Friday, March 29, 2013

Penamaan KWSP

Have you done it?

Abang dah tapi aku belum. Even aku pergi sama masa tu tapi abang cakap tak payah. Tunggu anak aku besar dulu. Aku punyer dia suruh letak nama anak aku. Aku ingat nak letak nama dia. Dia tak nak..

Penama kedua untuk KWSP ini amat-amatlah penting. Kalau korang tak buat lagi, better buat cepat2. For the future....Kita tak tahu apa kemungkinan akan berlaku pada diri kita. Since kita ada kWSP, better buat penama kedua..Kalau tidak, memang susah. Take a long time to settle it down.

If pemegang KWSP tu meninggal, duit KWSP kita pihak Amanah Raya akan kendalikan. Dan untuk pewaris dapatkan duit tu memang tersangat lama masa yang di ambil. So, moral of the story, baiklah buat penama kedua..senang kerja. Yang ni aku tak berapa nak ingat, sama ada Amanah Raya akan ambil 2.5% cas pengendalian. Rugi kan..makin kurang duit kita bila depa amik banyak tu. I'm really not to sure, 2.5% or 25%..Kalau 25% memang cekik darah bebenor..Tak kot..


Alhamdulillah....abang letak aku as his 100% penama kedua..Thank you abang..


Bila aku tanya anak-anak tak nak share ke? Dia cakap, lau jadi pape..anak-anak nanti aku jaga. Terkedu mak dengar. Kalau boleh, tak nak jadi pape kat laki aku. Biar aku sakit jangan laki aku sakit..



'Selamat membuat penama kedua..'

 Soalan2 ni aku copy and paste dekat KWSP, mana tau korang malas nak masuk bebenang mereka..



Soalan Lazim

» Apakah yang dimaksudkan dengan penamaan?
Penamaan adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dibuat oleh ahli dalam Borang KWSP 4 bagi melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai "benefisiari" atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

» Apakah tujuan penamaan?
Tujuan penamaan dibuat ialah untuk membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

» Bagaimana dan di manakah saya boleh menyemak orang yang dinamakan?
Anda boleh menyemak penamaan yang telah dibuat melalui kemudahan i-Akaun atau hadir sendiri di mana-mana pejabat KWSP.

» Bagaimanakah membuat penamaan?
Penamaan mestilah dibuat menggunakan Borang KWSP 4 dan menyertakan salinan Kad Pengenalan atau pasport ahli. Borang penamaan hendaklah dihantar dan diterima oleh mana-mana Pejabat KWSP berhampiran semasa hayat ahli.

» Bilakah penamaan saya itu berkuatkuasa?
Tarikh kuat kuasa penamaan adalah pada tarikh diterima borang penamaan itu di mana-mana Pejabat KWSP.

» Bilakah penamaan boleh dibuat?
Penamaan boleh dibuat sebaik sahaja anda berdaftar sebagai ahli dan mencapai umur 18 tahun.

» Bolehkah orang lain mengetahui siapa yang saya namakan sebagai penerima simpanan?
Tidak boleh. Penamaan yang dibuat adalah maklumat sulit. Sekiranya ahli meninggal dunia, waris boleh menyemak status penamaan dengan syarat perlu mengemukakan Sijil Kematian ahli dan bukti hubungan (Sijil Lahir/Sijil Perkahwinan).

» Bolehkah saya membatalkan penamaan yang saya sudah buat sebelum ini?
Penamaan yang anda buat sebelum ini boleh dibatalkan dengan melengkapkan borang KWSP 4A. Walau bagaimanapun, sekiranya anda mengemukakan borang KWSP 4 yang baru, secara automatik ia akan membatalkan penamaan yang dibuat sebelum ini.

» Bolehkah saya menamakan lebih daripada seorang penama?
Boleh. Anda boleh menamakan penama seberapa ramai yang difikirkan perlu dengan menggunakan lebih daripada satu borang KWSP 4 sekiranya tidak mencukupi.

» Bolehkah saya menamakan seseorang yang di bawah usia 18 tahun untuk menerima simpanan?
Boleh. Anda boleh menamakan mana-mana inpidu yang masih di bawah umur.

» Bolehkah waris saya menuntut simpanan sedangkan saya tidak menamakan mereka sebagai penerima?
Tidak boleh. Mengikut Akta KWSP, bayaran hanya akan dibuat kepada penama yang dinamakan oleh ahli sahaja.

» Siapakah yang boleh menjadi saksi kepada penamaan?
Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan anda KECUALI orang yang dinamakan di dalam borang penamaan itu, anggota dan Petugas Kaunter KWSP.

» Siapakah penjaga yang diiktiraf oleh KWSP untuk menerima simpanan KWSP ahli bagi pihak penama yang hilang upaya atau penama yang di bawah usia 18 tahun?
Penjaga yang diiktiraf adalah di kalangan ahli keluarga terdekat penama yang menjaga kebajikan penama dan tertakluk kepada pemeriksaan dan lawatan Pegawai KWSP mengenai status penjagaan penama ataupun Perintah Mahkamah mengenai hak penjagaan penama.

» Bagaimana status penamaan ahli sekiranya ahli dan penama-penama mati serentak?
KWSP akan bergantung kepada laporan forensik yang akan menentukan masa kematian seperti yang dicatitkan di dalam sijil kematian ataupun berdasarkan faktor usia dan jantina ahli dan penama sekiranya tiada perbezaan masa kematian.

» Mengapakah KWSP tidak membenarkan penamaan dibuat ke atas institusi, rumah kebajikan dan pertubuhan?
Simpanan KWSP adalah bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial dan persaraan hari tua ahli dan termasuk tanggungannya. Oleh itu, penamaan selain daripada itu tidak menepati hasrat tersebut dan mengelakkan masalah pentadbiran.

» Bagaimanakah sekiranya penama yang sepatutnya bertindak sebagai wasi dan menerima wang simpanan ahli yang beragama Islam tidak mengagih-agihkan simpanan KWSP mengikut Hukum Faraid dan bolehkah tindakan undang-undang diambil ke atas penama tersebut?
Bayaran simpanan KWSP kepada penama merupakan satu pelepasan yang sempurna oleh KWSP dan segala tindakan waris-waris ke atas penama iaitu wasi merupakan sesuatu yang di luar bidang kuasa KWSP. Bagaimanapun KWSP memberikan nasihat kepada wasi untuk mengagihkan simpanan KWSP mengikut Hukum Faraid.

» Apakah status wang KWSP ahli yang tidak dituntut oleh penama pada sesuatu tempoh tertentu dan bolehkah penamaan itu terbatal dan tuntutan dibuat sebagai kes tiada penamaan?
Penamaan tidak akan terbatal sekiranya orang yang dinamakan tidak membuat tuntutan ataupun tidak dapat dikesan dan bayaran tidak boleh dibuat kepada waris ahli sebagai kes tiada penamaan.

                ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PPUM

Ini nak cerita pasal PPUM, kisah kelakar pun ada. Nak naik darah pun ada. First, before aku pergi PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya), aku call pusat dulu. Tanya macam mana nak booking bilik untuk bersalin kat sana. Dia cakap, awak datang dulu. Nanti kita cerita
Aku pun dengan penuh bergaya pergilah dekat sana last Friday hari itu..Abang dan BB ikut sama. Hampeh tau, bila ambil nombor giliran dia dia just mintak buku merah, bagi tarikh untuk next appoinment. Ingat orang senang ke nak amik cuti. Setakat bagi benda macam tu, on the phone je boleh. Kalau company bapak aku, okeylah. Tak datang kerja pun aku tak kisah. Ni company bapak orang lain. Sabar jelah..

Bila aku tanya pasal bilik, cas nak bersalin, pendaftaran dia bagi brochure yang di postostat entah berapa ribu kali kat aku. Bila tanya GL, selamba cakap swasta tak ada pakai GL....( terngangang dah aku kat situ).

Satu lagi, bila tanya pasal insurans ING cover tak untuk maternity. Mak cik tu dengan confident cakap tak kot. Then, bila aku tanya banyak kali dia dail nombor someone, mungkin rakan dia kot. Siap dengan muka confident cakap tak cover lagi..( double terngangang aku..) Kepala dah rasa berdenyut-denyut. Take it easy..Dalam hati membara nak marah. Mungkin sebab kitaorang bukan goverment staff, layan pun lebih kurang. Ikutkan nafsu aku, aku memang tak nak bersalin dekat sini. FINISH!! Tapi, bila fikir untuk baby kat dalam perut ni, aku sabarkan hati. Mungkin dia je kot yang buat perangai macam tu..

Aku ingatkan, pastu nak check ke apa ke, bagi jumpa doktor ke apa ke..Last, dia cakap..

" Isi borang ni dulu, 8/5/13 awak datang balik. Masa tu bawaklah bla...bla..bla...."

Terbeliak mata aku, kitaorang cari parking pun susah, nak datang dahlah kena cuti..Both of us..Just untuk beritahu tarikh untuk booking bilik. Hurm...Tak tau nak cakap apa daaa...Ok or KO...Mungkin ada jugak yang mengalami macam aku ni kan. Thingking of BIL cakap servis dia ok..Ada specialist...Calm down baby!!

Yang aku terkilan tu, date untuk booking on my 37 weeks...Sempat ke idok tu hanya ALLAH yang mengetahui..Kalau tak sempat dengan date booking mak cik tu bagi, aku akan terjah masuk..Nak gaduh, story later..Let me deliver my baby first ye..!! Asik nak gaduh aje keje mak ni...Ish..Ish...






Dalam hati membara

Sunyi kan tapi, nak tunggu orang panggil take some time jugak

Safety playground for kids



Just bersyukur dekat dengan kafeteria.. Ni paling baguslah, kot kena tunggu lama boleh lelepak beli makan dulu..Hehehe..


Port aku nak park bila emergency..Hahaha


Sebelum sampai ke tempat pendaftran ni, kami dah tawaf satu bangunan ni..Hahha, siap mistaken receptionist dengan patient. Siapa suruh duduk dekat receptionist punyer meja. Belasah tanyalah..That chinese man siap cakap yang dia bukan penyambut tetamu..Hahaha...Tapi, yang best dia leh tanya kami nak pergi dekat mana. Bila aku cakap nak booking bilik bersalin. Dengan penuh tatatertib bagi direction. Baguslah macam tu..

After sesi dekat PPUM tu, aku pergi rumah BIL. Cerita pasal PPUM punyer perangai. Dia suh double check dengan insurans. Walaweh, PPUM tu panel ING. BIL aku dulu kerja kat sana, dia cakap orang yang jaga kaunter tu tak tahu.

Ok! Kalau tak tahu, aku tak adalah nak mengamuk tapi dengan muka confident gile cakap direct. Tak betul pulak tu. Memanglah mak berangin..

So, sesapa nak pergi kat sana tak kiralah bersalin ke, cek sakit itu ini better check dengan korang punyer insurans, ada cover ke tak? Tak usah tanya kat kaunter, memang diorang akan jawab tak punyer.

Kira confirm ke kat sini? Hurm, begitulah gamaknya..

Hurm, time register at least korang kena bawak RM600 cash untuk deposit booking. Aku nak tanya banyak pun malas, yelah dah awal2 cakap tak cover..










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, March 27, 2013

No More Sleep Like A Baby

Assalamualaikum....Selamat Pagi semua...Ehem,ehem...pembukaan yang baik untuk hari ini, Rabu @27/03/13 ~~~~~~~~

Bukan nak mengeluh tapi sekadar berkongsi pendapat....Now, I'm having a difficult phase....Can not sleep well...Still looking and searching for the reason why???



Sympthom because I'm pregnant...maybe I can say it yes!!!
Wake up early morning at 3.00 am until now, I did not sleep yet..Tomorrow, still my working day..Aiyo...Bile tengok partner sleep kat sebelah lena macam jeles teramat sangat.. Tak apa, ini baru sikit cabaran ye dik non..Pasni banyak lagi, so..take it easy. 

Hurm, another reason maybe I miss my BB..Today is a third day, he's away from us. I'm miss him so much...Hope, he'll be fine too...

Tak ada benda nak share sangat, hoho...Alang dah tak boleh nak lelapkan mata, maka dengan rajinnya aku mengemas rumah. Do housework at 4.00 am...( rasa macam betul2 wife zaman dulu kala, bangun tido buat kuih untuk di jual)..Eei, untung apa tau..Sebijik karipap kat tempat aku dah 50 posen..kat tempat tak tahulah lagi murah ke lagi mahal. Sekali ngap dah SodakoAllahulazim.....

Jap lagi nak siap g kerja, mata pulak makin berat ni. Camane?

Jangan kata nak MC plak dik non..MC bila sakit bebetul..

Hurm.....watsholidonow.......









~ smile is a good treatment~°°°°••••°°°°•••••°°°°

Thursday, March 21, 2013

Anas, Basikal dan Kak Tisya

Aih, anak bujang aku nan sorang ni memang macam-macam. Now, bila dah kenal new things to play. Setiap kali ajak balik rumah memang tak nak..

" Tak nak...Tak nak..."

Yang kesian Kak Tisya lah, dia yang kena layan anak bujang aku ni. If tak puas, saje di keraskan tangan tak bagi Kak Tisya belok..Alahai..


Hurm, mungkin balik rumah tak ada kawan. Hanya Anas dan tab tapi kat sini, Anas ada abang2 dan kakak2 yang melayan dia...Bila kat rumah, asik mengadap traffic light sampai tertido, bangun balik terus terkam kat tab..Tapi, bila kat rumah mama, huh....mengalahkan orang besau..Mengada sekarang ni ek..

Kesian Kak Tisya...Kak Tisya nak main badminton pun tak boleh...Dah boleh tengok muka Kak Tisya frust apatah lagi kengkawan siap buat tarian ajak men badminton..

Hehehe..alahai anak bujang mommy ni..


Anas tenyum, Kak Tisya masham...


Pintu kereta siap aku bukak lagi-amboi, kerek ngn mommy ek




Kak Tisya dah tak sabar nak main badminton


Tak nak!! Tak nak!!


Last-last, bila tunggu punyer tunggu. Dah pusing banyak kali pusing, aku masuk lam kereta dah hidupkan enjin kereta. Nekad! Kalau dia still tak nak balik, aku tinggal dia kat sana. Biar nak main basikal. Matahari dah mula menghilang, dengan kerenah dia lagi... Heheh, tapi takut kena tinggal dek aku. Bila nampak aje aku masuk, terus laju mintak Kak Tisya masukkan dia dalam kereta..Hahaha, menjadikan taktik aku..Tapi, kalau dia still tak nak memang aku akan tinggal pun.. Dah banyak kali jugak lah Anas tidur umah mama dia..Suka!!

x




x




x




Jom pi daftar anak abang dekat memana club motor..Biar jadi rider Malaysia nanti...Nanti mommy sponsor fullface mommy kat anas...Hikhik..Dah berzaman dah benda alah tu dalam almari..Agaknya Cik T pun tak berselera kot..









p/s: Camanelah dia bila adik keluar nanti..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wednesday, March 20, 2013

Kisah Seorang Ayah

Assalamualaikum, hai selamat malam...

Terdetik di hati ini ingin berkongsikan cerita tentang seorang ayah. Ya, ia adalah ayah kepadaku...Yusof Bin Awang Man. Terlebih dahulu, ingin aku katakan yang aku teramat bangga menjadi anak ayah. Kerana ayah, aku dan adik adik yang lain berjaya dalam kehidupan especially in education.

Ayah, even susah mana mencari rezeki tetapi tetap mengutamakan anak-anak. Ingat lagi suatu ketika dulu, sanggup menjelajah pasar ke pasar semata-mata ingin mencari kasut seperti Cinderella padaku... Masa tu aku budak lagi, ala lam darjah satu ke dua, gitulah...Bila tengok kawan ada, mesti nak jugak... Bebudak katakan...Hehehe..

Actually ayah aku bekas guru menengah...And then, berenti jadi cikgu sebab nak berkecimpung lam business minyak...Aku ingat lagi nama syarikat minyak ayah, if nak bangunkan balik syarikat tu kena ada modal setengah juta, at least...Mana nak cekau, lam mimpi bolehlah...

Tak mo citer panjang pasal business minyak tu, nak jump terus business jadi supplier kerepok segera cap pinggan (Tumpat), dan kerepok dari Besut..Alhamdulillah, ayah mampu menyara kami walaupun untungnya tidak seberapa...at the same time, ayah anta minyak dalam tong ke kampung yang jauh dari stesen minyak.. Dan aku, bila aje cuti sekolah suka ikut ayah...Seingat aku semua adik beradik pun suka ikut ayah dan mama aku meniaga... Bukan senang nak hidup senang ni...

Hurm, few years later sejak k.long aku sakit, and then aku sakit before amik SPM...Ayah dan mama sedih sangat. Duit abes di gunakan hanya untuk mengubati anak-anaknya... Then, ayah jual lori dia sebabkan tak mampu nak tanggung cost repair lori..Kalau korang nak tahu,lori yang di gunakan untuk buat business mesti kena test JPJ every 6 months..(correct me if I'm wrong)...

Bermula di situ, patahlah kaki kami sekeluarga, just ada motor Honda Cup C70..Syukur dari tiada langsung, and then start from that saudara mara dah mula jauhkan diri, tak senang dengan kami..Mungkin diorang ingat ayah dan mama akan minta sedekah kot...Itulah yang terlintas di fikiran kami adik beradik..Of course, time tu kami agak susah..Dengan ayah yang mula di serang penyakit jantung, tiada modal untuk berniaga lagi...K.long even dah habis belajar still tak dapat kerja, selalu sakit2..Nasib baik ayah selalu tekankan dan pentingnya pelajaran untuk masa depan.. Yes, kami adik beradik tak ada pun attend kelas tuition berbayar kerana ayahlah yang menjadi cikgu kami, especially add maths and maths moden....Huhuhu,Geografi pun ayah ajar..Bertuahkan aku...
:-) 

Ayah sampai jual tanah semata-mata untuk menyekolahkan kami adik beradik, nasib ayah pandai kalau tidak mahunya di tipu bulat3 oleh adik dia dan anak saudara dia sendiri..Jangan main-main dengan ayah...

Aku sayang ayah...Ayahlah tempat aku meluahkan perasaan..Hehehe, especially kalau melibatkan hati dan perasaan....Huhuhu...consultant 

Sekarang ni ayah dah tak mampu berjalan jauh, ayah perlu sokongan tongkat untuk berjalan. Solat pun ayah dah solat duduk. Ya Allah, berikan kesihatan yang baik untuk ayah!!

Ayah mempunyai sepasang mata yang terang dan otak yang tajam, ayah masih dapat melihat dan membaca dengan jelas, kalah aku yang muda ni.. Ayah selalu amalkan zikir dan doa..Itu kelebihan Allah berikan pada ayah..

Sekarang, ayah dah mula membuka kedai mini dia..Hahha, kedai di dalam rumah. Pelanggan dia mestilah bebudak sekolah, rumah aku sekangkang kera je dengan sekolah. Part yang bebudak suka, bila abes je air di depan ayah, ayah akan kasi tambah secara percuma. Bila aku cakap, mana nak untung kalau asyik macam tu, ayah akan cakap..Tak apa, asal bebudak suka.. Bukan niat nak kaut keuntungan sangat pun cuma nak memeriahkan rumah. Ayah suka bile bebudak datang rumah..
Ayah juga ada buat part time secara free, dia suka pujuk budak supaya belajar. Of course, dia punyer students from anak-anak yang malang(ibu bapa kurang tegaskan pelajaran), budak yang tak pandai langsung membaca, menulis dan mengira dan bebudak yang bercita tinggi nak berjaya. Yang hairan, anak cikgu-cikgu yang menjadi jiran kami, ayah tak terima. Alasan ayah, dia nak tolong bebudak dalam golongan di atas. Anak-anak cikgu ni mostly dah pandai..Ayah oh ayah, mulia sungguh hati ayah...

Satu sen pun dia tidak ambil bayaran.. Aku tahu, ayah tak mampu nak buat pape, dengan cara itulah ayah berbakti pada bangsa, masyarakat dan negara....

Aku sayang ayah...Tiap hari kol, pun tak pat nak melepaskan rindu...Sejak ayah bukak kedai mini ni, dah tak suka jenjalan. Tambah-tambahan ada pulak dua tiga orang pelajar, lagilah tak ke mana..

Yang paling tak tahan dengan ayah, setiap duit keluar masuk dari kedai mini dia, mesti dia catatkan...Macam aku kata, tak mudah nak kelentongkan dia. Bila cucu-cucu dia balik, lagi lebat ayah meniaga...Hahaha, pantang cucu-cucu mintak, laju ajr bagi..Pastu masukkan dalam buku mak-mak ni..Hahaha, ayah tak berkira dengan kami pun, tapi kadang saja nak kenakan ayah..Sebelum balik, biasa aku akan tanya ayah dan bayar..Bayar terlebih ke terkurangke ayah ok aje...

Itulah kisah serba sedikit cerita tentang ayah aku...Yang famos di kampung sebagai cikgu Daud....Akekekeke....





Sekian, tak leh nak cerita detail takut ada plak yang dengki...Hehehehehe......









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berbakatkah Aku...........?


Sila jawab entry kat atas....Hohoho, ni amik pictures pakai Hp sony je ni.. Kalau pakai kamera macam potograper tu..Agak2 aku boleh challenge diorang tak? Ahaks....Hahaha...Mak sudah masuk bakul angkat sendiri..


Nikmatilah pemandangan yang indah di Bukit Fraser, Malaysia..negaraku tercinta...

Vote for me if u think that I can be a good photographer..Hahahhaha

Better thinks twice before take any action...!!!



























Some flower hanya boleh membiak di tempat bersuhu sejuk sahaja.....


Cantikkan, kalaulah aku buleh buat garden dengan di penuhi bunga seperti ini...Rumahku Syurgaku lah gamaknya....






















~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Our 3rd Anniversary ~ Days 2


Hahha..peduli apa kami kat orang...Turun breakfast tak mandi kot...Tiga beranak sama je...Sampai je kat cafeteria semua pandang semacam..Mungkin dalam hati siap berteka teki,

"Betulker family diorang ni, turun makan pakai baju tido aje..."

Thats my idea, malas nak mandi dan bersiap...Hoho, nak makan je pun..Buat lagak biasa..

Tapikan, memang orang pandang pun...Pelik!! Hahaha...datang angin sengal mommy, mana nak peduli tempat orang ke tempat sendiri..

" Relaks abg, act like we're foreigner..Hehehe..like kita ni omputih punyer orang..."

Tulah, time nak mandi time-time tulah hot shower tak ada. Aku rasa bilik kitaorang je kot yang problem. Bayar mahal, tapi hampeh...Blacklist dah Inn ni...

Papepun, jangan rosakkan mood honeymoon anda....Smile and be happy..











mommy dan anas






Besarnye...

Mau gaduh ka...gua anytime




Hiyark..hiyark...~ sampai tak nak turun


Gaya macho si daddy

Get ready nak lari~ aih

Ala mommy ni, dahlah tu..

I like this picture


Sibuk nak pergi beli barang, tak menyempat nak bergambo






~ Alhamdulillah~



Di sebabkan bilik tak berapa menepati citarasa, we check out early..baik balik tido lam bilik kat rumah...Lagi super double okey....Harapkan suasana sejuk dan cantik memandang aje kalau tidak, balik terus rumah. Tak yah tido sana...tu kalau ikut angin aku lah...


Hahah, aku macam biasalah, after drive ( duk kat sebelah je pun)...sampai rumah terus membungkam...Biarkan abang buat sensorang...Ala-ala nak rasa lagi kesejukan, on kan aircond kasi temp rendah...Sejuk..oooooh






Sekian...







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~