Monday, September 29, 2014

Tak Sabar Sungguh Mak Jemah



Memang pun tak sabar.. memang tak sabar ni....Huhu, excited bagai nak carikan material untuk bilik anak2. Tema di hati teringin sangat nak corakkan merah putih. Color yang natural, its not just for boy or gul. Tapi suitable for both gender. Yeah!!!. Ke excitedkan dah nampak kan. Confirmlah. Semalam pun dah pusing kedai perabot. Looking for bedframe bunk untuk abg dan ebi. Poor me! Katil yang nak tu macam tak ada je. Sedihkan.. Im looking for this type. And ai tengok dekat this page..Ohmaigod...Mahal giler kot for katil. Kalah katil mak paknya.

RM4000++ (harga di Snoozeland)

Yang ni memang aku telan air liur ajelah. Bukan apa, duit mahu pakai banyak. Renovate rumah belum kira lagi, belanja nak pergi tut..tut...kena dahulukan duit sendiri. Pastu, next year plan nak g jenjalan UK. Mana mak mau cekau duit..Menangis tak berlagu bila fikirkan katil yang di ingin terlalu cantek harganya...

Ai ada survey kat sg. Buloh. Lebih kurang katil macam ni...

2nd choice

Tapi ai tengok tu design dia angry bird and main color dia colorful...Harga total kos+ tilam 5 inci =RM1740 tuan kedai tu nak bagi dekat ai. Tapi, meleleh pulak tengok design pattern dia tak berapa berkenan di hati. Yang picture kat atas tu, gambar Dareomon aku mintak dia buatkan, dia kata tak boleh. Tukar kaler pun dia kata tak boleh. So, mak hold dulu. Kasi tahu dekat tuan kedai, hold dulu. Harga ok tapi design tak berapa nak ok. ( Anyone, boleh suggest tak mana yang murah untuk katil like 1st picture above..)

Tapi design doreomn tu, a tengok dalam Lelong.My, RM1599. Maybe without tilam lah tu kot. Yang ni boleh keep in mind lah. Boleh di accept sebab ada color putih dan merah. Yang Doraemon ok, sebab abg n ebi pun memang suka Dora----emon...Tapi, at this hour tengah tungguh reply dari person in charge. If ada discount, memang i crab this lah....


Yang last picture pun rasa macam ok, tapi ada dua tilam sahaja...Kalau ikutkan lasak, this one lagi better. Tapi rumah kitaorang ni ala-ala cute like rumah Jepun, so nak kena maximize kan sebanyak yang boleh di ruangan yang minimum..Huhuhhuu..Kalau ada 3 tilam, at least adik beradik aku yang bujang boleh tidor bilik budak2 ni...



last choice


Kan, yang ni pun sweet kan..


Huhu, mak memang excited ni. Tak sabar nak tunggu rumah dah settle semua, and then mak akan upload kan bilik anak-anak..Huhu..tak sabarnya..tak sabarnya...

Friday, September 26, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



Tajuk kat atas macam tema Hari Merdeka tahun 2014. Orang dah abis dah celebrate merdeka dan hari Malaysia tapi kita baru nak bukak cerita pasal ni kan..Huhu...mood memang tak dak abes nak menulis menaip mengarang ni. Entah kenapa, memang lama betullah tak menjengah blog yang tak seberapa ni. Timbul tenggelam je kan. Busyyyyyyyyyyyyyyy....Banyak perkara nak kongsi nak story tapi memang tak sempat nak menjengah. Nak kata banyak kerja, baru dua paper aku siapkan itupun banyak yang kena komen. Nak kata buat manuskrip, start pun belum lagi. Nak kata tengah writing, hurm, pages je yang ada. Isi belum terkeluar elok lagi. Kan... tahap malas ni kan...Tak usah nak cerita panjang lah kan..


Mungkin pagi Jumaat yang cukup mulia ini, idea datang untuk menulis. Confirm idea yang mengarut. Before ni aku memang terabai fikiran, sebab sibuk amik tau hal MH370 dan MH17. Mak memang amik tahu pasal tu. Memang tak ada mood sebab fikirkan nasib mereka yang terkorban. Pasal isu Gaza. Boikot...semuanya tu banyak nak di kongsi tapi last-last ke laut semuanya. Hati ini tak boleh nak di buat runding cara, perasaan ni asyik memberontak malas nak buat semua benda. Nasiblah anak-anak kat rumah tu masih elok jaga. Kan kalau anak-anak pun terbiar sama macam blog ni. Mahunya masuk wad spital tanjung rambutan seh..


Cinta! Apa yang anda faham maksud cinta....Cinta ini bagi akulah perasaan halus yang ada dalam hati kita untuk pasangan kita. Waktu dia tidur,kita perhatikan wajah dia. Kita rasa betul bersyukur dapat menjadi sebahagian dalam hidup dia. Kita rasa kita perlukan dia dalam melengkapkan hidup kita. Kita rasa selamat dan damai di samping dia. Itu dari sudut aku punyerlah. Lagi, kita sanggup buat apa saja demi melihat dia bahagiakan. Cinta juga perlu give and take. Kenapa? sebab bila sebelah side sahaja yang give, and another side hanya taking sahaja. No point jugak. Kat sini akan ada banyak kepincangannya. So, untuk cinta ianya perlu seimbang. Give and take..

Drama sekarang ni hangat mengadaptasikan novel ke drama. " Maaf jika aku tak sempurna.." Wah...tajuk tu memang kena sebijik dengan aku. Maaf suami, jika aku (isteri) yang tak sempurna. Banyak cacat dari eloknya. Banyak perangai buruk dari baiknya...

Tapi drama aka novel, ending dia mestilah akhirnya perempuan jadi baik. Ada isu orang ketigalah bagailah, jeles melampaulah bagailah. Pastu tolong kawanlah sampai bini pulak naik confius.


Layanlah korang dengan drama tu. Tapi, yang aku paling sayu pasal kisah drama yang watak utama Zul Ariffin tu. Bila teringatkan peristiwa MH17, bagaimanalah perasaan balu untuk arwah2 pilot and co pilot. Rindu mereka buat suami mereka, hanya mampu di ucapkan dengan Al-Fatihah.


Al- Fatihah untuk mereka yang terkorban dalam nahas MH17. Dan tunjukklah bukti di manakah MH370. Masih ramai yang mengharap berita baik dari MH370..







Thursday, July 17, 2014

Kisah di Bulan Ramadhan

Yes...you are right. You got mad because of your new car got crush.. Huhu, memang topik hangatlah dalam media sekarang ni. Sudahlah di cop as a road bully and then di naikkan pangkat kena buli dalam dunia cyber. Macam-macam kan kisah sekarang ni, peristiwa berlaku nuh jauh di Kuantan tetapi seluruh dunia dapat tahu kot. Jadikan pengajaran buat kita, buat mereka di luar sana. Jangan biarkan amarah menguasai jiwa anda. Yes, mungkin dia lupa, sedih bercampur baur perasan dia. Kita tak boleh nak salahkan dia. Tetapi, as long as orang dah mintak maaf kita patut lebih cool down kan. Hurm, aku pun pernah alamai situasi begini. Rasa calar kereta aku lagi teruk kot dari dia. He also a chinese but Not a warga emas, muda lagi dalam 40-an macam tu. Dia yang salah sebab keluarkan kereta dia ke lane kanan yang pada masa itu aku sedang memecut kerana lampu merah sudah bertukar hijau. Marah memang nak marah, keluar jugak kereta. Pergi tengok kereta and then tanya uncle tu, " Macam manalah uncle bawak kereta, dah tahu dekat traffic light, kenapa uncle keluarkan kereta? Dah duduk elok2 lane tu kenapa nak tukar pulak?" Angin memanglah, bukan kereta import macam dia tapi Viva aku ni pun consider baru jugak tahu...Hehhe...Uncle tu datang kat kereta, sapu2 tempat calar tu and then cakap," Saya mintak maaf, saya tak nampak? Ala, calar skit je ni..Nanti polish hilang ler...." Aku pun diam. Dalam hati nak mintak ke tidak ganti rugi ni, tapi bile fikir logik, memang agak dalam tapi biarlah. Kereta je pun, malas nak panjangkan cerita. Just let it go. Bila cakap kat laki aku, dia kata" Kenapa tak mintak duit ganti rugi, banyak tu yang kena repair?" Aku diam jelah, malas sebenarnya nak semakkan kepala hotak ni.

Second, tu hah yang sampai berminggu masuk wad kereta aku. Sebabnya, orang paling depan agaknya takutkan dengan bas kat sebelah, pi brek mengejut. Jadi sandwichlah kereta aku. Masa tu, kul 6 lebih kot (pagi di waktu peak hour untuk ke pejabat). Hati memang panaslah, memang keluar kereta terus mengamuk. Sandwich ko, belakang depan kena. Mana tak hangin, pulak kereta lalu lalang duk hon suruh ketepikan, mana tak hangin kan. Kita dahlah tengah cuak, kereta tak boleh gerak, panik. Yang diorang ni pulak duk hon, suruh alihkan kereta. Bengang tahap lebih dari perempuan tu agaknya. But, aku call dulu abg ipar aku dekat Muar, cerita the whole story, and then dia kata pergi buat report. Nanti, kereta tu akan claim atas yang bersalah. Baru aku rasa cool...Otak boleh fikir panjang. Sampai le ni, kereta kena hantar ke hospital. Pasal, ada bunyi after accident tu. Kalau di ingatkan hati dan nafsu, memang nak tukar je whitty tu. Tapi, biarlah. Buat apa nak menyemakkan otakkan. Pakai je yang mana mampu dan jimat. Tak usah bagai nak berkereta cantik dan mahal, tapi kebajikan orang terdekat kita abaikan...Hikhik...










P/s : Bulan Ramadhan sepatutnya bulan yang mampu menguatkan kesabaran kita. Bulan ini banyak dugaan untuk sahabat terdekat aku. Tetapi, alhamdulillah. Mereka ini sabar dan redha. Tak adalah sampai memaki hamu. Papepun, jadikan tauladan. Kesannya mengambil masa lama untuk di lupakan. Dan mereka di luar sana, tak payahlah  berlebih-lebih dah. Uncle sendiri dah maafkan dia. So, tak payahlah nak stalk bagai. Biar dia. Manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Tapi, mentality orang Mesia, asal ada pape kejadian mulalah menjadi bijak pandai. Mulalah menjatuhkan orang lain. Cuba bawak istigfar banyak2. 

Wednesday, July 02, 2014

Bulan Ramadhan Al Mubarak 2014



Hari ini masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah walaupun keletihan tetapi syukur kerana ai masih mampu berpuasa, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar, seorang isteri dan juga seorang pelajar. Alhamdulillah, sokongan dari incik suami memang terbaik apatah lagi tiga hari berturut-turut setakat ini memang ai masak sahur sahaja.. Untuk berbuka incik suami kata, kita jajah bazar Ramadhan. Tapi, kena ingat. Beli juadah dengan berpada-pada. Kata nak jimatkan. So far setakat ini kitaorang berbelanja, satu lauk or satu bungkus nasi, satu jenis kuih dan satu jenis air. Tahan nafsu supaya tak lapar mata. Akekeke...so far memang alhamdulillah.. Tapi ai tak berapa nak sihat, asal malam je badan menggigil kesejukan. Rasa nak off je aircond tapi bila fikirkan ada lagi hamba Allah yang kecik2 di dalam bilik, abaikan jelah dengan air cond. Tarik sahaja selimut tebal. Incik suami balik langsung tak sedar. Sedar sahaja bila terasa tangan si abang menghulurkan ubat kepada maknya. Ai abang, sudah besar panjang abang ni. Sudah pandai mengarang cerita, sudah pandai mengadu, sudah pandai berbudi bicara tapi bila datang manjanya kalah si adik.

Semoga Allah memberkati hidup kita sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Biarlah bersederhana jangan sampai kita membazir. Masih banyak yang perlu kita laksanakan. Mood sejak dua tiga menjak ini memang ke laut lah.  2 3 minggu lepas yang penuh dengan segala aktiviti memang langsung tak bukak blog ler. Alhamdulillah, segalanya lepas dengan jayanya. Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan hambaMu yang hina ini. 





~SALAM  RAMADHAN DARI EMA SEKELUARGA~

Friday, May 30, 2014

XIAOMI MI-3- REVIEWS



Apa tu? Kalau korang nak tahu, itulah brand baru handphone? Samsungke, LG ke, Sony ke, bab kata pengomen hp ni lagu bagus. Laki aku pun dah order satu. Bagus sangat ke? Tak pasti, tapi since dia launch kt Malaysia ni, always out of stock.  This is China Smartphone, price yang cukup murah berkali ganda, dan spec yang baik. Ianya hanya berharga RM889 sahaja. Tu kot the reason kenapa dia selalu cepat abis.

A little bit about Xiaomi: Review
* Xiaomi becomes 3rd largest smartphone brand in China and sixth largest worldwide.
* The company’s founder and CEO is Lei Jun, China’s 23rd richest man according to Forbes.
* The name Xiaomi means millet (literally Xiao – “little”, mi – “rice”)
* Xiaomi’s MIUI firmware which is based on Android and resembles Samsung’s TouchWiz and Apple’s iOS.
* Some of Xiaomi products are manufactured by Foxconn, which also assembles Apple’s iPhones and iPads.
* Sold 100,000 units in less than 2 minutes when it was first launched
* On 7 March, Xiaomi Mi3 sold out within 2 minutes of the opening day sale in Singapore
* Xiaomi’s Mi3 sold out in 17 minutes in Malaysia
* Android’s Hugo Barra Departs Google for China’s Xiaomi
* If you love taking pictures, Mi3 main camera’s resolution is as high as 13MP, using BSI Sony technologywith an aperture of F2.2 and 2.8mm wide-angle lens. Two LED Flash are also present to brighten up the shots. Meanwhile, Mi3 front camera can shoot 2MP pictures and is equipped with gender and age detectors which help to decide an appropriate effect for those who are into “selfies”. Both cameras can record 1080p video at 30fps.
*Xiaomi Mi3 Lithium-ion battery with a capacity of 3050mAH is able to provide power up to 500 hours. Music can be played up to 50 hours, while talk-time period is 25 hours and 3G data surfing is 20 hours.
*Xiaomi’s aim to create high-powered devices with low prices.














See, sekarang ni banyak betul gajet yang ada. Its depend on us as a customer. Nak pilih yang mana? Ada yang suka shape and pattern sahaja. If orang macam laki aku, dia prefer choose yang specification bagus or tahan lama dia punyer bateri. Others, function yang banyak. Lagi, ada yang pilih bcoz of brand. And aku, hanya pakai yang biasa2 sahaja. Tak mampu lagi even orang kata sekarang semuanya mampu milik..Hahhaha....

Tuesday, May 27, 2014

She Turns 1 Year Old




27/05/2013 - 27/05/2014

Time is running out so fast. She's already turn 1 YO today. Fuh, mummy terasa lagi saat menunggu kelahiran anak mummy ni. Terasa lagi kesakitan yang seketika di rasai, dan ianya hilang sebaik sahaja melihat baby mummy ni. Alhamdulillah, mummy akan cuba bagi yang terbaik kepada baby. Mummy tahu baby lebih kuat dari mummy and I'm try to be like you. I will always hug you. You have abang, mummy and daddy. Ramai yang sayangkan baby, especially nek ma, tok ayah, nek ude, tok ude, opah, atok, mama, ayah, ibu, abah, umi, ayah long...banyak lagi nak state kat sini tapi semuanya sayangkan baby tau. Sejak baby dalam kandungan mummy lagi, mummy dah tekad nak bagi yang terbaik untuk baby. Mummy tahu you are a strong baby. Yihaa..abang selalu kena buli dekat baby kan..!! Ye sebab baby budak yang baik. And, mummy selalu prepared and get ready sebab budak yang baik memang akan masuk keluar hospital. Tapi tak apa, lepas ni everything will be fine. No need to go to hospital again cause you are my baby. Start dari ari ini, baby kena kuat. Kena lawan bad bacteria yang nak datang dekat baby tau. Promise mummy.

Baby buah hati kami sekeluarga. Abanglah yang paling concern pasal baby. Bila masuk aje kereta, mesti dia akan tanyakan baby dulu. Abang nak tahu baby masuk ke tidak? Bawak baby ke tinggal? Kadang bila bangun tidur, tengok baby tak ada kat sebelah mulalah menangis sambil tanya baby...Bond between abang dan baby mummy harap ianya kekal sampai bila-bila. You have to protect each other right.

Mummy tak ada hadiah lagi buat baby. Nanti mummy kasi tahu, tapi lambat sikitlah. Coupled of things datang, so mummy nak settlekan dulu yang itu.



We love you always baby... Happy Birthday!!!!


















Muah....Muah...

Monday, May 26, 2014

First Time Got a Car accident~

This was about my experience having a car accident. First time in my live and hope there's no second time. It was happened bila aku nak pergi lab at UNITEN. Fuh, kus semangat mak! Pagi-pagi dah kasi panas. Mahu taknya, tengah duk berzikir dalam hati plus duk puji kehebatan Whitty berbakti kat aku, nengok kereta depan (jenis Myvi) tekan brek. Aku masa tu dah tekan but still movinglah kan. Tengah-tengah gerak tu, fuh! Tiba-tiba kereta depan brek mengejut. Aku dah brek but still impact juga kereta depan. Sikit sahaja, macam langgar sponge. Gitulah gamaknya. Sebelum kejadian itu, aku tengok kereta pertama which is Avanza dah lain macam. Korang tahu tak jalan yang ada dua, satu naik ke Istana negara dan satu sebelah kanan menghala ke ibu kota. Flyover dia macam naik bukit sedikitkan. Kat situlah, Avanza tu dah lain macam sebab sebelah dia bas ekspress. Bila nak turun je flyover tu, Avanza macam brek berhenti, agaknya takut berselisih dengan bus. Bila dah brek, mahunya yang lain brek. Aku yang tengah berhati pun kena jugak tempiasnya. Tengah duk panas ni, tiba-tiba kereta belakang dengan laju hentam aku. Betul jadi sandwich lah. Dengan tangan mengigil, aku keluar dari kereta, masa itu memang tak fikir panjang. Rasa nak mengamuk jelah. Memang perasan kereta paling depan tu berhenti mengejut. Aku yang ke-empat ni memang nampak jelas. Yelah, bila dah berlaku kemalangan banyak macam tu, memang orang depan tak akan di sabitkan kesalahan. Kereta belakang juga yang akan di sabitkan kesalahan. Hurm, memang prosedur dia macam tu. First, aku keluar je kereta tu aku marahkan driver kereta first. Dia kata dia brek. Aku cakapalah, kalau brek kereta still moving tapi ni kenapa stop terus. Betul kan apa aku cakap ni. Dia kata dia brek perlahan jugak. Aku tepon abg ipar aku yang doktor kereta. Dia tanya aku macam mana,bila aku ceritakan balik morphology kejadian itu. Dia cakap aku tak bersalah. Dia bagi coupled of tips kat aku. Sekian. Update kat dia selalulah lepas tu. Then, aku call husband aku cakap berlaku accident. Punyerlah cuak suami den, yelah bini accident. Kelam kabutllah dia pi hantar anak-anak dekat rumah pengasuh diorang.As usual, dia yang pi hantar bebudak pepagi. Mak around pukul 6.20 pagi dah gerak. Malas nak stuck kat jam. Jam teruk ler kalau pergi after 6.30 and above. Laki aku suruh aku call insurance. Pastu, aku call insurance, cakap nama dan ic. No pendaftaran kereta. Lucky, the whitty was under my name and kejadian itu berlaku pada aku. So, memang tak ada masalah. Orang insurance kaw-kaw pesan kat aku jangan layan ulat-ulat tow truck yang akan datang after this. After done with few advises, sms masuk mengenai no.pendaftaran tow truck dengan nama drivernya sekali. In case, orang insurance memang suruh kita berhati-hati sebab banyak di luar sana, after berlakunya accident akan datangya beberapa ulat tow truck. Kononnya mereka juga agent insurance kita. Sebenarnya ianya tipu semata-mata. Korang akan di kenakan cas and confirm korang akan berdepan dengan masalah..









Sambungan nanti....






Next entry bagaimana pengalaman berdepan dengan pegawai trafik..

Monday, May 19, 2014

~Zoo Negara~



Last weekend, my husband and I made a promised to our child that we're going having fun at ZOO NEGARA.. Tetapi, tak de having fun sangat sebab tak pergi pun. Al kisahnya, nak pergi sabtu tetapi mendung, hujan sepanjang hari. Cancel! Pagi ahad tu pulak, laki aku dah ajak tapi sebabkan aku ni mengantuk mata. Aku buat tak tahu. Tapi, dah siap sms member ajak pergi. Dia kata okey. So, aku pi google lah pasal zoo nih. Bila dah ada anak kecik ni, keadaan persekitaran tu penting. Ada tak tempat nak tukar lampin, tempat rehat, tempat makan. Itu penting ye bila kita dah ada anak-anak ni. They need fun but at the same time, keselesaan itu juga haruslah penting bagi diorang. So, as a mum and dad nih.. Memang kita kena bagi yang terbaiklah. Tak mampu lagi nak pergi jenjalan overseas. Tunggulah, nanti masanya akan tiba. Bukan setakat jenjalan, gamaknya kena duduk sekurang-kurangnya 7 tahun kat sana. Hah, masa tu ko pergilah jenjalan overseas sampai lebam bijik mata. Sekarang punyer cerita, memang tak mampu lagi. Back to pencinta alam semulajadi punyer story. Aku bukaklah website dia. Wah! melompat suka sebab online tiket lagi murah dari beli dekat kaunter and yang penting aku tak payah beratur panjang. Apa lagi, sesi pembelian online pun di lakukan. Ada instruction lengkap tapi aku yang tak faham!! Hahaha...memalukan betul.

Kepada mereka di luar sana yang teringin nak pergi jenjalan bawak anak, dating ke Zoo Negara. Mehlah beli tiket online. Yang penting lagi murah dan anda semua tak perlu nak bersusun panjang kat kaunter tiket. Nak ke korang waste korang punyer masa dengan beratur panjang. Tak ada orang, untunglah. Kalau musim ramai, haruslah lama kan kena tunggu.

 Go to Zoo Negara


Inilah dia rupa laman web zoo negara. Kat situ akan ada cerita semua pasal zoo negara. About feeding time, show time..macam-macamlah. Memang sesuailah kalau nak abeskan weekend bersama family.


If you want to buy online ticket, you have to be a member first. So, kena register dululah. Baru boleh beli online ticket.




Yang ini aku dah register akan as a member. So, dapat harga memberlah kot. Tu yang murah bila beli online. Good job. At least, we can save our money...tada...!! seronokkan. Bagi aku amat seronok bila dapat harga murah dari harga sebenar.

 See....look at the prices!!!







After your finish with your payment, they will sent notification that your booking has been confirmed and successfully.

This voucher ticket valid for one month and BOLEH di pakai selepas dua hari pembayaran. Kena ingat tu. Sebab aku ni tak faham sangat, apa lagi after print out voucher tiket tu terus pergi ke Zoo Negara. Excitedlah. Sekali, hujan lebat and my member pun dah buat u-turn balik rumah. Mana seronok tengok binatang dalam keadaan hujan lebat and we have two babies. Memang taklah nak pergi. Nasib voucher tiket valid sebulan.

And then, aku ingatkan kena pergi redeem tiket sebenar. Di sebabkan hujan yang lebat, aku just call no Saujana Jutaria Sdn Bhd. Tanya pasal redeem tiket. Dia tanya bila aku buat payment. Aku dengan selamba cakaplah baru sebentar tadi. Dia cakap..."Puan, voucher tiket tu sah selepas dua hari buat payment.." Hahaha, nak tergolek aku rasa malu. Nasib jugaklah hujan lebat, kalau tak mahu malu depan orang ramai. Rupanya, if aku buat payment 18/05/2014. Voucher ticket aku sah pada 20/05/2014. Dan ianya sah sampai 20/06/2014. Hahahha...Alhamdulillah, Allah sayangkan aku. Di turunkan hujan yang lebat. Kalau tak, mahu kena bebel sebakul dengan abang dan member aku tuh. Punyerlah nak murah beli tiket.



dan....




Akak tiket tu beritahu supaya aku datang 2nd weeks of Jun. Sekarang ni tengah dalam renovation. Alhamdulillah, jadi kesimupulannya. Weekend with family at Zoo Negara kena postpone sampai bulan June. Di sebabkan sekarang ini tengah dalam renovation. So, kepada mereka di luar sana yang berminat untuk jenjalan ke Zoo Negara. Eloklah book tiket next month sahaja..



Sekian...

Friday, May 16, 2014

LabuLabiLadies Serunding



Wow....LabuLabiLadies Serunding. Serunding apa? Ada tiga jenis serunding iaitu serunding daging, ayam dan ikan. Buat masa sekarang serunding daging yang paling laris. Sedap ke? Boleh cuba sampel dahulu tau. Anda semua hanya perlukan bagi alamat anda sahaja. Pihak LabuLabiLadies akan membuat penghantaran pos secara percuma. Yeah..yeah..yeah.. Sedap...

First time kot bagi laki aku ni. Mungkin sebelum ini dia dah makan serunding daging, ikan dan ayam tetapi ianya kemungkinan besar tidak menepati citarasa dia kot. Alahai suami mak jemah ni memang cerewat bab makan. Actually dia makan semua masakan tetapi PASTIKAN ianya sedap. Kalau tak sedap jawabnya memang tak makanlah. Itu je, dan yang paling penting senang nak jaga perut dia. Alkisah aku balik Kelantan nak follow up si gegurl aku tuet-tuet aku tuh. Alang-alang tu balik ambik stok serunding dekat another team LabuLabiLadies. Fuh!! sebelum ni Puan Spinosa tu kasi tau je rasa. Aku sendiri dah confident even tak pernah rasa lagi..Sebabnya Puan Spinosa aka kawan aku dari sekolah lagi tu PENTINGKAN kecantikan, kesedapan, kualiti. Sesuai dengan perwatakan dia. Yang di other team tu. Tak usah cakaplah,memang pentingkan kualiti. Kalau korang tengok gaya LabuLabiLadies ni..pergh!! kalah budak sekolah rendah.. Muahaha.. Tak yah cakap panjang, bagi alamat sahaja dan LabuLabiLadies akan poskan sampel percuma. Sembang kosong tak main tau.

Sambung balik kisah laki aku tuh..Deng-deng...malam tu aku pergilah tolong Puan Spinosa ni buat packaging. Sebelum tu aku dah bagi satu sampel bagi laki aku rasa. Bila tanya dia just cakap.."hurm, bolehlah. Semua rasa ada..." Fuh!! kecewa mak. Just tu je komen dia. Tapi jauh di sudut jantung aku tahu yang laki aku ni malas nak ngaku sedap. Aku diam jelah. Mungkin tak kena selera orang Johor kot. Kakakaka..orang Johor makanan lain sikit ngn kita yang pure Kelantan ni..Hahaha..Malam tu sambil bungkus, dia makan pulak serunding ikan cicah ngn ketupat. Pergh!!! Kata biasa-biasa je rasa tapi makan berselera. Siap ratah lagi...Apakah???

So, memang dah niat nak bawak balik stok ke KL. Stok tak sampai ke mana, laki aku dah sebat awal2. Bangun pagi2 dah tanya pasal nasi putih. Dia nak makan dengan serunding daging. Tengah hari nak gerak balik pun, sempat lagi makan nasi dengan serunding daging + ikan. On the way balik pun, sempat lagi belikan sepeket roti. Mintak aku letakkan serunding daging + ikan. Termimpi-mimpi makan nasi dengan serunding. Hahahah....Mak Jemah jual kat suami sendiri sahaja dua tiga hari ini. Stok nak bagi dekat customer lain terpaksa mintak poskan balik.








Harga dia......


LabuLabiLadies Serunding Daging
(Terbaik dari Kg.Laut)
( Daging Import )
50g =rm4
100g=rm8
200g=rm15
500g=rm35
1kg=rm65

Harga borong jika anda membeli secara pukal:

(20 paket ke atas) - 50g =rm3.50
(10 paket ke atas) - 100g=rm7
(10 paket ke atas) - 200g=rm14
(6 paket ke atas) - 500g=rm30
(3 paket ke atas) - 1kg=rm55


( Daging Local )
50g =rm4
100g=rm9
200g=rm17
500g=rm40
1kg=rm75

Harga borong jika anda membeli secara pukal:

(20 paket ke atas) - 50g =rm3.50
(10 paket ke atas) - 100g=rm8
(10 paket ke atas) - 200g=rm15
(6 paket ke atas) - 500g=rm36
(3 paket ke atas) - 1kg=rm65

( Ikan )
50g =rm3.50
100g=rm7
200g=rm13
500g=rm30
1kg=rm55

Harga borong jika anda membeli secara pukal:

(20 paket ke atas) - 50g =rm3
(10 paket ke atas) - 100g=rm6
(10 paket ke atas) - 200g=rm11
(6 paket ke atas) - 500g=rm25
(3 paket ke atas) - 1kg=rm48

Pos laju bawah 500g = rm7

(cod untuk area Ampang dan Sg. Buloh)


( Harga tidak termasuk pos penghantaran- COD untuk area Sg. Buloh, Kajang, Ampang)
Kos penghantaran RM7.00 untuk 100g, 200g dan 500g.





Untuk lebih lanjut, apa kata korang pergi masuk ke LabuLabiLadies yang serba kekurangan itu....







p/s: Cuba rasa dahulu.....

Tuesday, May 06, 2014

SET MENGANDUNG SHAKLEE ~ Harga Durian Runtuh ~



"Abang....saya mengandung lagi..." kata si isteri dengan riak wajah yang sedikit kebimbangan. Bukan dia tidak sukakan kehadiran cahaya mata baru tetapi tubuhnya yang sentiasa lemah dan tidak bermaya membuatkan dia risau. Dia takut bayi yang berada di dalam kandugan tidak dapat membesar dengan sebaiknya. Pertumbuhan anak di dalam kandungan adalah perkara penting buat ibu hamil sepertinya. Si suami dengan senyuman penuh kesyukuran menjawab.

" Tak apa...esok saya akan order set mengandung Shaklee untuk isteri abang ni..." Si suami terus bangun menghampiri isterinya. Bahu isteri di peluk erat. Si isteri pula terkebil-kebil memandang sahaja. Sebenarnya dia memerlukan penjelasan lebih tentang SET MENGANDUNG SHAKLEE yang baru sahaja keluar dari mulut si suami...

Jom kita bacakan apa penjelasan dari si suami mengenai kebaikan set mengandung shaklee buat ibu hamil.

Setiap Ibu Mengandung pasti mahukan bayi dalam kandungannya mendapat khasiat yang terbaik untuk pembesaran yang sempurna dan pertumbuhan otak yang cemerlang. Set Mengandung Shaklee memenuhi kesemua keperluan Ibu Hamil dengan rangkaian produknya. 

Kehamilan adalah satu proses yang panjang dan mencabar terutama buat ibu yang baru pertama kali mengandung. Cabaran yang dihadapi ibu dalam proses untuk membesarkan janin dalam kandungan adakalanya amat menduga emosi dan juga kekuatan fizikal.
  • Alahan Teruk
  • Morning Sickness
  • Tak boleh makan atau tiada selera makan
  • Muntah dan Loya
  • Anemia – Berbahaya jika tidak ditangani, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin.
  • Keletihan dn rasa malas
  • Mood swing




1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)

Vita-Lea @ Iron Formula
120 tablet

Harga runcit ialah RM88
Hubungi saya untuk harga terbaik..... :)

  • Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

  • Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
2) Sustained Release Vita-C

SR Vita-C
180 tablet
Harga runcit ialah RM92.50
Hubungi saya untuk harga terbaik..... :)

  • Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.
  • Membantu Penyerapan iron – kalau tak cukup Vitamin C, makanlah Iron sekapal pun takkan diserap badan.
3) B-Complex

B-Complex
120 tablet
Harga runcit ialah RM53
Hubungi saya untuk harga terbaik..... :)

  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)

ESP
850 gram
Harga runcit Semenanjung Malaysia RM150
Hubungi saya untuk harga terbaik..... :)

  • Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.
  • Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.
  • Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
  • ESP memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.
5) Ostematrix (Calcium dan Magnesium)

Ostematrix
120 tablets
Harga runcit Semenanjung Malaysia RM61
Hubungi saya untuk harga terbaik..... :)

  • Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium.
  • Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh.
  • Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
  • Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.
6) OmegaGuard (EPA dan DHA)

OmegaGuard
90 kapsul
Harga runcit ialah RM136
Hubungi saya untuk harga terbaik..... :)

  • DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak.
  • DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.
Berapakah Harga untuk Set Mengandung Shaklee?

Soalan cepu emas....
Hubungi saya untuk harga terbaik..... :) 
Harga Set Mengandung Shaklee adalah berdasarkan pakej yang anda pilih.

Jika anda memilih Set Mengandung Basic: Vitalea + Vitamin C + BComplex + Ostematrix Harga adalah lebih kurang RM300 untuk 4 bulan bersamaan RM68 sebulan sahaja.....(murahkan.....)




SITI NURUL AKMAL BINTI YUSOF
ID:967536
Contact: 017-7484751
Feel free to contact me