Tuesday, April 29, 2014

Anas Vs Iman

Huhu...terkejut aku tengok drama sebabak adik beradik ni. Si adik still dalam walker, tapi mak oi...dia punyer ganas..Sampaikan si abang yang sedang elok duduk di kerusi jatuh di langgarnya. Hancur berkecai segala bagai lego ciptaan si abangnya. Di repuh denga kereta dia sambil tayang muka tidak bersalah. Bila si abang dah mula bising, dia happy je gelak.. Aku setakat tengok je, larang si adik macam tu. Tengok juga takut anas pi tampar adik dia ke?
( Anak baru dua, tapi kecohnya macam ada sepuluh. Tak di campur dengan bapakya lagi)
" Janganlah buat abang...Eby ni kan...." Anas asyik larang adik dia jer.. Mana taknya,baru je siap dia punyer binaan lego, Iman dah pergi langgar.Si gegurl aku ni, memang kena bagi perhatian lebih sikit. Kecik bukan sebaranf kecik, dia punyer peel, kalah orang lain. 
" Eby ni...Mummy tengok Eby ni buat abang...." Larang si Anas lagi. Siap sampai panggil aku suruh tengok adik dia.. Oh ye, dia panggil adik dia Eby...I means baby lah kot...Baby dah jadi Eby...Suka sangat aku dengar dia sebut Eby. Kasih si abang memang tak terhingga. Harap bonding between them sampai ke akhir hayat..(them-so far aku kan ada anak dua orang ni je...)
"Iya...eeei....muiii...." Tu ayat yang keluar dari mulut Iman bila tak dapat barang yang dia nak. Of courselah, barang yang dia nak tu  haruslah milik si abang. Apa barang abang, mesti dia nak. Tak dapat kan mulalah mulut dia bising. Menjerit. Sampai keras badan dia menjerit. Kalau dia tengah pegang barang, cubalah korang amik. Mahu bising mulut dia, siap dengan jeritan tangis bagai. Bila dia nak barang si abang dia, mai rampas je. Abanglah yang terpaksa mengalah. Kadang aku tengok Anas pun boleh tahan. Bila nampak je adik datang dekat, terus dia bangun lari ke tempat lain. Bila aku tegur tak elok macam tu, kena kongsi ngn adik. Barulah dia dengan muka keterpaksaan sambil mulut cakap sorry baring balik sebelah si adik.
Papepun, dioranglah permata hati kami. Dan kami bersyukur kerana Allah memberi amanat kepada kami untuk membesarkan mereka..
Ya Allah, kau lindungilah mereka..Amin

Monday, April 28, 2014

SHAKLEE- Ketahuilah Perbezaannya!!!



Ketahuilah anda bahawa saya adalah pengedar sah SHAKLEE..huhu, tapi saya tak ada buat jualan promosi seperti agen-agen yang lain? Kenapa? sebab saya dahulu tidak mudah terpedaya dengan iklan. Kenapa? Sebab saya seorang yang tidak percayakan apa yang di perkatakan oleh agen-agen jualan. Sedihkan but it is true.

Kenapa sekarang ni saya jadi ahli SHAKLEE? Ini kerana saya telah mencuba set hamil dan ianya memuaskan saya. Maka sebelum saya mengambil order untuk set pantang, saya telah menjadi ahli SHAKLEE dengan hanya bayaran RM65.00 seumur hidup. Banyak faedah yang saya perolehi terutama dari segi ilmu pengetahuan kerana ramai agent-agent SHAKLEE yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu, idea dan sebagainya.

Dan saya bukanlah orang yang pandai untuk berkata-kata. Apa yang saya ingin katakan, cubalah dahulu anda akan mengetahui keistimewaannya. Banyak perbezaan sebelum dan selepas saya mengambil produk SHAKLEE. Percaya atau tidak, sampai kini saya tetapi mengambil vitamin seperti Vita-Lea, Vit C, Iron, Alfalfa, ESP.. Kenapa? Sebab saya telah merasai kelainannya.


Anda pula bagaimana? Jika anda ingin mencuba, apa salahnya. Yang penting, badan kita sihat. Harta yang banyak jika tidak di iringi dengan tubuh badan yang sihat tiada gunanya...







SITI NURUL AKMAL BINTI YUSOF
ID:967536
Contact: 017-7484751
Feel free to contact me

Sony Experia Z


Mahu nak menangis saat ni. Terpaksa pakai Nokia Lumia..Tak best!!!!. Mak nak henpon mak balik. Aku tak suggestlah korang beli hp ni. Tak best. Tak user friendly. Tak syok..

Alkisah enpom tu kata waterproof tapi.......Mungkin dengan air okey kot tapi bukan dengan air liur si tuet2. Ada ke selalu pi isap enpom si mak dia sampaikan sound kurang dengar. Slow bangat sih sound dia...Hangin Mungkin bukan sulivaproof kot...hehehhehe..Alahai anak punyer pasal...Mahal tu anak oi enpom mummy..Bagi mummy yang kurang kemampuan memang teramat mahal dah anak oi......

Dah hampir banyak bulan kot nak pi anta warranty..Nasib mak amik yang warranty kilang, ko kalu amik warranty kedai memang masaklah weh. Nasib lah bab2 macam ni laki aku alert..Kalu tak, mahu menangis kuar air mata bercecai mak ni. Dahlah rosak, duit abes...

eh..eh...enpon tak rosak cuma sound dia je x ok. Tak bape nak dengar. Tambah bila ada dalam handbag, beratus miscall mak dapat..





P/s: feeling frust with Nokia Lumia- sponsored by Exxon..

Friday, April 25, 2014

Tanda-tanda Gangguan Jin

Salam hari Jumaat, penghulu segala hari. Kesempatan hari yang mulia ini, ingin aku kongsikan mengenai penulisan ABDUL MAJID HASAN dari Kemilau Publika mengenai JIN UNDERCOVER.

" Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, daripada angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma." Al-Hijr, ayat 26-27.

"....hampir 80% orang Melayu mempunyai saka! Kenyataan ini tentunya tidak digemari tetapi itulah yang berlaku."- Abdul Majid Hasan.


Tanda-tanda Gangguan Jin

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun tiga tanda pada waktu tidur dan dua tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah diganggu oleh jin atau syaitan.

Tanda-tanda Gangguan Ketika Jaga


  • Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
  • Suara berubah ketika marah.
  • Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala mengigit lidahnya.
  • Berjalan terhuyung hayang.
  • Berpaing daripada membaca al-Quran, tidak memerhatikan maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
  • Benci kepada bau-bauan wangi terutama kasturi dan za'faran.
  • Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa).
  • Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
  • Lupa atau sakit kepala ketika solat.
  • Tidak menumpukan perhatian kepada sesuatu.
  • Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
  • Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar seolah-olah bergerak-gerak.
  • Denyutan jantung bertambah laju tanpa sebab.
  • Selalu bermimpi.
  • Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentuhala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
  • Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
  • Suka mengasingkan diri daripada orang ramai kerana ia berasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
  • Mengabaikan kerja, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.
  • Sakit tulang belakang ketika bangun daripada tidur tanpa sebab-sebab kesihatan yang lain seperti influenza atau pusinga darah haid.
  • Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
  • Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula akan keluar sedikit.
  • Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
  • Waswas.
  • Cepat marah dan mudah melakukan kesilapan.
  • Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.
  • Lenguh-lenguh seluruh badan beserta dengan malas yang bersangat dan tidak berdaya.
  • Semut-semut pada badan atau lenguh dengan cara luar biasa.
  • Berasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutinya.
  • Pening yang berterusan melainkan kesilapan bukan berpunca daripada sakit mata, telinga, hidung gigi, kerongkong ataupun perut.





p/s: Hanya orang yang pernah mengalami gangguan sebegini akan lebih memahami. Hampir separuh dari tanda-tanda gangguan ada pada diri aku ni. Ye, gangguan ini hanya boleh di atasi dengan amalan yang berterusan, tiada bomoh yang berapi-api yer. Ingat!!! itu boleh menjurus ke arah syirik. Apapun, jika tanda-tanda ini ada pada anda sila rujuk kepada ustaz atau perawat yang merawat dengan bacaan ayat suci al-Quran dan juga zikir-zikir dari ayat al-Quran. Tiada pengeras, tiada amalan berasap-asap.

Semoga kita, keluarga kita bebas dari gangguan-gangguan ini...

Thursday, April 24, 2014

Hospital Private USAINS (Private Wing HUSM) - Part 2

Sambungan di teruskan lagi. Perkara ni macam berlegar legar kat kepala otak aku ni. Memang teruk sangat pengurusan diorg. Layan customer mcm ni,hospital kerajaan pun beratus kali lebih baik. Kenapa aku tak pergi sahaja ke hospital kerajaan? Yes,satu soalan yang cukup baik. Aku sebenarnya nak pilih doktor pakar yang terbaik and kalu boleh setiap masa aku,laki aku even the whole family boleh buat visit. Tak kira waktu. Bila admit kat gomen,dia ada schedule time visit. Susah! Nak masuk kan kena ikut time dia. So far tu memang aki tak nak and itulah juga penyebabnya. Okeylah,back to story. And then,Usains teruskan pendaftaran bagai tu hari ahad
 Itupun kita yang pergi tanya,bukan staff diorang datang minta ke apa ke. Conclusionya,start from nak dapatkan bilik nak register,nak claim bagai kita yang buat sendiri.. Sekian!!!ni kisah pengalaman aku. Hal orang lain aku tak tau tapi dah banyak aku dengar staff husam pun komplen even sister kat vip ward pun komplen and suggest aku buat report. GUD!!! Terbaiklah. Maknanya benda ni dah selalu berlaku. Bukan aku sahaja.

Tisu ke,air masak ke,air panas ke, kita yang kena pergi amik kat pantry. Haru kan..tak macam gomen or private hospital lain. Banyak sangat aku nak komplen. Banyak sangat sampaikan laki aku asyik suruh aku istiqfar, takut bini dia ni menggila. After operation tu,awal2 doktor pesan suh masuk wad husm. Reason vip punyer wad staff nurse tak ramai. Tak boleh nak pantau anak aku. Wtf!!!masuklah aku kat wad 2 selatan (kanak2). Maka bermula episod anak menangis tak selesa. Dan aku pulak bertambah tak selesa dengan keadaan macam ni dalam keadaan bising. Dapat katil sebelah pintu tandas. Ohmai..korang bayangkan kedegang! Detum! Pintu toilet kena hempas setiap masa. Tak apa seabb itu gomen and memang ramai orang. So ak okeylah. Lagipun setiap kali baby nangis nurse datang pujuk. Memang 24 hourslah pantau...bila baby dah lepas tahap kritikal masuk balik vip wad (usains). Korang bayangkan,anak aku sepatutNya dapat ubat tapi ubat tak sampai. So,laki aku pergi tanya. Rupanya diorang lupa nak bagi. Budak dah melalak nangis sebab tak tahan sakit. Aku ni sebagai mak rasa nak menggila tgk anak sakit,diorang boleh lupa. Then, ubat dah bagi pastu diorang x rekod. Abes shift diorang staff shift baru masuk nak bagi ubat. Aku ni prihatin skit bab melibatkan anak2 ni. Aku tanya ubat untuk apa,berapa jam sekali patut bagi. Then,aku tengok nurse siap2 nk bagi ubat,aku dah rasa pelik. Nasib aku tanya,dia nak bagi ubat sama. Aku marahlah,td baru bagi tak kan nak bagi lagi. Mahu overdose anak aku. Rupanya tak ada rekod pasal pemberian ubat. Sedihkan. Cuba kalau benda macam ni berlaku kat orang yang tak tahu apa2, mahu keras kejungkan. Ada satu masa tu anak aku nangis sebab sakit. Aku tunggu nurse datang bawak ubat,berjam x datang rupanya dia tunggu doktor datang baru nak tanya. Eh,dalam report bagai tuh..kan ada ubat mana patut bagikan. Aish....mendidih. Azab duduk seminggu kat sana. Wifi tak ada. Nak buat kerja satu pun tak boleh. Masa nak discharge pun sama,korang tau sampai sekarang aku tak tahu berapa total cost operation tuh. Gilerkan. Sudahlah ubat bagai kena amik sendiri. Lama kot. Pastuh,belum settle hal staff usains dah turun bawah. Itu yang sister konplen panjang tuh. Siap bebel gitu. Hahaha..nampak sangat teruk. Customer still ada tapi staff dah blah. Eh lagi satu  aku nak mintak surat discharge. Of courselah benda tu penting sebab nak bagi dekat office kan as a prove. Ko tau staff usains cakap apa. Suruh kitaorang pergi amik dekat bilik rekod. Bilik mana pun tak tahu.. Semua benda nak kena settle sendiri,invoice kitaorang akan dapat selepas dapat panggilan dari diorang. Gilerkan. Aku memang dah tahan lama. Nak ubat kena beratur amik sendiri, nak surat discharge kena pergi kat bilik rekod, nak invoice kena tunggu. Apa lagi,mak mrngamuk dalam klinik vvip usainslah.mal dah tak nampak berapa orang ada dalam tuh. Mak sound directlah. Ternganga diorang,senyap. Beranilah nak menyampuk mrmang abes kerusi aku baling. Laki aku cepat2 tarik aku keluar then dia suh aku tggu kat luar. Dia masuk balik pergi bincang. Laki aku ni sabar dia tinggi sikit tapi bila dah naik angin dia, jadi macam kisah hospital sungai buloh lah..



P/s: sampai sekarang kami tak tahu lagu cost operation tuh. Tak tahu berapa amount nak kena top up. Sekian. Then,for further check up doktor pakar dah kasi tau awal2 suruh aku pergi kat HUSM. Dia sendiri yang tak bagi padahal mesti dapat duitkan.

Wednesday, April 23, 2014

Hospital Private USAINS (Private wing HUSM) - Part 1





Kisah ni dah memang lama dah aku nak buat story, tapi sebab penyebab banyak hal banyak keje always tertangguh. Tapi, kali ini aku tekadkan hati dan perasaan untuk menulis, untuk berkongsi apa yang aku alami untuk mereka yang di luar sana. Mungkin tidak ada yang mengalamai keadaan seperti yang aku alami tapi this was based on my true story and already verified with one of my bestie which staff of HUSM, not USAINS. Rupanya memang kes macam ni selau berlaku, mungkin sebelum ini they all just keep quiet and let the story burn like that but this is me, who always 'gangster zaman sekolah dulu"..Hahaha...bukan jenis rosakkan harta benda orang, cuma kaki usik dan ganaz sikit je pun. Okey, back to the track!!.. Alkisah, my baby ada komplikasi since she was born. And for sure as a parent we wants give the best kan. So I am. And the, because of that Pakar Plastic and surgery ( Tak boleh nak siarkan nama pakar di sebabkan takut ada masalah teknikal nanti, and i give my full respect for his privacy...) aku pilih untuk lakukan di Kelantan and he give advise to go to HUSM which for the first time kitaorang nak prefer ke KPJ Perdana. But, he said he needs his team to do this. Ok fine. So, we make an appointment and last minute I make a changes which actually a big mistakes for us. So, aku cakap we all comes from a big family and I want to stay with my baby the whole time and my family needs to support me also. So, aku pilih USAINS. Doktor actually tak bagi and dia macam berat tau nak kasi aku admit dekat situ. But, we know nothingskan. So, aku pergilah..(punyerlah tak dengar cakap doktor....konon nak selesakan, hah amiklah memang selesa giler which means hospital yang paling TERUK!!!!!! sservice paling TERUK SANGATTTT!!!!.

I will give - point for their service....(gambar sekadar ilusi)

So date untuk operation dah set 1st March 2014, and guess what?? Since lagi seminggu nak tiba date tuh, aku tanya my friend (which I mention earlier kan). Dia suruh aku tunggu, nanti diorang akan call. Aku tunggulah. Kan customer kan, tunggulah. Hampeh, lagi tiga hari nak sampai date tu aku call. Mak tak sedap hati. Bila aku call, tanya macam mana? Dia cakap nama anak aku tak ada and bila tanya aku ada buat appoinment. Of courselah ada buat, dah ada tarikh kot. Dia (USAINS) suruh aku call pakar tu tanya sendiri betul or tidak appoinment tu. Aih, hati dah panas ni!! Sabar jelah.. Aku slowly cakap, saya ni patient awak tu management side kan. Why not you call him direct and asks him. Dia (USAINS) cakap kalau dia tanya pun of course pakar tu lupa. Anginlah aku, belum tanya dah simply kasi tau jawapan. Confident je. Kasi maka panas. Aku apa lagi, mengamuk2 lah msj kawan aku suh tanya bos dia (doktor pakar tu). Doktor tu anginlah, dia cakap dia ingat appoinment tu. Huh!! and then aku tanya pasal ward. Ward tak ada kosong and then diorang suh aku call direct kat bahagian ward tanya ada bilik kosong ke tak? Apa ni? Aku dah mula tanya siapa nama? Nama bos dia siapa? Siap cakap lagi, saya ni patient tetapi kenapa saya yang kena berurusan. Saya tak pernah lagi terima layanan macam ni. This is private hospital kan. Everything we used, we paid kan. Angin aku. Pastu, dia mintak maaf dan akan return call balik beritahu pasal bilik. Aku sound awal2, saya tak kira ada ke tak ada ke, petang jumaat saya sampai sana saya nak bilik! full stop!

Keesokan harinya, sehari sebelum 1st March, tunggu punyer USAINS call tak ada. Aku apa lagi call ward direct tanya sister yang jaga bahagian USAINS. Dia kata okey, bilik untuk puan kita dah sediakan. Dia pulak yang beeriya mintak maaf sebab staff USAINS bahagian management yang buat hal. Aku ni punyer perangai bila orang cakap elok-elok aku reti faham. Reti nak hormat. Okeylah. Sister tanya balik, orang USAINS tak ada call puan ke bagitau. Aku cakap tak ada, tak apalah Sister jap lagi saya nak call diorang. Nak kasi cuci sikit, nanti nak mintak nama bos pengurusan USAINS ye. Sekali lagi sister mntak maaf.

Eh, korang kalau sakit ke, nak beranak ke better masuk HUSM jelah. Buang duit masuk USAINS!!!


Done



Apa lagi, aku call bahagian kaunter USAINS tu (pengurusan). Bila aku sebut je nama aku, USAINS terus cakap.."Oooh puan, bilik puan dah ada ye.." Ayat tu memang buat aku panas dowh... Aku jawablah.." Saya tak tahulah bagaimana korang buat kerja, tak tahulah kalau dengan orang lain macam mana korang layan. Tapi, kat hari ini saya nak kasi tahu, saya akan bawak hal ni ke pihak atasan. Atas dari bos awak lagi. Awak punyer kerja memang teruk. Saya tunggu awak call pasal bilik, tapi bila saya call baru awak beritahu.." Terdiam terus dan dia terus hang up. Tengoklah betul ke etika tu. Kata swasta tapi bukak office hour. Segala dokumen pendaftaran kemasukan aku settle dekat bahagian emergency HUSM. Banyak cekadak kan..Okeylah, masuk je ward bahagian VIP which is stand for USAINS. Staff nurse kat situ terus kasi tau bilik yang mana. Mak dah mengamuk banyak hari, memang nampak je mak dukung baby, memang diorang tahulah. Itu dia puan ema dah datang. Bukan nak berlagak, ni soal nyawa tau. Okey masuk bilik. Yes, bilik memang puas hati. Tapi, tv hahahaha...korang mesti tak percaya. Tv yang kecik giler tu, size laptop korang. Hah macam tulah aku nak citer. Yang pasal tv biarlah. Tapi yang mak terkejut, katil baby tiada! Mak cakaplah, baby ai ni kecik lagi. Kalu tido kat katil tu, memang sah tergolek 14 kali. Nurse USAINS boleh cakap kat ward ni memang tak ada katil baby. Aku angguk jelah. Sabar!! Tak sampai 15 minit doktor pakar masuk nak tengok keadaan baby and mintak aku signkan borang operation. Done. Tengah2 kami borak mesra baik sempoi, aku keluarlah ayat. " Hurm, doktor agak2 lah tak kasi katil baby. Kan jatuh tak pasal pulak. Memang tak ada ye doktor". Doktor tu apa lagi, pusing badan kat nurse tu tanya. Nurse tu selamba cakap, memang tak ada doktor. Doktor tepuk dahi sambil cakap.." Pergilah pinjam dekat wad kanak-kanak 2 selatan.." Hah, amik ko.. Aku ngn doktor tu kamceng dah...hahaha. Settle pasal katil.. Masa kitaorang masuk tu, staff USAINS pengurusan memang tak ada. Herankan, kata give better service tapi sucks....












Huh...next episod 2 bersambung nanti...

MOTACK 2014

Alkisahnya dah memang ada kat Bukit Belacan..Dah memang on the way nak balik and then en.driver ajak pergi Dataran merdeka. Panas kot time tu,matahari menyinari tegak atas kepala..tapi bile fikir fuyoo dpt tgk pelbagai version superbike,memang bagaikan pucuk ulam pegaga cicah budulah..Memang keinginan membuak2 nak pergi. Dah lama kot pencen pasal ikuti event macam ni..Bila dah ada baby green,okeylah..tak adanya rasa cuak sangat..But,we all pergi naik motor tayar empat okey..Hehehe...memang syok dan kagum..One day aku memang nak bawak sendiri,siap nak masuk event lagi. Abang dah mula tunjuk perangai tak kasi bini menceburkan diri.. Siap cakap motor beratlah,susah nk handle lah.eh..eh..kita dh lama buat research tau...Tayar size apa,benda apa nk kena alert..kita taulah..(yeke.....;-) )...

MOTACK 2014 at Dataran Merdeka and special apperance from USA, Aaron Twite.

Presented of Ducati brand....





motor ni memang sesuai untuk orang pendek macam haku ni...

the future fire rider


Panas tapi still enjoy the moment




tanding pun ada..siap ada aksi lompat-lompat gitu..








Hiya....gambar saja tak ikut sequence...saja kasi orang tengok pening..Pape pun,ni event bagus. At least,ada pendedahan skit pasal motor2 nih..Conlusionya, mak dah mula sibuk sibuk pasal motor jugak ni. Anak-anak pun mak angkut sekali. Pasni kalau anak2 nk join bikers event mak tak kan marah.. Mak kasi permission..hehehe...panas vs dahaga,memang tak dok lama pun kat situ...Tambah dengan adanya si kenik dan si abam, memang tak leh nak berkampung kat situ..

Friday, April 18, 2014

MyBrain15


Okey.. yang ni bukan sponsor post ke apa. Cuma just nak kongsi kat korang yang masih teragak-agak untuk memohon biasiswa ni. Okei, kalay you all pohon, gerenti dapat as soon as possible. Pastu meh sini nak oyak sikit deh, sapa kata gomen buat kerja lembab. No...no..no.....itu semua salah, sekarang ni semuanya di hujung jari ye dek noi oi, mak cik2, pak cik2 yang sedap duk sembang kedai kopi tuh. Sekarang ni gomen servis memang tip top.. Tapi tulah, aku ni dulu termakan juga kata-kata itu. Tengoklah apa jadi, padan muka ko. Ko kena bayar sendiri duit untuk 1st part. Hambik ko, kalau apply awal-awal mahu free semua tanggung just guna otak ko jelah. Sedihkan.. Melayang jugak ribu riban..Hehehe....Ok, actually after few months tu pun lepas asyik kena push dekat si tokang bagi duit, aku applylah jugak. Terkejut mak ko bila dapat resut permohonan accepted dalam masa yang singkat. Actually not more than 2 weekslah. So fast....huhu....Tapi, ko kena isi semua yang di mintaklah. Tak susah pun, all documents mesti kena pengesahan dulu dan paling penting isikan borang pengesahan permohonan. Then, siap...and ko dapat sponsor nak sambung. Even part timer pun boleh apply tau. Rugi tak apply...

1.  Sapa yang tak tahu tu sila ke laman web. https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15/






2.  Pemohon wajib melengkapkan dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon terkini ke              dalam sistem. Borang pengesahan status lama tidak lagi diterima. Sila sertakan juga surat pengesahan            berhenti kerja/surat tamat kontrak dan penyata KWSP dengan baki terkini (jika berkenaan). Prosedur ini      terpakai kepada semua pemohon sama ada baru atau pernah ditolak.


3. IPTA/TPTS yang ada dalam senarai sahaja. Nanti bila masuk laman web, dekat syarat2 permohonan itu
    akan ada satu senarai universiti terpilih sahaja.



4. Rancangan penyelidikan/ proposal research mesti kena buat tau. Ni wajib tuk yang full time research and       jugak mix mode (separuh kelas, separuh penyelidikan.

5. Log masuk terlebih dahulu jika anda ingin  meng-Upload all documents.






6. Siap.

Hah...ambiklah peluang ni. Ambiklah...huehue....sekejap je proses permohonan ni. In case ada benda yang tak complete, diorang (pihak biasiswa kerajaan) akan menelefon kita dan bagitau bahagian mana yang tak settle, and then dia akan pos laju balik dokumen itu....hehehe..


Thursday, April 17, 2014

Grown Up!!!!


Time flies so fast..Huhuu..dalam kita sedar atau tak sedar, memang masa sekarang ini bergerak pantas...Aku rasa, macam semalam baru sahaja abes SPM (kah...kah...poyo umur 17 tahun lagi, melampau betul perasaan muda...)Well, kena hati sentiasa muda...kalau tak, cepat tua tahu..Ingat pesanan dari mak jemah ni dek non oiii...Alkisah punyer nak cerita...Anas pun dah menginjak besar, dah jadi abang besar, dah matang...Dah boleh suruh buat pape..Contohnya.." Abang, tolong Mummy amikkan pampers baby.." and..."Abang, tolong Mummy amikkan susu baby..." and..."Abang, tolong Mummy jaga baby tau.." Hahha..tu contoh arahan yang berbau nasihat. Aku bukan simply saja nak suruh anak amik tu amik ni, ni dalam proses pembentukan hati dan rohani dia. Agar dia membesar menjadi seorang abang yang take care dengan adik-adik dia...Yelah, anak sulong kan..Lelaki pulak tu, memang besar oi tanggungjawab dia..Si adik pulak, sedar tak sedar...hohoho, dah nak masuk 11 bulan..Alahai, cepat betul anak dara aku yang tidak berapa besar itu membesar. Sekarang ni, dah banyak ragam dan perangai dia. Yang buatkan aku dengan laki aku tak leh tahan, dia suka buli abang dia. Yang paling dia suka, selalu sibuk nak amik barang si abang. Oooh, so sweet. Harap sangat abang akan jaga adiknya tidak kira apa jua masalah yang datang...I always talked to them.. You have to love each other. Biarlah sekarang ni bila kasi tau diorang blur and tak faham especially a little one tuh.. Mana nak faham, baru bape bulan kan. But, you have to keep telling them. Sampai masa nanti diorang akan faham. Tak mengapa...Yang penting, kita as a parents kena protect them, advise them nicely, talked to them with full of love. Yang ni memang mencabar minda, amarah dan perasaan. Tapi, kami laki bini selalu saling mengingatkan di antara satu sama lain. Means, kalau aku tengah berapi, and then mula dah keluar suara naga.. laki aku cepat-cepat ingatkan aku. " kita sekarang dalam proses learning....." So, it makes me feel calm. Kalau tak, memang satu umah kena..Ntah-ntah yang kecik pun kena. Itulah my weakness, aku mudah naik angin.. Kadang untuk elakkan aku cepat naik angin, aku layankan je kerenah si Anas..but, after that aku keep telling him. you can't do this, why, yang mana patut dia buat. Fuh!! Kadang putus semangat mak ni.. tapi, tak apa.. One day, kita akan rasa rindu zaman anak2 kecik2.. Cepat masa berlalu kan..Anas sekarang dah pandai nasihatkan aku.." Elok2 drive mummy, slow2..Jangan laju2 nanti langgar.." Yang paling best bila dia pesan "mummy, seatbelt mummy mana.." Kadang kita nak pergi depan je, sibuk nak suh pakai seatbelt..Huh! menjegil jugak bijik mata mak ni. Tapi, pakailah. At the same time kasi dia tau, benda tu penting.















Dah besarkan anak bujang n anak dara ai tuh....Permata hati dunia akhirat. InshaAllah, semoga amanah dari Allah akan kami (laki bini) pikul dan laksanakan dengan penuh bertanggungjawab. Syukur padamu ya Allah, kerana di kurniakan permata hati yang tiada nilainya pada kami berdua..




Tukang Cuci Baru

Wah...wah......Ni kisah minggu minggu lepas punyer. Tapi nak share jap. Punyerlah ada orang tu sayang kemain dekat baby green baru dia. Sanggup tau dera anak basuh cuci baby dia..wakakaka...Bukan sengajalah, si anak tu yang sibuk nak tolong jugak. Budak kan suka main air. Ha, eloklah tu. Orang duk sibuk bising catu air, kat umah kita ni. Diorang anak beranak sibuk basuh si baby green tu. Elok sangat tu..Huhue...Orang lain sampaikan nak basuh benda wajib pun kena jimat, kita ni..siap buleh basuh baby green lagi. Nak buat camane, nasib kita baik. Selama kes catuan air ni, alhamdulillah kami anak beranak masih lagi berkesempatan menggunakan air tanpa ada catuan. Alkisahnya, kitaorg bukannya membazir. Saja kasi bakar lain tuh..hikhik..Jahatkan.. xpe, ni blog bukan pasal gosip artis tau. Bukan pasal gosip Hanez suraya ke, Erra fazira ke, Emma Maembong ke..Ni blog santai..santai untuk meluahkan perasaan, kongsi. Apa pun, ni salah satu jurnal life untuk my lit honey boney kat rumah. Bila diorang dah besar panjang, diorang dah tau baca. Diorang akan baca kisah suka duka dalam ni. Tapi, masalahnya si omak ni memang dah otak beku nak update blog. Malas kot. Yelah, ari-ari skang duk ngadap laptop, kertas2. Omaknya pelajar memanglah sibuk manjang mengalahkan nak amik SPM sikit masa lagi. Tak pe, bak kata orang..pelan-pelan kayuh dik noi.. Tak sampai arini, esok pun boleh..Kihkih..

Ha...tengoklah adegan bapak n anak yang ala-ala waterman dah..


Ikut perintah!!1
 Kesian anak mummy ni, sampai ati kan daddy. Tapi, bab kata daddy, baby besar nanti pun dia nak suruh baby basuhkan jugak motor dia. Hahaha, tapi bukan motor nilah. Hangpa nak tau, dia dah menggelepar nak upgrade motor.. Tulah, mak dah kata.. amik yang lain, yang ok. Bukan nak dengar cakap bini ni. Duk beli jugak yang ni. Awak tu B, dulu bawak 600cc, pastu bila awak bawak yang 250cc, awak mana boleh tahan. Awak duk sibuk komplen kata slow. Dah memang tahu kan keupayaan motor tu. Bukan salah dia, dah memang didesign kan begitu. Nak upgrade sabar dlu.. Kasi awak tu pandai korner balik mcm dulu.

p/s : Bini yang baik hati..

Bapak amik gambar anak

Giliran bapak pulak-pic taken by anas

Pantang je bapak..suka sangat peace tuh ------> menyampah tul..hehehe

Memang diorang ni anak beranak mcam tu, bapak amik gambar anak. Anak amik gambar bapak. Kadang bisingnya macam aku ni ada anak 14 orang padahal diorang anak beranak je. Anas n daddy je tau!!. Kang bila si mak bebel, mulalah bapak kata maknya tak sporting. Yang si kecik kat dalam tu, apa lagi mengeleparlah nak keluar join sekali. Abeslah, anak beranak suka motor..

Fuh!! Dah start menabung kat baby green. Tu baru 250, kalu lagi besar. Mahu tidor balik ngn motor ni si bapaknya...