kakinya melangkah ke ruang itu. Senyuman
manis di sedekahkan buat Joana. Malangnya hanya jelingan sahaja yang di balas.
Nampak gaya, Joana keterpaksaan untuk makan malam bersama keluarganya.
“ Aik, dah
siap ke kerja kamu Adi. Tadi bukan main kelam kabut naik atas..” Tegur papanya
Tengku Kamarul. Berubah air muka Adi di tegur sedemikian oleh papanya sendiri.
Pembetulan, bukan salah papa kerana papa langsung tidak mengetahui akan
agendanya yang di rancang bersama mama. Uhuk..uhuk!Batuk adalah perkara paling
mudah untuk di lakonkan bagi mengelakkan dirinya terkantoi bodoh.
“ Haah
pa…Tetamu ada tak kan Adi nak berlama-lama kat atas. Hurm, maafkan Adi ye
uncle..uncle dan Joana…” Ujar Adi setelah perasaan malunya hilang. Mama yang
baru muncul dari ruang makan tersenyum sumbing. Apalah mama ni, bukan nak
menolong dia.
“Oh...tak
apa..Uncle dan aunti tahu. Lagipun, siapa yang take over klinik kamu sekarang
ni. Papa kamu kata kamu jarang berada di klinik waktu malam?” kini papa Joana,
Datuk Johan membuka mulut. Senyuman di lemparkan kearah anak sulong kenalan
rapatnya.
Joana yang
diam dari tadi hanya menjeling panas. Kalau bukan di sebabkan desakan mamanya,
tak hingin langsung untuk bertandang ke rumah lelaki sengal ini. Usahkan untuk
makan malam bersama, minum air pun dia tak sudi. Inilah kali pertama dia
berjumpa dengan Adi selepas kejadian di pejabatnya hamper 3 minggu yang lepas.
Tut..tut, semalam mama beria mengajak dia datang makan malam di rumah sahabat
baiknya. Rupanya datang makan malam di rumah lelaki sengal. Joana mengeluh di
dalam hati, mahu meminta teramatlah tidak elok. Apa kata mama dan papanya
nanti.
“ Kejap lagi
waktu azan Magrib masuk, apa kata kita buat solat berjemaah. Lagipun, bukan
selalu engkau datang teratak buruk aku ni Johan…” Tengku Kamarul mengajak
tetamu-tetamunya solat berjemaah. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga,
sebelum makan malam bersama mereka akan solat berjemaah.
‘Nampaknya
keluarga Tengku Kamarul ni amat titik beratkan ilmu agama.’Ujar Joana dalam
hati. Entah kenapa dia sungguh tidak selesa berada bersama-sama Adi. Kenapalah
kak Jeslyna saat akhir memohon maaf tidak dapat bersama mereka malam ni. Alasan
yang langsung tidak masuk akal. Irdina buat hal.Huh! Nampak sangat kak Na juga
bersekongkol dengan mamanya.
“Eh..boleh
aje Kamal. Kau kan kalau tak merendah diri memang tak sah. Dah tua dah kita ni,
tak lama lagi nak menimang cucu. Nak berlawak bagus pun agak-agaklah..” sambung
Datuk Johan. Sebaik sahaja habis ayatnya itu. Tengku Kamarul ketawa kuat.
Masing-masing turut geli hati mendengar ayat Datuk Johan. Entah mana yang lucu
pun Joana tidak tahu. Kamal! Papanya memanggil Tengku Kamarul dengan nama
Kamal. Nampak sangat mereka ni bersahabat baik. Joana memaksa diri untuk tidak
berasa janggal bersama-sama orang-orang tua di hadapannya. Mamat sengal itu
masih memandangnya, entah berapa kali si bapa menegur akan kelakuannya yang
tidak manis di pandang. Bagi Joana, seratus kali tegur pun bukannya berbekas
kat jantan ni. Paling Joana tidak suka apabila dirinya di kaitkan bersama
jantan tu.
Adi yang
sejak dari tadi asyik menjamu mata memandang tepat ke wajah cantik manis di
depannya tersentak. Melihatkan senyuman papa membuatkan Adi malu. Dia tahu
sejak dari tadi lagi papa menegurnya, sesekali menepuk bahunya..” Behave
yourself Dr.Adi, tak kemananya tetamu kita ni..” Kata-kata papa di sambut
dengan gelak ketawa yang lain Cuma Joana yang memandangnya tajam. Alahai, dah
hamper sebulan aku tak tengok kau Jo, peluang yang ada ni apa salahnya aku
penuhi dengan hanya memandang wajahmu. Gaya Adi sekarang ini ibarat budak
sekolah yang telah angau mabuk kepayang bersama cinta monyet. Makin di jeling
makin cantik pula Joana pada pandangannya.
“ Jom, azan
kejap lagi akan berkemundang apa kata kita bergerak ke surau di tingkat
atas..Jemput Joe, Aina dan Joana….jom kita naik ke surau..” Ajak Tengku Kamarul
ramah. Memang jarum jam menunjukkan lagi lima minit waktu azan Magrib akan
berkemundang. Masing membuka langkah tanpa banyak soal. Adi orang pertama yang
memanjat anak tangga, bukan apa niat di hati ingin menyediakan tempat solat
untuk tetamu-tetamunya.
Dalam hati
puas Joana menyumpah akan gelagat baik Adi…’ Nak tunjuk baiklah sangat, kau
ingat kau dapat beli jiwa aku ke beruk woi..Tak ingin aku nak datang sini kalau
bukan sebab mama aku yang beria ajak. Nampaknya Pak Engku dan Mak Engku ni tak
kenal lagi dengan Joana ni. Tak pe…tadi bukan main anak kau tersengih macam
kera kena belacan kat buntut ye. Jap lagi, aku nak tengok ada rupa macam tu
lagi ke tak….’ Gumam Joana dalam hati. Cepat-cepat dia beristighfar setelah
sedar akan omelan dia sebentar tadi. Ikutkan marahnya saat itu, mahu di sepak
terajang sahaja mamat biul tu. Joana! Kau ni kejap lagi nak solat Magrib,
berjemaah pulak tu. Bawak-bawaklah bertenang! Gesanya sendirian. Sedar akan
kekhilafan diri, Joana terus mengambil wuduk di bilik air di sebelah surau.
Terbayang akan wajah arwah suaminya, Zariff. Sejak dua tiga hari ini wajah
Zariff yang muncul di dalam mimpinya tidak seperti biasa. Wajah arwah suaminya
berseri-seri. Senyuman hanya di lemparkan ke arahnya. Ya Allah, apakah petanda
yang ingin Kau sampaikan kepadaku ya Allah. Desah hati kecilnya. Joana melurut
air ke mukanya beberapa kali. Dengan bacaan doa, dia mula mengambil wuduk. Niat
di hati sebelum menunaikan solat berjemaah, dia ingin menyedekah bacaan Quran
buat arwah suaminya.
* * * * *
Usai solat
Magrib berjemaah dan makan malam, mereka semua kembali duduk di ruangan tamu
itu. Adi yang baru sahaja turun dari biliknya turut bersama yang lain. Kalau
petang tadi dia hanya berdiri di tepi tingkat tapi sekarang ini dia telah
memilih untuk berada di sofa bersama-sama yang lain.
“
Joana….hurm kamu sekarang kerja dekat mana ye?” Tengku Kamarul memulakan
bicara. Wajah mulus anak gadis sahabat baiknya di pandang mesra. Sebaik sahaja
selesai solat Magrib, isterinya kelam kabut menariknya ke dalam kamar beradu
mereka. Rupa isteri dan anak terunanya merancang untuk merisik khabar anak
Johan. Suka betul Tengku Kamarul mendengar rancangan isterinya tapi bila
mengingatkan layanan dingin Joana terhadap Adi, dia sendiri was was Yelah, yang
nak di risik tu terang-terang tidak suka dengan anak terunanya. Biarlah, cuba
dulu mana tahu Joana ni lembut dan mendengar kata.
Joana
menarik nafas panjang sebelum menjawab pertanyaan dari Tengku Kamarul. Dia
memandang sekilas ke wajah papa dan mamanya. Kedua-dua turut memandang ke
arahnya. Mungkin mahu mendengar jawapan darinya atau lebih tepat lagi mahu
mendengar dia membuka mulut. Semenjak datang ke mari petang tadi lagi Joana
hanya mengambil langkah berdiam diri. Mulut hanya menjawab apa yang di tanya.
Itupun sepatah sahaja yang keluar dari mulutnya. Nasib baik Tengku Kamarul dan
Puan Maria kenalan rapat mereka sejak dari sekolah lagi, tidaklah segan akan
perangai Joana itu.
“ Megah Jaya
Consultant…..” Jawab Joana pendek. Berharap sangat yang Tengku Kamarul tidak memanjangkan
soalan kepadanya lagi. Harapannya untuk tidak di soal lagi rasanya tinggal
harapan kerana wajah Tengku Kamarul nampaknya berminat dengan tempat kerjanya.
“Tan Sri
Chong ke CEO dia?”
Joana
mengangguk. Ah..Sudah! Jangan kata orang tua kepala botak tu kawan baik dia
sudah. Malas aku nak bersoal jawab panjang lebar ni. Ni lah agaknya perangai
orang-orang kaya ni, kawan-kawan seperniagaan memang banyak. Kawan betul atau
kawan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata. Hanya tuan empunya badan sendiri yang mengetahuinya.
Kedengaran
Tengku Kamarul ketawa kuat, papanya juga turut ketawa. Apasal dengan orang tua ni?
Aku ada buat lawak ke? Ketawa macam nak putus nyawa. Papa pun sama..Ya Allah,
Joana rasa macam nak masuk bawah meja sahaja. Langsung tidak sedar yang papanya
juga turut mengenali Tan Sri Chong aka bos besar tempatnya bekerja. Kawan papa
maknanya kawan Tengku Kamarul juga lah nampaknya. Aiya, ini olang memang ramai
kawan betul.
“ Baru
minggu lepas uncle dengan papa kamu jumpa dengan dia. Hurm, kamu ada beritahu
tak yang kamu ni anak papa kamu?” tanya Tengku Kamarul, tawanya masih ada cuma
tidaklah seperti tadi. Agar reda walaupun masih lagi bersisa
“ Hurm…tak,
actually saya nak independent. Saya tak nak orang nilai saya sebab papa, saya
nak orang nilai saya sebab usaha saya..” Joana menjawab perlahan tetapi
kedengaran tegas. Memang selama ini dia tidak pernah memperkenalkan dia anak
kepada salah seorang usahawan ternama Malaysia. Biarlah dia berdiri dengan
usahanya sendiri.
“ Johan,
anak gadis kamu nikan..Aku berkenan betullah nak buat menantu. Ni aku kira
merisik terus ni…” Selang beberapa saat kemudia Tengku Kamarul kembali
bersuara. Papa hanya ketawa kecil begitu juga mama.
Joana
tersentak mendengar kata-kata yang baru di luahkan oleh Tengku Kamarul.
Tiba-tiba dia berasa begitu loya dan mahu muntah. Eh, apahal tiba masuk bab menantu
ni. Oh ya dia sepatutnya sudah dapat mengagak sejak dari awal lagi. Hati Joana
panas apatah lagi mama dan papa bagaikan mengiyakan sahaja permintaan Tengku
Kamarul. Joana sedih di perlakukan begini seolah dia tiada hak ke atas dirinya
sendiri. Sedih bila mama langsung tidak memandang ke arahnya malah begitu
rancak berbual dengan mak engku mengenai dirinya dan juga Adi. Situasi yang
sungguh menyesakkan dadanya.
“
Joana….Kami dah berterus terang dengan mama dan papa kamu. Uncle nak dengar
sendiri dari mulut kamu. Bagaimana kalau Uncle dan Auntie jodohkan kamu dengan
Adi…Adi cakap dia dan kamu dah beberapa kali bertemu…” Tengku Kamarul tak sempat menghabiskan ayatnya apabila melihatkan reaksi Joana.
Joana
bingkas bangun berdiri. Dia memandang sekilas tepat ke wajah mama dan papanya.
Wajah lelaki sengal langsung tidak di pandang. Huh, aku nak tengok kau masih
nak tersengih-sengih lagi atau tidak ye Dr.Biul!
“ Saya rasa
silap faham ni uncle..auntie. Pertama kali saya nak minta maaf sesangat,
sebenarnya kami technically tak pernah bertemu..Dan kalau auntie dan uncle nak
tahu saya ni sebenarnya dah kahwin..” Joana bersuara lantang. Biarrpun mata
mamanya merenungnya tajam, seolah memberi amaran supaya dia menjaga tingkah
laku tapi dia perlu membela dirinya
Tengku
Kamarul hanya ketawa mendengar kata-kata Joana. Pelik! Joana rasa ayat dia dah
jelas dan betul tetapi kenapa papa Adi boleh ketawa pula. Joana menarik muka
masam. Sekali lagi dia memandang ke wajah mamanya. Mama hanya tersenyum ke
arahnya.
“ Joana,
uncle tahu kamu dah pernah berkahwin dan uncle kenal arwah suami kamu tu.
Lagipun, arwah dah tiada apa salahnya kamu bukakkan pintu hati kamu untuk
menerima Adi. Uncle tak kisah status yang kamu pegang sekarang ini. Yang
penting kamu kena teruskan hidup ini. Yang pergi, tak akan kembali lagi. Kita
yang hidup nilah kena selalu beringat. Hidup ni hanya sekali…”
Wah! Nampak
gaya status yang aku pegang ni tak menjadi masalah. Cuba kalau papa tu orang
kebanyakan, nak ke ambil aku jadi menantu? Berani potong jarilah, tak kan
Tengku akan terima. Joana mencerlung tajam ke arah Adi.
“ Erk….Joana
nak cakap dengan Adi sekejap…”
Tengku
Kamarul mengangguk perlahan. Adi lantas bangun nak mengajak Joana keluar ke
tepi kolam renang.
“ Aku akan
cakap pasal ni sekali sahaja. Pasni kau gunalah otak kau sebetul-betulnya. Aku
tak suka kahwin dengan kau. Bukan, aku tak suka tengok muka kau apatah lagi nak
kahwin. Aku dah rasa tak sedap hati sejak mama aku beria mengajak aku datang ke
rumah kau. Rupanya ini agenda kau kan. Kau betul-betul jantan kurang ajar.
Langsung tak hormat perasaan orang lain. Aku sanggup menjanda sampai mati dari
hidup dengan kau. Jantan lembik!” Macam bom atom Joana mengeluarkan
serangannya. Sejak dari tadi dia hanya menahan rasa amarahnya. Belum sempat Adi
membuka mulut, Joana terus menembak lagi. “ Kau memang sialkan. Guna orang tua
untuk memuaskan nafsu kau. Eh, kau ni kan..”
Dush! Adi
menyeringau menahan kesakitan. Joana menumbuk perutnya kuat. Dia menahan rasa
sakit. Boleh tahan minah ni punya angin, sampaikan Adi tak sedar yang Joana
menghayunkan penumbuk ke arahnya. Kalau lepas kahwin dia sentiasa berperangai macam ni,
mahu mati awal Adi. Tapi, dia sanggup! Asalkan dapat bersama dengn Joana. Hurm,
patutlah Zariff pernah memberitahunya sebelum ini yang Joana bukanlah seperti
gadis-gadis yang lain. Kalau dia nak marah, dia marah je. Dia nak sepak orang,
dia sepak je. Minah ni memang baran. Ada keturunan darah pahlawan ke?
Joana
mendengus puas. Cis! Lembik macam sotong..
“ Selepas ni
kau jangan kacau hidup aku lagi. Kalau kau rasa dah cukup amalan cubalah..Tak
teragak-agak aku nak masukkan kau terus kat klinik kau tu…” Joana terus
melangkah pergi setelah menghamburkan kata-kata terakhir. Adi yang mengerang
kesakitan tidak di hiraukan langsung. Masuk sahaja ke dalam, Joana terus
memohon keizinan untuk pulang. Di salami kedua-dua orang tua Adi sambil memohon
maaf sebelum melangkah keluar. Tentu diorang melihat adegan heroin membelasah
hero sebentar tadi memandangkan suasana begitu sunyi sebaik sahaja dia
melangkah masuk. Lantaklah. Siapa suruh cari pasal. Panggilan mama dan papa di
biarkan sepi. Tahu sangat yang mama dan papa akan menyuruhnya memohon maaf
kepada si hero di atas kekasarannya sebentar tadi. Minta maaflah ye Dr.Biul, sendiri cari pasal.