Saturday, September 19, 2015

******** Japan *******



Kembali lagi dengan pengalaman ku kali pertama menjejak kaki di bumi Jepun. Sejuk..suhu tatkala itu around 15 degree. Oh my goodness..Sejuk mak..Kita yang sejak lahir memang dengan suhu 37-38 degree ni, tiba-tiba beralih suhu...cuba bayangkan macam mana. Oh ye, sebelum terlupa. Nak travel makesure jangan bebankan diri anda, bawak keperluan yang perlu sahaja. Aku ni mmg cari susah. Sudahlah luggage bukan yang ke empat2 beroda. Jenuh mak kau nak tarik. Sakit lenguh tak usah cakap lah kan. Biarlah, pengalaman baru. Pasni memang tak lah aku nak bawak beg troli gitu. Kena beli yg freestyle ke empat2 roda. Sudahlah barang2 tu banyak kan.. Padahal, boleh je basuh dekat sana. Just, aku tak leh bayangkan, bolehke baju kering di waktu sejuk berangin ni. Itulah pasal yang angkut semua barang mak nenek....




Okey, next day Friday (27/10/2014). Still lagi weekend.same goes with Malaysia lah kan. My Svs ajak pergi jenjalan tengok Kouyo (daun pokok berubah warna di sebabkan musim nak berubah). Pass travel boleh guna selama 5 hari sepanjang 10 hari. Jadi memang tak ada masalah lah ko nak pergi mana kan. Just east area sahaja.....JRPass namanya...


Day 2 at Yamadera



Kawasan tempat tinggal sementara



Area Sendai station























Nak ke puncak dah ni



Belum sampai puncak lagi-penat xyah cakap





Ini dia...









Pergi pagi, petang baru balik. Penat tak payah cerita. Dalam train kena berdiri yo..Ramai orang datang nak tengok daun2 pokok berubah warna....Tapi enjoylah kan. Pes time katakan...Cantik. Nanti next time boleh repeat balik. InshaAllah....



Esoknya pes time nk jumpa sensei kan. Memang malam tu kena prepare everything, jadi malam tu memang tak de jalan. Cuak lah pulakkan...Gumbira dulu, cuak kemudian..hhahaha..Falsampah mana lah aku ikut ni..


P/s: anak2, jangan ikut perangai mummy je..Sekian ...

Friday, September 18, 2015

*********Japan*******




Hai..hai....di entri ni saja nak kasi upload gambar semasa short course di Jepun oktober tahun lepas..Tahun lepas punyer cerita..almost setahun baru nak upload..Nak buat camane, banyak kena, banyak nak kena guna otak nak sepanjang tahun ni. Oleh itu...this time baru berkesempatan..hahaha...Serious, rasa nak kumpul duit dan pergi sana lagi..Bersama anak2 dan cik suami....Serious punyer angan2 ni...Kalau korang g sana, sure korang akan pikir macam apa yang aku pikir jugak...


Pergi bersama sorang lagi member. Kami gerak jumaat tengahari and my Svs gerak jumaat malam..Hahaha..Kalau di ingatkan memang tersangat kelakar.. Pes time kot naik flight g jauh and then pi mana. Pi Jepun terus. Yang mana unlimited bahasa..Kenapa aku cakap macam tu..hahaha, kami lost...Lost dalam airport je pun.. mana penah amik bahasa jepun. Bila tanya in english..Diorang tak tahu sangat. Tapi, diorang berusaha untuk menolong.. Haha, yang kelakar hampir 23 jam kat bergelandangan di airport tu... Siap mandi bagai...1 jam 1800 yen xsilap...Sejuk2 pun kita dah biasa mandi. Memang nak kena mandi jugak. Tempat solat di sediakan....Selesa lagi. Hurm..kat sini pun ada adegan yang menggelikan tangkal jantung hati. Ntahlah, tak tahu kenapa versi orang melayu mesia ni. Dah tau melayu mesia, cubalah bawak bersenyum..bertegur sapa.. Ingat hebat sangat ke sampai susah nak bertegur sapa. Kami ni biasalah ramas mesra. Tapi yang diorang ni(mungkin sesetengah je kot) berlagak mak oiii..... Hebat sangat ke diri? Hello..naik sama flight je kot..( xpasal2 angin je mak bila ingatkan balik.) Kita ni dah tau satu negara, seagama pulak tu, sebangsa pulak tu. Cubalah bawak2 rendahkan diri..Jangan nak lagak sangat..Kan...dah xyah nak melalut ingat balik pasal orang3 sombong berlagak. Dari remaja sampai ke hampir bongkok pun sama je...Dah..dah...

Haneda Airport

















Tokyo Eki



Shinkanse-pergh harga tiket boleh tahan...11000 yen. Dalam tempoh 10 hari boleh naik sebanyak 5 hari sahaja..Pergilah kemana saja..


Xleh nak kasi gambar lebih2..Dalam Shinkanse..tidor x ingat dunia.Berbuih air liur basi keluar. Penat bergelandangan di epot. Pes time naik LRT(camtulah ) ke Tokyo station. Mencari building yg apa ntah nama. Ketiak bau wangi..Nasib mandi pagi tuh...



Sendai Eki


















P/s: End of the day 26/10/2014.. Tunggu jr Svs datang bawa ke rumah diorang. Menumpang di rumah student Tohoku Uni. di Sanbyakunimachi nichi..(hope betullah spelling ni-mahu kena rotan kalau salah ni..)

Kembali.......

Fuh...agak2 dah hampir setahun kan..or lebih mak tak update blog ni..Ingatkan dah lupa dah pasal blog ni. Sekian...Akhirnya terbukak jua.. This year betul2 mencabar jiwa raga perasaan emosi mak. Tapi tak apa..Lepas ni kita tekun menulis kat sini. Kan dah kata ini kan macam diari untuk anak-anak masa hadapan. Sekian terima kasih..Uwaa....uwaa...mak banyak benor cerita nak kongsi selama setahun lebih duk peram dalam kepala otak.. Kalau perasan kat depan pun tak hupdate apa2 kan.. Kan..abang dah almost 5 years old and my little mata sepet pun dah almost 2 and half years old dah.. Nampak sangat mak memang dah lama x update.. tak apa..dun worries...Kita kasi mulakan cerita penggembaraan mak di hujung tahun 2014 hingga sekarang.. janji okey...janji...


Hurm..nak cerita pasal kisah apa yer dulu...


Hurm..hurm....Journey to the Japan..Aik...macam yakitate Japan punyer animasi series pulak tajuk ni. Well, last year on October, mak and my colleague and svs ke short course cold spray kat Tohoku University, Sendai, Japan...Nanti mak upload gambar kasi jamu mata...well, that was a sweet memories there but im not with anak2 and cik suami...Berskype je time tu..









































































P/s....kasi update pasal gambar short kursus di entri  lain..yang ni nak kasi tau MAK DAH KEMBALI....yeah.............yeahhhh

Monday, September 29, 2014

Tak Sabar Sungguh Mak Jemah



Memang pun tak sabar.. memang tak sabar ni....Huhu, excited bagai nak carikan material untuk bilik anak2. Tema di hati teringin sangat nak corakkan merah putih. Color yang natural, its not just for boy or gul. Tapi suitable for both gender. Yeah!!!. Ke excitedkan dah nampak kan. Confirmlah. Semalam pun dah pusing kedai perabot. Looking for bedframe bunk untuk abg dan ebi. Poor me! Katil yang nak tu macam tak ada je. Sedihkan.. Im looking for this type. And ai tengok dekat this page..Ohmaigod...Mahal giler kot for katil. Kalah katil mak paknya.

RM4000++ (harga di Snoozeland)

Yang ni memang aku telan air liur ajelah. Bukan apa, duit mahu pakai banyak. Renovate rumah belum kira lagi, belanja nak pergi tut..tut...kena dahulukan duit sendiri. Pastu, next year plan nak g jenjalan UK. Mana mak mau cekau duit..Menangis tak berlagu bila fikirkan katil yang di ingin terlalu cantek harganya...

Ai ada survey kat sg. Buloh. Lebih kurang katil macam ni...

2nd choice

Tapi ai tengok tu design dia angry bird and main color dia colorful...Harga total kos+ tilam 5 inci =RM1740 tuan kedai tu nak bagi dekat ai. Tapi, meleleh pulak tengok design pattern dia tak berapa berkenan di hati. Yang picture kat atas tu, gambar Dareomon aku mintak dia buatkan, dia kata tak boleh. Tukar kaler pun dia kata tak boleh. So, mak hold dulu. Kasi tahu dekat tuan kedai, hold dulu. Harga ok tapi design tak berapa nak ok. ( Anyone, boleh suggest tak mana yang murah untuk katil like 1st picture above..)

Tapi design doreomn tu, a tengok dalam Lelong.My, RM1599. Maybe without tilam lah tu kot. Yang ni boleh keep in mind lah. Boleh di accept sebab ada color putih dan merah. Yang Doraemon ok, sebab abg n ebi pun memang suka Dora----emon...Tapi, at this hour tengah tungguh reply dari person in charge. If ada discount, memang i crab this lah....


Yang last picture pun rasa macam ok, tapi ada dua tilam sahaja...Kalau ikutkan lasak, this one lagi better. Tapi rumah kitaorang ni ala-ala cute like rumah Jepun, so nak kena maximize kan sebanyak yang boleh di ruangan yang minimum..Huhuhhuu..Kalau ada 3 tilam, at least adik beradik aku yang bujang boleh tidor bilik budak2 ni...



last choice


Kan, yang ni pun sweet kan..


Huhu, mak memang excited ni. Tak sabar nak tunggu rumah dah settle semua, and then mak akan upload kan bilik anak-anak..Huhu..tak sabarnya..tak sabarnya...

Friday, September 26, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta



Tajuk kat atas macam tema Hari Merdeka tahun 2014. Orang dah abis dah celebrate merdeka dan hari Malaysia tapi kita baru nak bukak cerita pasal ni kan..Huhu...mood memang tak dak abes nak menulis menaip mengarang ni. Entah kenapa, memang lama betullah tak menjengah blog yang tak seberapa ni. Timbul tenggelam je kan. Busyyyyyyyyyyyyyyy....Banyak perkara nak kongsi nak story tapi memang tak sempat nak menjengah. Nak kata banyak kerja, baru dua paper aku siapkan itupun banyak yang kena komen. Nak kata buat manuskrip, start pun belum lagi. Nak kata tengah writing, hurm, pages je yang ada. Isi belum terkeluar elok lagi. Kan... tahap malas ni kan...Tak usah nak cerita panjang lah kan..


Mungkin pagi Jumaat yang cukup mulia ini, idea datang untuk menulis. Confirm idea yang mengarut. Before ni aku memang terabai fikiran, sebab sibuk amik tau hal MH370 dan MH17. Mak memang amik tahu pasal tu. Memang tak ada mood sebab fikirkan nasib mereka yang terkorban. Pasal isu Gaza. Boikot...semuanya tu banyak nak di kongsi tapi last-last ke laut semuanya. Hati ini tak boleh nak di buat runding cara, perasaan ni asyik memberontak malas nak buat semua benda. Nasiblah anak-anak kat rumah tu masih elok jaga. Kan kalau anak-anak pun terbiar sama macam blog ni. Mahunya masuk wad spital tanjung rambutan seh..


Cinta! Apa yang anda faham maksud cinta....Cinta ini bagi akulah perasaan halus yang ada dalam hati kita untuk pasangan kita. Waktu dia tidur,kita perhatikan wajah dia. Kita rasa betul bersyukur dapat menjadi sebahagian dalam hidup dia. Kita rasa kita perlukan dia dalam melengkapkan hidup kita. Kita rasa selamat dan damai di samping dia. Itu dari sudut aku punyerlah. Lagi, kita sanggup buat apa saja demi melihat dia bahagiakan. Cinta juga perlu give and take. Kenapa? sebab bila sebelah side sahaja yang give, and another side hanya taking sahaja. No point jugak. Kat sini akan ada banyak kepincangannya. So, untuk cinta ianya perlu seimbang. Give and take..

Drama sekarang ni hangat mengadaptasikan novel ke drama. " Maaf jika aku tak sempurna.." Wah...tajuk tu memang kena sebijik dengan aku. Maaf suami, jika aku (isteri) yang tak sempurna. Banyak cacat dari eloknya. Banyak perangai buruk dari baiknya...

Tapi drama aka novel, ending dia mestilah akhirnya perempuan jadi baik. Ada isu orang ketigalah bagailah, jeles melampaulah bagailah. Pastu tolong kawanlah sampai bini pulak naik confius.


Layanlah korang dengan drama tu. Tapi, yang aku paling sayu pasal kisah drama yang watak utama Zul Ariffin tu. Bila teringatkan peristiwa MH17, bagaimanalah perasaan balu untuk arwah2 pilot and co pilot. Rindu mereka buat suami mereka, hanya mampu di ucapkan dengan Al-Fatihah.


Al- Fatihah untuk mereka yang terkorban dalam nahas MH17. Dan tunjukklah bukti di manakah MH370. Masih ramai yang mengharap berita baik dari MH370..







Thursday, July 17, 2014

Kisah di Bulan Ramadhan

Yes...you are right. You got mad because of your new car got crush.. Huhu, memang topik hangatlah dalam media sekarang ni. Sudahlah di cop as a road bully and then di naikkan pangkat kena buli dalam dunia cyber. Macam-macam kan kisah sekarang ni, peristiwa berlaku nuh jauh di Kuantan tetapi seluruh dunia dapat tahu kot. Jadikan pengajaran buat kita, buat mereka di luar sana. Jangan biarkan amarah menguasai jiwa anda. Yes, mungkin dia lupa, sedih bercampur baur perasan dia. Kita tak boleh nak salahkan dia. Tetapi, as long as orang dah mintak maaf kita patut lebih cool down kan. Hurm, aku pun pernah alamai situasi begini. Rasa calar kereta aku lagi teruk kot dari dia. He also a chinese but Not a warga emas, muda lagi dalam 40-an macam tu. Dia yang salah sebab keluarkan kereta dia ke lane kanan yang pada masa itu aku sedang memecut kerana lampu merah sudah bertukar hijau. Marah memang nak marah, keluar jugak kereta. Pergi tengok kereta and then tanya uncle tu, " Macam manalah uncle bawak kereta, dah tahu dekat traffic light, kenapa uncle keluarkan kereta? Dah duduk elok2 lane tu kenapa nak tukar pulak?" Angin memanglah, bukan kereta import macam dia tapi Viva aku ni pun consider baru jugak tahu...Hehhe...Uncle tu datang kat kereta, sapu2 tempat calar tu and then cakap," Saya mintak maaf, saya tak nampak? Ala, calar skit je ni..Nanti polish hilang ler...." Aku pun diam. Dalam hati nak mintak ke tidak ganti rugi ni, tapi bile fikir logik, memang agak dalam tapi biarlah. Kereta je pun, malas nak panjangkan cerita. Just let it go. Bila cakap kat laki aku, dia kata" Kenapa tak mintak duit ganti rugi, banyak tu yang kena repair?" Aku diam jelah, malas sebenarnya nak semakkan kepala hotak ni.

Second, tu hah yang sampai berminggu masuk wad kereta aku. Sebabnya, orang paling depan agaknya takutkan dengan bas kat sebelah, pi brek mengejut. Jadi sandwichlah kereta aku. Masa tu, kul 6 lebih kot (pagi di waktu peak hour untuk ke pejabat). Hati memang panaslah, memang keluar kereta terus mengamuk. Sandwich ko, belakang depan kena. Mana tak hangin, pulak kereta lalu lalang duk hon suruh ketepikan, mana tak hangin kan. Kita dahlah tengah cuak, kereta tak boleh gerak, panik. Yang diorang ni pulak duk hon, suruh alihkan kereta. Bengang tahap lebih dari perempuan tu agaknya. But, aku call dulu abg ipar aku dekat Muar, cerita the whole story, and then dia kata pergi buat report. Nanti, kereta tu akan claim atas yang bersalah. Baru aku rasa cool...Otak boleh fikir panjang. Sampai le ni, kereta kena hantar ke hospital. Pasal, ada bunyi after accident tu. Kalau di ingatkan hati dan nafsu, memang nak tukar je whitty tu. Tapi, biarlah. Buat apa nak menyemakkan otakkan. Pakai je yang mana mampu dan jimat. Tak usah bagai nak berkereta cantik dan mahal, tapi kebajikan orang terdekat kita abaikan...Hikhik...










P/s : Bulan Ramadhan sepatutnya bulan yang mampu menguatkan kesabaran kita. Bulan ini banyak dugaan untuk sahabat terdekat aku. Tetapi, alhamdulillah. Mereka ini sabar dan redha. Tak adalah sampai memaki hamu. Papepun, jadikan tauladan. Kesannya mengambil masa lama untuk di lupakan. Dan mereka di luar sana, tak payahlah  berlebih-lebih dah. Uncle sendiri dah maafkan dia. So, tak payahlah nak stalk bagai. Biar dia. Manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Tapi, mentality orang Mesia, asal ada pape kejadian mulalah menjadi bijak pandai. Mulalah menjatuhkan orang lain. Cuba bawak istigfar banyak2. 

Wednesday, July 02, 2014

Bulan Ramadhan Al Mubarak 2014



Hari ini masuk hari ke-4 umat Islam berpuasa. Alhamdulillah walaupun keletihan tetapi syukur kerana ai masih mampu berpuasa, menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada dua orang anak yang sedang membesar, seorang isteri dan juga seorang pelajar. Alhamdulillah, sokongan dari incik suami memang terbaik apatah lagi tiga hari berturut-turut setakat ini memang ai masak sahur sahaja.. Untuk berbuka incik suami kata, kita jajah bazar Ramadhan. Tapi, kena ingat. Beli juadah dengan berpada-pada. Kata nak jimatkan. So far setakat ini kitaorang berbelanja, satu lauk or satu bungkus nasi, satu jenis kuih dan satu jenis air. Tahan nafsu supaya tak lapar mata. Akekeke...so far memang alhamdulillah.. Tapi ai tak berapa nak sihat, asal malam je badan menggigil kesejukan. Rasa nak off je aircond tapi bila fikirkan ada lagi hamba Allah yang kecik2 di dalam bilik, abaikan jelah dengan air cond. Tarik sahaja selimut tebal. Incik suami balik langsung tak sedar. Sedar sahaja bila terasa tangan si abang menghulurkan ubat kepada maknya. Ai abang, sudah besar panjang abang ni. Sudah pandai mengarang cerita, sudah pandai mengadu, sudah pandai berbudi bicara tapi bila datang manjanya kalah si adik.

Semoga Allah memberkati hidup kita sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Biarlah bersederhana jangan sampai kita membazir. Masih banyak yang perlu kita laksanakan. Mood sejak dua tiga menjak ini memang ke laut lah.  2 3 minggu lepas yang penuh dengan segala aktiviti memang langsung tak bukak blog ler. Alhamdulillah, segalanya lepas dengan jayanya. Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan urusan hambaMu yang hina ini. 





~SALAM  RAMADHAN DARI EMA SEKELUARGA~