Tuesday, September 10, 2013

Air Masak


Sebenarnya baaaanyak khasiat yang kita dapat dari air masak ni. Nak kena ceritakan jugak ke khasiat tersebut. Malasnya Mak Jemah nak taip satu-satu. Tapi tak apalah, rajin-rajinkan diri untuk menaip....

Kenapa air masak???
Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.




Bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus?

Sebelum tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.

Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Perut tidak jadi terkejut olehnya!


Tapi, masalah yang haku alami di sini adalah time dekat opis aje aku suka minum air masak. Boleh minum sampai 2 3x850ml taaaaaaaaaaaapi bila kat rumah. Nak minum segelas pun agak sakit. Kenapa benda macam ni boleh berlaku yer. Nak kata tak ada masa ataupun mungkin dapur tu jauh dari aku. Alasan je tu. Boleh je ko nak letak air dalam botol dan letak depan hidung kau tapi serius bila duduk kat rumah memang tersangatlah jarang minum air masak. Tak tahu simptom apa yang melekat dalam badan aku ni. So unacceptable lah.

Kadang tu, setitik air masak tak masuk langsung. Ini memang kena ubah cara hidup aku bila ada di rumah. Make sure, minuman yang berperisa harus di hentikan penggunaan. Erti kata lain, dah abes stok tu tak yah ngada nak pergi beli. Hook je dengan air masak. Teruk betullah Mak Jemah ni, agak-agaklah kot. Nanti tak kan orang datang rumah kau nak bagi air masak. Mahu kena sumpah dekat tetamu. Hehehe..air bujang pun tak kanlah sanggup bagi air masak!!





Friday, September 06, 2013

Part 6 : Hati Terusik...~

Katty cepat-cepat bangun dari kerusinya dan terus melangkah keluar dari pejabat kecilnya itu. Kelibat majikannya yang di lihat menerusi dinding kaca di perhatikan. Sudah 3 hari majikannya itu mengambil cuti sakit dan tiga hari jugalah kliniknya itu kelam kabut. Pesakit Dr.Adi sibuk bertanyakan akan hal Dr.Adi. Lelah jugaklah untuk dia melayan setiap pertanyaan. Katty sempat memandang ke sekitar tempat menunggu. "Ramai betul orang sakit hari ini....Masaklah kau hari ini..".Getusnya di dalam hati sendirian, kakinya melangkah ke arah pintu kaca.

"Doktor dah sihat dari demam?.." Katty menyoal Adi sebaik sahaja wajah lelaki itu tersembur di hadapannya. Sudah lama dia bekerja dengan Adi dan sedikit sebanyak dia sudah kenal benar akan perangai lelaki itu. Briefcase di tangan lelaki itu di ambil.

Adi mengangguk tanda menjawab pertanyaan Katty. Walaupun jam belum lagi mencecah ke angka 8.30 pagi, tetapi kliniknya sudahpun di penuhi dengan mereka-mereka yang ingin mendapatkan rawatan darinya. Adi mengucap syukur di dalam hati..Murah rezeki dia hari ini....Sempat lagi dia menyedekahkan sebuah senyuman untuk mereka yang sedang menunggu giliran di tempat ruangan menunggu.

"You ada call Joana tak sepanjang 3 hari I cuti neh...." Soal Adi perlahan. Risau juga takut staffnya yang lain mendengarnya. Katty lainlah, dia dah anggap seperti seorang kawan dah. Katty hanya tersengih mendengarnya. Dia menggeleng laju. Bukan dia sengaja tidak menelefon Joana seperti yang di arahkan tetapi gadis itu sudahpun blocking nombor telefon klinik...

" Adi, you tahu tak? That girl tu dah block nombor klinik kita ni? You tahu tak...?" Katty sengaja menekankan ayatnya yang terakhir itu. Di lihat wajah Adi cukup berubah kala itu. Mendung sahaja. Joana, dia tak pernah lagi melihat wajah perempuan itu. Cantik sangat ke sampai Adi dah menjadi kemaruk cinta ni. Suara Joana...Entahlah, dia bukannya boleh menilai seseorang dengan mendengar suara je. Sebaik sahaja pintu bilik Adi di tolak, Katty cepat-cepat meletakkan briefcase Adi ke dalam loker yang berada tepat di hujung sudut ruangan bilik itu. Meja yang sedia rapi dan kemas di perkemaskan lagi. Tahu sangat perangai Adi yang teramat cerewat apabila melibatkan kekemasan tempat kerjanya.

"Give me five minutes and then you can call them...."Arah Adi tanpa memandang ke wajah Katty. Sebenarnya dia berasa malu untuk memandang wajah temannya itu. Malu kerana Joana mentah-mentah menolak huluran cintanya. Zariff, aku tahu kau melihat segalanya. Joana, hatinya utuh buat kau. Ya, Allah..Aku berjanji pada-Mu, aku hanya ingin mneyanyanginya dan menemaninya sepanjang hayatku.

Salam berserta dengan ketukan kedengaran dari luar. Sebaik sahaja pintu di buka oleh Yati,pembantu klinik, masuk seorang perempuan muda bersama bayi perempuannya. Adi mempelawa perempuan muda itu duduk. Senyuman manis di lemparkan ke arah mereka berdua. Comel budak ni! Getusnya di dalam hati. Sempat juga matanya memandang ke skrin komputer, mahu melihat maklumat peribadi pesakit di hadapannya. Melihatkan keadaan bayi perempuan yang baru sahaja cecah umur 5 bulan, Adi sudah dapat mengagak akan kedatangan perempuan muda itu.

"Ye puan, apa sakit adik Adella ya...."Soal Adi ramah. Dahi Adella yang berada di pangkuan ibunya di sentuh lembut. Agak panas.

"Hari ini dah masuk hari kedua dia demam...Minum susu pun kurang. Risau saya doktor. Ni lah kali pertama dia mengalami demam seperti ini...." Terang perempuan dalam nada kerisauan.

Adi mengambil thermometer yang tersusun elok di atas meja lalu meletakkannya di celah ketiak Adella. Dia menunggu beberapa saat sebelum thermometer itu berbunyi.

"Memang agak panas ni puan. Boleh saya tahu Adella minum susu apa ye? Biasa dalam sehari berapa kali dia minum?" Soal Adi lagi. Semua itu penting untuk seseorang doktor mengetahuinya.

"Susu badan, biasa dia akan minum dua jam sekali, Tapi sejak semalam dia hanya minum 2 kali sahaja, dan asyik menangis. Saya dapat rasakan berat badan dia semakin berkurang. Lampir nya juga tidak basah seperti biasa...."Ujar perempuan muda itu lagi. Terpacar wajahnya yang cukup risau akan keadaan anak kecilnya. Barangkali anak pertamanya.

Adi bangun, dia mengarahkan agar Yati mengambil Adella dan meletakkam bayi itu di atas katil. Dada bayi itu di cek, melalui stateskop di telinganya dia dapat mendengar degupan jantung Adella laju kala ini. Peparunya sedikit berbunyi.

"Puan ada bagi dia minum air kosong tak...?" Adi inginkan kepastian, setelah memeriksa keadaan bayi tersebut, Adi sudah dapat mengagak bahawa bayi itu telah di jangkiti oleh virus yang bernama Rotavirus. Memang agak mudah untuk bayi seperti Adella terkena jangkitan tersebut.

Perempuan muda itu terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan. Adi mengeluh berat. Inilah masalah kebanyakan para ibu di luar sana. Mereka ini seringkali mengabaikan saranan pihak hospital supaya tidak memberi air masak kepada bayi sehinggalah bayi itu mencecah umur 6 bulan. Cukuplah sekadar di beri susu sahaja. Nampak macam seorang berkerjaya tetapi benda macam ini pun tidak tahu. Marah Adi di dalam hati.

"Puan...hurm....sebenarnya puan tahu kan, bayi yang belum cukup 6 bulan tidak di galakkan bagi air masak ataupun sebarang makanan kan...?" Adi membuka mulut setelah beberapa minit memerhatikan keadaan Adella. Ternyata bayi itu terlalu lemah, Adella juga kerap membuang air besar. Senyap! Tiada jawapan.

"Rotavirus is the most common cause of severe diarrhoea among infants and young children. It is a genus of double-stranded RNA virus in the family Reoviridae. Nearly every child in the world has been infected with rotavirus at least once by the age of five." Adi diam, menunggu reaksi dari perempuan di hadapannya. Dia tahu perempuan itu fasih berbahasa English memandangkan status pekerjaannya adalah seorang jurutera. Joana!! Argh...kenapa Joana yang muncul saat ini. Desah hati lelakinya. Cepat-cepat dia menyambung kembali kata-katanya.

"The virus is transmitted by the faecal-oral route. It infects and damages the cells that line the small intestine and causes gastroenteritis or which is often called "stomach flu" despite having no relation to influenza. Although rotavirus was discovered in 1973 and accounts for up to 50% of hospitalisations for severe diarrhoea in infants and children, its importance is still not widely known within the public health community, particularly in developing countries. In addition to its impact on human health, rotavirus also infects animals, and is a pathogen of livestock" Terang Adi panjang lebar. Konsultasi ini adalah percuma, Adi tahu sebagai seorang doktor dia perlu banyak menjelaskan setiap penyakit itu dengan jelas dan terang agar ianya tidak berulang lagi terutama apabila melihatkan seorang bayi yang masih merah. Bab kata orang, setiap penjelasan yang di berikan mestilah lengkap seperti apa,kenapa,bagaimana, mengapa,siapa. Semua itu perlu di beritahu supaya pesakit-pesakitnya tidak keliru.

"Can you explain about signs and sympthoms of this Rotavirus, doc?" Ujar perempuan itu tiba-tiba. Mungkin terlalu risaukan keadaan anaknya menyebabkan dia teruja untuk mengetahui tentang virus itu dengan lebih jelas. Adi mengangguk perlahan.

"Rotavirus gastroenteritis is a mild to severe disease characterised by vomiting, watery diarrhoea, and low-grade fever. Once a child is infected by the virus, there is an incubation period of about two days before symptoms appear. Symptoms often start with vomiting followed by four to eight days of profuse diarrhoea. Dehydration is more common in rotavirus infection than in most of those caused by bacterial pathogens, and is the most common cause of death related to rotavirus infection. Rotavirus A infections can occur throughout life: the first usually produces symptoms, but subsequent infections are typically mild or asymptomatic, as the immune system provides some protection. Consequently, symptomatic infection rates are highest in children under two years of age and decrease progressively towards 45 years of age. Infection in newborn children, although common, is often associated with mild or asymptomatic disease, the most severe symptoms tend to occur in children six months to two years of age, the elderly, and those with compromised or absent immune system functions. Due to immunity acquired in childhood, most adults are not susceptible to rotavirus gastroenteritis in adults usually has a cause other than rotavirus, but asymptomatic infections in adults may maintain the transmission of infection in the community.

Rotavirus is transmitted by the faecal-oral route, via contact with contaminated hands, surfaces and objects, and possibly by the respiratory route. The faeces of an infected person can contain more than 10 trillion infectious particles per gram, fewer than 100 of these are required to transmit infection to another person."

Hurm, sepatutnya sebagai seorang ibu awak kena lebih prihatin. Saya tak rasa yang awak memang tak tahu bahawa bayi di bawah umur 6 bulan tidak seharusnya di beri minum air masak. Tambah-tambah fully breasfeed. Tak apalah, saya bagi vaksin ni dekat dia. Alhamdulillah lepas cucuk ni, dia akan sembuh. Tapi, kalau dia still lagi cirit birit dan kurang minum susu. Saya sarankan awak hantar dia ke hospital terus. Tapi, biasanya lepas bagi vaksin ni InshaAllah dia akan beransur sembuh puan."

Perempuan itu hanya mengangguk tanda faham. Bayinya yang lena di pangkuannya di peluk dengan penuh kasih sayang. Adi mengerling sahaja perbuatan ibu muda itu. Sebaya Joana rupanya. Argh! Joana lagi. Kali terakhir dia berjumpa dengan Joana adalah di tempat kerja gadis itu. Hampir tiga hari dia terlantar di rumah, akibat demam panas berlanjutan.

Adella menangis kuat apabila jarum halus itu di cucuk tepat ke pehanya. Adi sudah biasa akan keadaan sebegitu, dalam seratus bayi yang di rawatnya, mungkin ada satu sahaja yang diam tidak berbunyi. Yang lainnya menangis kuat. Yati mengajar ibu muda itu cara-cara untuk menghilangkan lebam kesan dari suntikan sebentar tadi. Adi membiarkan pembantunya meletakkan kapas di bahagian peha yang terkena suntikan. Dia berlalu ke meja. skrin komputer di hadapan di tatap sebentar sebelum laju tangannya menaip nama ubat.

" Ingat, kalau keadaan masih seperti ini. Puan haruslah membawa anak puan ke hospital dengan kadar yang segera..." Sekali lagi Adi menitipkan pesanan buat perempuan itu.

Tidak sampai 2 minit, pesakit yang lain sudahpun memasuki biliknya. Adi meneruskan kerja merawat seperti biasa. Seorang demi seorang pesakit keluar dan masuk ke dalam klinik miliknya sehinggalah waktu menerima pesakit tamat pada pukul 6.00 petang.

Argh, leganya segala urat dan tulangnya saat ini. Sudahlah tiga hari lepas dia hanya berbaring di atas katil. Pergh, doktor macam dia ni kalau sakit lebih dari orang. Nak buat macam mana dia pun manusia biasa cumanya pekerjaan sahaja sebagai doktor tapi tubuh badan dia macam orang biasa. Hujan!!Joana....Terdetik di hati untuk menelefon si buah hati yang terlalu susah untuk di dekati. Fikiran Adi serabut. Mahu di ikutkan nafsu lelaki tapi takut nampak terlalu mendesak. Apa yang dia tahu, gadis itu bukan seperti gadis yang dia kenal. Bukan seperti Katty atau pun memana gadis yang dia kenal. Adi bingkas bangun dari kerusi, Galaxy Note 2 di ambil dari dalam loker sebelum tangannya sibuk menekan.

Matanya bersinar, terang. Bagaikan mendapat suntikan semangat untuk terus berjuang sehingga ke titisan terakhir.

" Assalamualaikum....." Laju salam di berikan terhadap penerima panggilan di sebelah sana. Mama! hanya mama yang boleh merealisasikan hajatnya.

" Waalaikumussalam......belum tutup lagi ke klinik kamu tu. Sekarang dah pukul berapa? Jangan cakap kat mama yang kamu tak boleh balik makan malam bersama..." Dush..Gedebuk! Adi hanya melopong, belum sempat dia meluahkan isi hatinya Puan Maria sudah membuka bicara. Mama ni, kalut betullah.

" Ish mama ni, Abang balik makan lah. Klinik dah nak tutup, Katty tengah sibuk kemas-kemas barang. Abang nak bagi menantu kat mama ni. Tapi mama pulak kalut manjang. Abang nak minta pertolongan mama ni. Hurm....." Lambat-lambat Adi bersuara. Mahu tergelak Adi bila mendengar mamanya menjerit nyaring di sebelah sana. Terkejut mungkin dengan kenyataan yang baru di dengari dari mulut si anak.

" Kamu biar betul.. Anak siapa yang kamu nak buat isteri tu Adi..." Dah, hilang sudah panggilan Abang.

" Mama rasa....." Ha..ha..ha...Adi sengaja memanaskan keadaan. Tahu sangat Puan Maria mesti melenting, Joana juga yang di sukai. Status Joana langsung tidak di hiraukan. Pelik juga dengan perangai mamanya yang satu itu. Sebelum ini, pernah sekali dua dia memperkenalkan kawan perempuannya kepada mama tetapi mama hanya layankan sahaja. Tiada menunjukkan yang dia serius untuk mengenali lebih dekat dengan kawan perempuannya. Joana pula anak kawan baiknya sejak dari sekolah rendah lagi. Mungkin masa mama dan mama Joana pernah berjanji untuk menjadi besan kot bila dah beranak nanti. Ke situ pulak Adi melalut.

" Mama tahulah Joana tu bukan dara lagi..tapi mama kesiankan dia. Kalau bukan dia tu anak kawan mama, mama tak buat peduli abang. Tapi, sayu hati mama bila terpandangkan wajahnya. Baik budaknya, lemah lembut, sopan, ayu...hormat orang tua dan pandai masak......"

Lemah lembut, sopan, ayu....Adi rasa macam nak tercekik mendengarkan pujian mama terhadap Joana. Mama, kalaulah mama tahu bakal menantu mama tu bukan begitu orangnya. Mama tahu tak, silap haribulan anak mama ni arwah tahu..Adi hanya mampu mengucapkan kata-kata itu di dalam hati. Malas mahu merumitkan keadaan, mungkin ya atau sekadar untuk berlagak baik di hadapan orang-orang tua sahaja. Ishk!!!ke situ pulak dia pergi. Tetapi, Adi tetap suka akan Joana. Entah kenapa saat terpandangkan wajah Joana, hatinya sudah berdetup-detup. Suka,dan jatuh cinta pandang pertama. Nasib baik dia menemani mamanya membeli belah pada hari itu. Biasanya ada sahaja alasan untuk mengelak dari menemai mamanya. Apa kelas....

"Apa kata mama buat makan-makan dan ajak Auntie Aina datang makan. Masa tu mama berkias-kiaslah dengan Joana....Lagi cepat tarikh kawinnya lagi Adi suka....Tak yah tunang-tunanglah." Akhirnya Adi meluah juga hajat di hati. Malas mendengar bebelan yang berterusan dari pihak sebelah sana. Joana, tak kan perempuan tu nak mengamuk macam dia mengamuk dengan aku. Apatah lagi bila ibu bapa mereka ada bersama, tapi....perangai Joana ni lain macam sikit. Tawakal jelah Adi...

Tok!..Tok!..Pintu biliknya di ketuk dari luar. Tanpa menunggu jawapan dari Adi, tersembul wajah Katty. Adi segera memberi isyarat supaya dia menunggu sekejap.

"Mama, continue later..Bye..Assalamualaikum..." Adi mematikan talian, wajah Katty di pandang.

" Dr. Fiza tukar shift dengan Dr. Aman....Dia cakap malam ni tiba-tiba dia kena standby dekat hospital."

Adi hanya mengangguk. Maknanya malam ini Dr.Aman akan mengambil alih Dr.Fiza untuk bertugas di kliniknya.

"Dr. Watie dah balik belum?"

Katty menggeleng kepala.

" Panggil dia kejap. I malam ni kena balik dinner kat rumah. As usual. Harap dia boleh take over malam ni together with Dr. Aman...."

Katty segera berlalu keluar. Begitulah keluarga orang berada seperti Adi. Biasanya sebulan sekali mesti ada makan malam bersama keluarga. Yelah, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Adi, anak sulong dari 4 adik beradiknya. Apa yang pasti, adik beradik Adi semuanya lelaki. Adam, adik Adi yang paling muda juga sedang mengikuti kursus perubatan di Ireland. Katty juga sudah acap kali berjumpa dengan keluarga Adi. Di pendekkan cerita, boleh di katakan dia di ibaratkan sebagai PA Adi. Selepas menyampaikan pesanan ringkas dari Adi kepada Dr.Watie, Katty berlalu ke depan kaunter. Mahu melihat staf-staf yang lain mengemas sebelum klinik di buka semula tepat jam 8 malam nanti.


Monday, August 26, 2013

9 Purported Health Benefits of Drinking Coffee

.
Boleh buat anda lebih kurus, bijak dan jugak sihat....Ia ker? Meh baca dekat bawah ni, actually information ni from TheWeek.com

Bahawa Piala Joe mungkin mempunyai beberapa kesan positif - jika anda minum dengan betul.


"Selalunya orang berfikir kopi hanya sebagai kenderaan untuk kafein," menulis Dr Rob van Dam Harvard School of Public Health. "Tetapi ia sebenarnya satu minuman yang sangat kompleks," yang mengandungi beratus-ratus bahan kimia yang berbeza. Ditanam di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia, kopi mempunyai sesuatu sejarah perbalahan dengan pakar-pakar kesihatan, yang telah lama memberi amaran bahawa penggunaan berlebihan boleh memudaratkan kesihatan kita. Kajian yang lebih baru-baru ini, bagaimanapun, gambaran rosier untuk beri panggang tumbuhan Coffea itu (mereka tidak benar-benar kacang), menunjukkan bahawa apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana - dan tanpa heaping pada gula dan krim - barangan yang ajaib boleh pelabuhan banyak kesihatan yang berpotensi faedah. A melihat beberapa daripada mereka:


1. Kopi boleh membantu melawan kemurungan ...
Mulakan hari anda dengan senyuman: Satu kajian bersama dari Institut Kebangsaan Kesihatan dan AARP mendapati bahawa orang yang quaffed empat atau lebih cawan java sehari adalah 10 peratus kurang mungkin tertekan daripada seseorang yang tidak minum kopi di semua . Anehnya, yang sama manfaat kesihatan mental tidak diluaskan kepada minuman berkafein lain - terutamanya cola, yang dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi kemurungan (mungkin kerana kandungan gula yang tinggi). Oleh itu, penyelidik mencadangkan kopi ini "kesan mood mengangkat mungkin dikesan kepada antioksidan," laporan Pencegahan .

2. ... Dan orang dewasa minum kopi kurang cenderung untuk membunuh diri
Bersama-sama orang-orang garisan, satu kajian awam besar-besaran dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard mendapati statistik menakjubkan: Minum dua hingga empat cawan kopi sehari mengurangkan risiko bunuh diri dalam kedua-dua lelaki dan wanita dengan yang mengejutkan 50 peratus. Penyelidik habisan data kesihatan lebih daripada 100,000 lelaki dan wanita, dan ditambat kafein sebagai utama mood-penambah dalam kopi. "Tidak seperti siasatan sebelum ini, kita dapat menilai persatuan pengambilan minuman berkafein dan bukan berkafein, dan kita mengenal pasti kafein sebagai calon yang paling mungkin dengan apa-apa kesan perlindungan diduga yang kemudiannya dijadikan kopi," kata ketua penyelidik Michel Lucas, seorang rakan penyelidikan di Jabatan sekolah Pemakanan. Penyelidik memberi amaran bahawa mana-mana lebih daripada empat cawan, walaupun, mungkin sebenarnya membuktikan memudaratkan kesihatan mental anda; kajian Finland berasingan membuat kesimpulan bahawa orang-orang yang minum lapan hingga sembilan cawan sehari sebenarnya berisiko tinggi untuk membunuh diri daripada mereka yang minum jumlah yang lebih sederhana .

3. Ia mungkin baik untuk hati anda
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kafein membantu hati mengawal selia sendiri. Penyelidikan dibentangkan bulan ini oleh Mayo Clinic mendapati bahawa pengambilan kopi biasa boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat sclerosing utama cholangitis (PSC), penyakit autoimun yang jarang berlaku yang boleh membawa kepada sirosis hati, kegagalan hati, dan juga kanser. Tetapi itu bukan semua. A berasingan 22 tahun kajian-of 125,000 orang mendapati bahawa peminum berat yang mengambil satu cawan kopi sehari adalah 20 peratus kurang berkemungkinan untuk membangunkan sirosis alkohol. Sekali lagi, manfaat kesihatan tidak meliputi minuman berkafein yang lain, termasuk teh.

4. Java boleh membantu anda (sementara) mengurangkan berat badan
Penggunaan kopi hijau kacang ekstrak meletup apabila Dr Oz dituntut atas menunjukkan beliau bahawa ia "membakar puasa lemak" tanpa makanan tambahan atau senaman. (Pasti.) Tetapi apa yang adalah bahan, sebenarnya? Biji kopi hijau adalah benih yang belum digoreng, itu mengekalkan sebatian yang dikenali sebagai asid klorogenik yang hilang apabila dipanaskan. Walaupun kajian terhad telah dilakukan ke atas ekstrak, dan tidak ada kesan sampingan yang serius telah dilaporkan dalam kajian klinikal, WebMD amaran bahawa penyelidikan sebenar berat badan setakat ini adalah "kualiti awal dan miskin."

Walaupun produk kafein umumnya membantu dengan penindasan selera makan, Klinik Mayo mencadangkan bahawa keputusan kehilangan air dari pengambilan kafein atau kalori pembakaran melalui thermogenesis - apabila badan anda menghasilkan haba dan tenaga daripada mencerna makanan - tidak kekal. Apabila ia datang kepada penurunan berat badan, kafein harus dilihat sebagai tambahan, dan bukan ajaib menyembuhkan semua. Jadi jangan cuba ini di rumah: 5. Ia adalah undang-undang yang meningkatkan prestasi
Ia tidak rahsia: Atlet dan jurulatih telah lama menggunakan kopi untuk meningkatkan prestasi sukan sebelum pertandingan. Kafein, khususnya, "telah terbukti untuk meningkatkan jumlah asid lemak yang beredar dalam aliran darah," laporan The New York Times , "yang membolehkan orang ramai untuk berjalan atau mengayuh lebih panjang." (Satu kajian mencadangkan bahawa sebanyak dua pertiga daripada atlet Olimpik ditemui dengan kafein dalam air kencing mereka.)

Jadi: Berapa banyak anda perlu minum sebelum bertanding? Penyelidik di Universiti Coventry di England mendapati bahawa sihir meningkatkan prestasi nisbah kelihatan 6 miligram kafein untuk setiap £ 2,2 berat badan . Bagi orang 154-paun, itu kira-kira dua cawan.
6. Ia boleh mengurangkan risiko diabetes jenis II
Pengambilan tiga hingga empat cawan kopi sehari didapati dikaitkan dengan risiko 25 peratus lebih rendah daripada diabetes jenis II, laporan Sains harian . Tetapi, penyelidik tidak dapat membuat kesimpulan kesan sebab dan akibat antara kopi dan penyakit yang jelas. Mereka berfikir, walaupun, bahawa risiko menurun mungkin mempunyai kaitan dengan keupayaan asid klorogenik dan alkaloid trigonelline untuk mengurangkan glukosa awal dan tindak balas insulin.

Diperhatikan: Laporan berkenaan telah diterbitkan oleh Institut Maklumat saintifik mengenai kopi, yang - anda fikirkan - adalah bukan keuntungan yang dikhaskan untuk manfaat kesihatan yang dikatakan kopi itu. Ambil perhatian.
/>
7. Ia boleh mengurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson
Ya, kopi boleh membantu menjaga fikiran anda tajam sebagai umur anda dengan melambatkan permulaan penyakit neurodegenerative. Pelbagai kajian telah mencadangkan bahawa peminum kopi mempunyai sehingga risiko 60 peratus lebih rendah daripada Alzheimer dan demensia, dan minuman yang boleh membantu mengurangkan risiko seseorang mendapat Parkinson sebanyak 32 hingga 60 peratus, laporan Lifehacker .

Mengapa? Chuanhai Cao, seorang neuroscientist di University of South Flordia, mempunyai teori: Cao memberitahu WebMD bahawa kafein "menghalang pengeluaran beta-amiloid," protein yang telah ditunjukkan untuk membina di dalam otak orang yang mempunyai penyakit Alzheimer. Yang lebih tua anda mendapatkan, semakin sukar untuk memetabolismekan - atau menggunakan - semua yang berlebihan protein, yang menyebabkan
kesesakan log dalam otak anda. Peningkatan perangsang dari java memastikan "sistem anda hanya metabolizes semua protein yang ada," kata Cao.

8. Kopi juga mungkin membuat anda lebih bijak
Masa dan masa sekali lagi, kajian telah menunjukkan bahawa kafein - yang menghalang neurotransmitter di dalam otak yang berkaitan dengan tidur - sementara boleh meningkatkan kognisi, terutamanya apabila anda tidak mendapat cukup mata ditutup. "Apabila anda tidur-dilucutkan dan anda mengambil kafein, apa-apa yang cukup banyak anda mengukur akan meningkatkan" Harris Lieberman, seorang ahli psikologi penyelidikan untuk tentera, kepada CNN pada tahun 2006 . "Masa reaksi, pengawasan, perhatian, pemikiran logik -. Kebanyakan fungsi yang kompleks yang anda kaitkan dengan kecerdasan Dan kebanyakan rakyat Amerika tidur-dilucutkan kebanyakan masa."

9. Kopi boleh menangkis kanser kulit
Jadi kopi bukan sahaja besar untuk menguruskan mood anda, berat badan, dan saraf genting, tetapi ia juga mungkin mengurangkan risiko anda mendapat karsinoma sel basal - jenis yang paling biasa kanser kulit. A 2012 kajian bersama antara Brigham dan Hospital Wanita dan Sekolah Perubatan Harvard diikuti 112.897 lelaki dan wanita dalam tempoh 20 tahun. Apa yang mereka dapati? Wanita yang minum tiga cawan atau lebih sehari, sebagai contoh, adalah lebih kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser kulit daripada mereka yang tidak minum kopi, atau yang hanya melekat pada jenis kafein.

Artikel ini, asalnya diterbitkan pada 21 Mei, 2013, kali terakhir dikemaskini pada 25 Julai 2013.



Creditted for

Friday, August 23, 2013

PART 5: HaTi Terusik ~~



Kertas-kertas yang masih berlambak di atas meja di tolak ke tepi. Liar matanya memandang ke ruangan pejabat yang sederhana besar itu. Joana mengeluh, entah kenapa hatinya resah sejak kebelakangan ini. Peristiwa minggu lepas berlegar di fikirannya. Sejak dari kejadian itu, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Lega! Bisik hatinya, tapi kenapa dirinya seperti tidak ketentuan. Rindu dekat lelaki itu ker? Huish..simpang malaikat 44 kali, tak ingin nak membiarkan dirinya menjadi begitu. Zariff....Ya, dia rindukan gurau senda lelaki itu. Joana sedar, menangis air mata sekali pun belum tentu suaminya akan kembali ke pangkuannya. Betul kata Kak Na, sejak kejadian itu tiga hari berturut-turut suaminya datang dalam mimpi. Bercahaya betul wajah suaminya, mendatanginya dengan sebuah senyuman yang indah sambil menghulurkan tangan ke arahnya. Sempat lagi di bisikkan kata-kata buatnya.." Kalau rindu abang, sedekahkan Al-Fatihah banyak-banyak. Abang redha dan maafkan sayang...Jaga diri dan jangan tangisi pemergian abang...." Belumpun sempat Joana menyambut huluran suaminya, perlahan-lahan Zariff pergi. Malam pertama di datangi Zariff, dia menangis semahu-mahunya, dia sendiri tidak sedar bila masanya dia tidur kembali. Malam kedua di datangi Zariff, dia sudah mampu mengawal emosinya. Sedar sahaja dari tidur, dia bangun membersihkan diri dan duduk membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas solat Subuh, dia bagaikan rasa kekuatannya kembali pulih. Dan malam ketiga, Zariff hanya tersenyum sahaja padanya. Joana sedar, Zariff juga mahukan yang terbaik untuknya. Biarlah kisahnya dengan Zariff sentiasa berada di dalam hatinya.

" Jauh menung.....kau ni sihat ke tak?" Tegur Aishah, selaku pembantu dia dan juga kawan baiknya.

Joana sedikit terperanjat, hampir terlompat dia dari kerusi yang di dudukinya itu. Joana memandang tepat wajah Aishah dengan penuh perasaan geram. Minah ni memang tak reti nak bagi salam. Hari-hari macam ni mahu sakit jantung aku.

"Kau dah lama hidup ke Shah....?"Dia menyoal Aishah balik. Soalan Aishah di jawab dengan soalan. Aishah hanya tersengih. Tahu akan kesilapannya kerana menegur Joana sebentar tadi, kalau teguran lemah lembut tak mengapalah tapi ni baik sikit dari memekik melolong.

" Sorry Jo......."Aishah sudah faham benar akan perangai kawannya yang satu ni. Jangan pandang ringan dengan si Joana ni. Kawan dia ni jenis ikut kepala sendiri, kalau tak silap gaya, mahu sentap dia dengan hot temper si Joana ni..."Ko kenapa, sejak dari pagi tadi lagi aku asyik tengok ko mengeluh, fail-fail tender tu kau main campak je. Bos lalu pun kau tak tegur. Orang tua tu aku rasa ada benda nak discuss dengan ko tapi entah kenapa aku tengok dia patah balik masuk ke bilik dia...."

Joana tidak bersuara. Dia hanya mengeluh, dia tahu Aishah tentu akan menyoal siasat akan keributan yang berlaku di pejabat mereka sejak dua menjak ni.

"Erk.....pasal lelaki yang masuk lam ladies....Siapa dia?". Dalam tergagap-gagap terkeluar jugak dari mulut Aishah. Masa peristiwa tu, dia sedang bercuti. Sebaik sahaja masuk ke pejabat pagi ini, kecoh satu pejabat bergosip pasal Joana dan lelaki tu. Nak tanya pada si Kiah, kerani yang juga merangkap PA kepada bos memang dia tak harap sangat. Kadang Kiah bercerita banyak yang di tokok tambah olehnya. Bab kata orang, alang-alang nak bercerita biarlah cukup asam garam manis pahitnya. Ruslan, jurutera bahagian pengeluaran awal pagi sudah cabut keluar. Jumpa pembekal katanya. Di sebabkan malas mahu memecahkan kepala otaknya memikirkan gerangan lelaki yang datang mencari Joana sampai ke ladies, baik dia soal tuan empunya badan sendiri.

"Mamat sewel plus tak betul fius otaknya...Eh, tak kan kau tak kenal kot...."Joana menjawab malas. Sudah! Aishah sudah mula menyoal siasat. Bila dah disoal berdepan macam ni, harapan nak mengelak memang tipis sangat-sangat. Aishah...oh Aishah, kau ni memang berbakat jadi pegawai siasatan betul.

"Dah, kau jangan nak cakap aku layak jadi pegawai siasatan pulak ye. Aku ni malas nak tambah dosa dengar orang bergosip pasal kau kat dalam opis ni. Kiah tu bukannya betul sangat. Dia cakap kau mengamuk sakan kat dalam tandas tu..." Aishah sengaja mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu. Dia bagaikan dapat merasa yang Joana mengutuknya di dalam hati.

"Pulak...sampai satu opis tengah gosip pasal aku....Haih, ni yang aku nak angin satu badan ni..." Ujar Joana dalam nada kasar. Jantan tak guna tu memang dah rosakkan imej bersih aku selama ni." Nantilah aku cerita dekat kau,sekarang ini aku memang tengah serabut. Kau tahulah kan,projek Tapah belum siap lagi. GA drawing client belum approved lagi..Semua tu nak kena submit end of this month....Aku kalau boleh, tak nak semua benda tertangguh..Leceh Shah....."Bohong Joana,sebenarnya dia meluat untuk menceritakan prihal Adi kepada Aishah. Meluat betul dia dengan lelaki itu. Harap sangat Aishah percaya akan kata-katanya.

"Kau jangan nak kelentong ye mek. Karang aku tampar juga kau ni...."Aishah mendesak. Tahu sangat yang Joana mahu menyembunyikan sesuatu darinya. Ini tak boleh jadi, dia nak tahu juga siapa lelaki itu. Firasatnya mengatakan yang lelaki itu bakal mengubah kehidupan Joana. Ya!!Dia pasti sesuatu akan berlaku nanti."kawan Zariff ke?"

Joana bagaikan tersentak mendengar nama arwah suaminya dari mulut Aishah. Sememangnya dia amat rindukan areah suaminya itu. Walaupum boleh di kira kenangan manis bersama arwah tetapi arwah adalah suaminya. Di dalam hatinya, sudah terpahat dengan nama arwah, mana mungkin dia akan menerima lelaki lain selepas ini. Hatinya adalah milik arwah. Joana menarik nafas panjang. Kesal kerana tidak sempat berbuat baik sewaktu arwah suaminya masih ada. Walaupun dia hanya menjadi suami Joana hanya untuk beberapa jam sahaja tetapi kesannya begitu mendalam buat diri Joana.

"I am sorry Jo..Joana......"Aishah bersuara perlahan. Kesal.

"Nope, I'm okey....Dia cakap dia kawan baik arwah...I dont know Shah...I don't even know about him. Before this, arwah also never talked bout him. After what had happened he asked me to accept him. Wanna be my partner..Hurm, aku meluat tau tak. Aku dah cakap aku tak kenal dia, tak suka dengan dia. but, see..what happened to me now!!!!Depresses...tension Shah. Aku rindukan arwah. Aku rindu sesangat. Aku rasa sampai mati aku sanggup hidup dengan title janda berhias. Just zariff in my heart...Shah, aku rasa bersalah sangat dengan Zariff. Dia baik sangat, sabar dengan aku. Dia cakap dia sayangkan aku, nak hidup sehati dan sejiwa dengan aku. Dia tipu aku Shah...Dia tinggalkan aku sebaik hati aku terbuka untuknya Shah....." Esakan Joana semakin lama semakin kuat. Dia melepaskan semua yang terbuku di dalam hatinya. Nasib baik dia memiliki bilik sendiri, sesuailah dengan jawatan project engineer yang di sandangnya. Kalaulah meja dia berada di luar, agak haru biru juga pabila mereka yang lain melihat dirinya begini. Joana seperti seorang anak kecil yang kehilangan ibu dan bapa. Menangis dan terus menangis. Pada Aishah dia melepaskan segalanya. Adi! Lelaki itu datangnya tidak di alukan tetapi memberi impak yang mendalam kepada Joana. Selama ini, Joana bijak mengawal perasaannya tidak pernah sekalipun dia meluahkan rasa sedih akibat kematian suami kepada sesiapa kecuali ahli keluarganya sendiri.

Aishah bangun dari kerusi yang didudukinya. Perlahan dia melangkah ke arah Joana, bahu kawan baiknya di peluk kemas. Aishah kesal, kerana mulut celuparnya dia berhadapan dengan sikap Joana yang sebenar. Gadis itu selama ini sentiasa berlagak ceria dan tenang bila bersamanya dan juga teman-teman yang lain. Aishah mengelus lembut rambut Joana. Biarlah...biarlah Joana melepaskan segala-galanya hari ini. Sungguh hebat lelaki itu sampaikan Joana sanggup mengenepikan sikap ego,tenang dan cerianya selama ini. Aishah semakin teruja untuk mengenali lelaki itu.

"Menangislah Jo....Aku tahu selama ini kau berusaha untuk kelihatan tenang. Menangislah.....kadang-kadang kita perlu menangis untuk melepaskan segalanya....."

Tangisan Joana semakin kuat..."Abang....I miss you....hua.......hua....." Aishah sedaya upaya mengawal perasaannya sendiri agar tidak di lihat oleh Joana. Sudahlah kawannya yang ini berada dalam kesedihan, tak kan dia ingin tumpang sekaki. Kot ye pun sedihkan kawan, dia perlu kuat untuk melihat Joana menjadi seorang yang tabah, kuat seperti sebelum ini. Dia sanggup melihat Joana yang garang, suka melenting dari Joana yang ini. Mengongoi, menangis teresak-esak.

Housewife

Is it not started yet but today I'm feel like I'm fully housewife now..






My routine today and after become housewife......:)

1) Prepared breakfast for abang dan anta abang pergi kerja..( dekat depan rumah je)
2) Siapkan anak2 like tukar pampers, bancuh susu and so on..
3) Masukkan baju2 kotor lam mesin basuh.
4) Lipat segala kain..
5) Ampai baju
6) Mandikan anak-anak
7) Lelap mata jap
8) Prepared lunch
9) Kasi anak makan
10) Korean drama jap
11) Lelap jap
12) Mandikan anak2
13) Prepared dinner and tunggu abang balik...
14) Lelap jap






Hahaha, bila rebiew balik rasa nak tergolek je...List kat atas macam banyak lelap jer...Anak-anak kecil lagi, nak tips tak camane banyak lelap dari layan anak...Hahahah, ni tips aku kasi free je dekat korang...Kasi korang tangkap leleh lelap pasni.....


Tips nye adalah......


  • Pastikan anak anak kasi makan cukup, kasi susu secukupnya...
  • Lampir pastikan kering, kalau basah ke berak ke mintak tolong cuci terlebih dahulu.
  • Tutup segala pintu dan tingkap.
  • Pastikam pintu dan kuncikan rumah korang erk...
  • Tutup pintu bilik (kasi bilik gelap dan tenang....just lampu tidur je yer...
  • On kan air cond kasi sejuk..
  • Selimutkan diorang secukupnya..
  • And then, senyap....

Confirm tertido,sampai petang. Kalau maknya pemalas mavam aku neh...Lelap sama naik dengan anak lah ek....





Fuh!!!! Best kan jadi housewife neh...Tapi, mak oi..penat kalahkan pegi site...Kalau time merengek, mengada budak2 ni datang..semput ko tau...Papepun, hati happy dan tenang sepanjang hari.. dan tak sabar tunggu buah hati balik kerja...







~end of the day....





Thursday, August 22, 2013

Ujian Menaip


Korang pernah tak amik ujian menaip/trengkas ni...Hahaha, yelah kalau nak apply kerja swasta memang tak payah kot..Apatah lagi kalau bidang tu macam bidang aku, tak ada maknanya nak tengok berapa banyak ko dapat taip dalam satu minit? Yang dia nak tengok, korang tahu tak design benda tu benda ni pakai software tu software neh..Tapi, tak apa, anggaplah satu ujian untuk korang dan tak salah untuk korang mencuba dik non oi..Aku pun dah banyak kali praktis but still hahahaha..buat malu aje nak tunjuk result bukannya gempak.

Tapi tak apa, kita kongsi-kongsilah. Kalau korang apply kerja gomen memang perlu tahulah ketangkasan korang macam mana especially yang mintak bahagian non-executive, pentadbiran dan sewaktu dengannya.

Malu sungguh aku dengan ketangkasan aku. Layak berada celah tingkap je rasa..Hahaha..Pe kata korang buatlah sendiri dan kita comparekan resultnye..Confirm ada yang tergelak sakai...Masa taip tu, dia kira sekali kesalahan typing kita so, kena hati-hati ler ya...



First trial- giler r

Second trial- drop habis...Mata dah pinau tengok huruf
Yang bagusnya, dia ada dua kategori tau. Korang boleh buat ujian bahasa Melayu dan bahasa English korang.
Third trial- puas ati dah weh...

Kan..kan...tengoklah result aku, buat malu je kan....Berpinau-pinau mata aku, rasa naik juling pun ada. Tapi, keseronokan tu yang penting even result ciput...

Huh, kalau anda berminat nak cuba kan...Sila tekan Here manalah tahu result korang 100%. Tu menangis keluar air mata darah pun aku tak dapat nak tandingi.











p/s: Sesuka je...

Wednesday, August 21, 2013

Malaysia Book of Records: Simultaneous Breastfeeding of 500 Moms-and-Babies 2013


Come join our attempt to break Malaysia Book of Records for the most women to breastfeed simultaneously!

All expecting parents, new parents and anyone and everyone who supports breastfeeding should come & join for some fun and be part of this history!

Venue: Grand Ballroom, Grand Season Hotel, Jalan Pahang

Date : 24th August 2013
Time: 9am - 6pm (registration for Malaysia Book of Records begins at 12pm at the designated booth)
*Simultaneous breastfeeding record-breaking segment will be at 4.30pm for 5 minutes.
Entrance Fee : RM 20/person
(Inclusive of Light Lunch, Certificate of Participation & Entrance only. Some Activities may be charged separately)

*Children below 12 go in for free

**Walk-in and registration done after 22nd August 2013 will be charged at RM50 per person

***Banking details : Maybank 5127 8106 0359 (Jaringan Penggalak Penyusuan Susu Ibu
For more information on the big event, kindly visit http://tinyurl.com/GOL13Itinerary



Lets break the records...Enjoy it together....Suprises waiting for you all....











Dhia~ lets having fun together....